MUSTACHE!!
2:11 pmAssalamualaikum semua..
Hai semua. Siapa suka pakai accessories? Sila angkat tangan!! Me love it too. Ingat lagi, masa zaman sekolah rendah lagi dah pandai pergi My One Shop beli gelang lah beli anting-anting lah and banyak lagi. For those who didn't know, My One Shop ni sebuah kedai yang jual macam-macam barang sebagai contoh beg tangan, mekap (me like it), accessories (topik hari ini), jam tangan, topi, make-up tools, earphone, sabun pencuci muka, bedak-bedak semua dan macam-macam lagi. Senang citer kalau korang nak beli apa-apa hadiah atau tak tahu nak beli apa untuk kawan korang, korang boleh aja datang ke sini. Kalau dah masuk kedai tu, mesti korang keluar balik dengan barang yang dibeli ditangan. Harga pun memang murah and for sure korang terkejut gak tengok harga dia.
Tapi hari ni I bukan nak citer pasal My One Shop eh, I nak citer pasal aksesori yang wanita suka sangat pakai. Masa I kecik dulu macam citer tadi tergendala pulak, I memang suka beli aksesori. Dalam banyak-banyak jenis aksesori, anting-anting yang jadi pilihan. Kalau tengok my accessories box, earrings je macam-macam design ada. Senang citer masa kecik-kecik lagi dah pandai nak pakai barang perempuan ni semua. Maybe terpengaruh dengan majalah Bintang Kecil lah dulu sebab dalam majalah tu kan banyak aksesori yang cantik-cantik serta model kanak-kanak dulu pakai nampak cantik aje.
Lepastu naik sekolah menengah sikit masa tu Form 1, Form 2 dah pandai jadi member Satinni dulu. Ingat lagi tak Satinni ni apa? Dapat katalog Westica terus bukak bahagian aksesori wanita. Serius rambang mata masa tu dan mulalah order tu ini. Nasib baik lah pandai pakai kalau tak jenis pandai beli tapi tak pandai pakai camner tu? Makin lama kumpul necklace, bracelet, earrings, anklet makin banyak. Pergi Jusco ke Giant ke nampak kedai kecik jual aksesori mesti I singgah. Tetiba lah nampak rantai huruf K memang terus beli time tu jugak. The alphabet K is represented my name, Khalida. Tu yang seronok agaknya.
Okey dah habis pengenalan about accessories ni. Now nak citer pasal Mustache. Apa itu Mustache? Ala, mesti semua orang tau punya lah mustache ni apa. Okey, mustache ni misai lah. Er, misai? Apa yang menarik pasal misai ni eh? Ni bukan nak citer pasal misai kucing ya. Ni nak citer pasal aksesori yang ada corak misai! Yay!!
Lately ni, I suka tengok design mustache ni sebab nampak comel, kiut, cute, shomel, ohsem, lovely errrr dan macam-macam lagi lah. Sebenarnya design mustache ni dah lama orang pakai but biasalah I kan agak ketinggalan sikit bab aksesori ni sebab dah lama tak amik kesah pasal barang2 perempuan ni. Paling focus sekarang asyik pasal mekap, mekap dan mekap. Target nak collect mekap je sekarang ni sebab kalau aksesori dulu dah puas kumpul masa zaman sekolah. Ada yang dah hilang pi mana tak tahu. Tu yang dulu rasa macam leceh nak wat collection tu.
And know I rasa macam design mustache ni nampak cool sangat dan ramai orang suka pakai lebih-lebih lagi rantai. It's my turn pulak nak kumpul koleksi aksesori bercorak misai ni. Sekali lagi nak cakap ia nampak comel okeyh..*motip apa cakap camnie*.. Apa tujuan tulis entri mustache ni? Er, sebenarnya tak ada tujuan pun nak tulis. Hehe.. Eh tak lah. Ada tujuannya. Okey tujuan saya menulis entri pasal cik misai ni ialah, saya nak kongsikan dengan korang apa yang saya suka, dah lama suka, baru tersuka dan suka-suka lah. Oleh itu, marilah kita tengok apa yang kiut sangat misai lentik ni sampai ia membuatkan orang perempuan macam saya ni suka bebenor dengan design ni. Let's cekidaut!!
