PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR BERLANGSUNG LAGI!
6:22 pmAssalamualaikum dan salam Satu Malaysia semua!
Seperti tajuk yang tertera di atas,menjadi satu kelaziman bahawa setiap tahun akan diadakan PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR bertempat di PWTC.
Bagi Khalida pula,menjadi satu kewajipan untuk menghadiri ke pesta ini.
Semua orang sudah sedia maklum apa yang ada pada pesta buku ini?
Jawapannya senang sahaja,mesti lah event yang menarik di mana masa inilah kamu semua nak bershopping sakan.
Membeli-belah buku pelajaran,novel yang disukai dan sebagainya.
Menariknya,sudah tentu penulis-penulis novel tersohor turut bersama turun padang bagi menjayakan sesi bertemu peminat.
Masa ini jugalah kamu nak berjumpa dengan penulis kesayangan kamu semua,
nak bergambar buat kenangan,nak minta tanda tangan dan sebagainya.
Kalau nasib kamu baik,kamu juga berpeluang bertemu bersama artis kesayangan kamu.
Jadi datanglah beramai-ramai ke pesta buku ini yang berlangsung pada 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011 pada pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam.
Sebenarnya topik utama yang Khalida nak khabarkan ini ialah,Khalida sendiri tak sabar rasanya nak pergi ke pesta buku ini.Khalida akan ke sana pada hari Selasa ini.
Ala,ikut rombongan sekolah je.Lagi best,sebab pelajar yang datang bersama rombongan sekolah ini ada diskaun tau.Memang pengunjung yang lain pun ada diskaun tapi tak sehebat pelajar sekolah.Bangga gitu.
Okay,back to the topic.
Sebenarnya Khalida nak pergi sana nanti ada beberapa tujuan.Antaranya ialah:
1)Bertemu dengan Kak Ain Maisarah.
Memang tersangat lah tak sabar nak pergi,nak beli novel baru itu.Dengar cerita kelakar habis.Ha ha..tunggu Khalida ya Kak Ain.
2)Nak pergi sebab saja nak jalan-jalan dengan kawan-kawan.Cuci-cuci mata gitu.Bukan nak beli apa sangat,cuma masa ini lah nak hang out with my girlfriends.
3)Masa ini jugalah,nak tengok gelagat orang.Kalau boleh nak temuramah orang ramai mengenai sambutan hangat pesta buku ini.
4)Dah rancang dengan kawan-kawan selain pergi PWTC turut serta dalam perancangan nak pergi SACC MALL.Jalan-jalan je.
Ok itu sahaja lah nak 'talk-talk' untuk hari ini.Nanti jumpa di sana ya!
Bye..
0 comments