Oh men. I really love this. Walaupun I tak minat kaler pink but when I saw this, its caught my attention to have all of this. So tempting. Set kot. Ada necklace, ring, bangle. Yang cincin tu comel sangat okey. Boleh pakai pergi kelas nanti.
Another rings collection yang sangat cantik I tell you. Nak semua boleh? Boleh lah, plisshhh? *sambil kelip-kelip mata*
Wah, comelnya gelang ni. Sumpah comel. Cute sangat. Design dia simple je tapi cantik sangat. Huwaaa, mana nak carik aksesori comel-comel ni... Anyone? Please do let me know okay? I really want this.
Red neklace. For those who didn't know, I'm a fan of red colour. Trend sekarang what rantai yang labuh-labuh sampai ke atas perut ni. Lagi-lagi untuk wanita yang suka berfesyen, memang sesuai pakai rantai simple camni.
Huwaaaa, ni pun comel gak. Design dia ada hat, glasses and lastly is the mustache!! What a lovely design they created. Must have this in my wishlist.
The rings again. Serius lawa. Kalau dapat yang jenis corak lagi lawa.
Bangle ohsem ni kalau dapat sebijik memang rasa macam lengkap dah outfit nanti. Warna apa2 pun tak kisah sebab design dia comel. *Asyik guna perkataan comel je*.
Since I'm wristwatch collector, this is a compulsory in my collection. Yup! I memang suka kumpul jam tangan. Sebab suka tukar-tukar pakai. Hari ni kalau pakai baju merah, tudung merah, yang lelain pun mesti merah jugak lah. Salah satunya jam tangan lah. Sampaikan one of my friends tegur, "Khalida ni suka tukar2 jam tangan kan?", "Banyaknya jam! Biru ada, hijau ada.", "Ha, ni kalau pakai warna merah, esok mesti warna lain kan?". Ish ish! Pandainya dorang teka. Muehehe.
Earrings! Haha. Aksesori yang I suka kumpul dulu. Sekarang ni kalau nak beli aksesori mesti rantai atau cincin atau gelang tangan, atau anting-anting *eh!*. Senang citer beli semua jelah.
Simple bracelet in da house! Simple2 pun tetap nampak cool habis kan? Kalau camni lah kan rupa dia, nak semua lah senang citer.
Cincin lagi. Kali ni yang glitter punya lah. Ha, ni nak citer. I belum jumpa lagi yang rainbow lah. Dah cari tapi tak ada yang menarik aja. Kaler rainbow ni fevret gak.
Okey ini sangat lawa. That's why I'm in love with the rainbow colours too. Warna pelangi macam bagi ketenangan pada I. Seriously, mana I nak cari benda-benda ni semua. Ish,, geramnya tengok rantai ni.
Finally, Iphone casing. Simple sangat2. Tapi tetap nampak cantik dimata I. Apa pendapat korang? Mahukah korang mempunyai casing seperti ini? Kalau I, nakkkkkk!!
Wokey, entri sudah mahu ke penamatnya. Macam mana korang? Suka tak tengok gambar tadi? I terus jatuh cinta dengan mustache ni tau. Sebenarnya design dia simple je tapi yang buatkan ia nampak cantik ialah, first selain warna hitam, ada macam2 warna lain lagi kat pasaran sana. Tak pun, dorang pelbagaikan design ke. Tu sebab instead of certain people tak suka warna hitam, dorang boleh pilih warna lain like pink, red, gold and so on. Faktor lain lak, bila sorang dah pakai lepastu share their outfit on that day kat FB, IG or blog, mesti ada orang spot and wanna try out. Orait lah. Nak undur diri dulu lah and thanks to all readers, spending your time to read my blog. I really appreciate it. Muah muah.
2 comments
Mustache mmg ramai suka sebab dia simple je tak sarat. Tapi sy kurang sikit bab aksesori. Suka tengok je. Hehe xD
ReplyDeleteHai Anis. Betul cakap awak yang mustache ni simple je. Saya pulak suka aksesori tapi tak suka yang sarat barat ni. Simple pun dah cukup.. Salam perkenalan.
Delete