20 FACTS ABOUT ME..

1:55 pm

Assalamualaikum semua.



  Fuh, giler lah. Dah dekat sebulan gak I tak update blog. Sorry you all. I busy dengan test 1, quiz, assignment tu sebab jarang update. Plus line wifi kat rumah Shah Alam ni tak ada pulak. Nak kena lepak KFC gak baru merasa nak cekidout you all punya blog semua. Serius rindu giler nak blog walking, baca review mekap-mekap, tengok youtube semua. 

Okey, okey. Udah-udah ler membebel, meh kita sembang-sembang ya. Well today's post is about 20 Facts About Me. Ala yang tengah jadi trending kat Instagram sekarang ni. Aku terfikir gak nak buat. Orang lain semua dah buat, Iollss je belum lagi. Nampak tak budak ni ketinggalan? Okey, okey promise tak mau ignored lagi. So let's begin.


1) Aku suka makan pedas. Pedas dengan aku memang tak boleh dipisahkan. Cili api tu dah macam kawan baik aku je. Asal pergi kedai makan je mesti nak request pedas. I know makan pedas selalu sangat pon tak elok kan. Takpe aku cuba control makan pedas.


2) Aku suka makan coklat. Chocolate ice-blended, chocolate cake, chocolate ice-cream, chocolate cookies and anything with chocolate. You all pun suka coklat? Wahh..kita geng lah.


3) Aku tak boleh tengok warna rainbow. Sebab warna rainbow ni cantik sangat. Melting I dibuatnya. Especially pakaian wanita lah such as skirt, top, tudung, kalau ada banyak warna vibrant ni memang aku rasa macam nak beli semua. Tudung satin misalnya. Apa-apa lah yang melibatkan warna pelangi ni. Multicolour gitu. Macam aiskerim.


4) Suka berangan. Eleh, macam korang tak pernah buat kan. Baik mengaku cepat. Haha. Biasalah you all. Berangan nak ada butik sendiri. Berangan nak dapat laki encem. Berangan nak jadi jutawan. Berangan nak dapat dean list. Tapi kalau tanpa usaha tu memang susah lah nak gapai kan. Except for the encem hubby. Itu iteww bewrangan jew..


5) Suka main mekap-mekap. Like I said before sebab eyeshadow ada warna-warni, lipstik ada kaler oren, kaler merah, kaler pink, kaler nude. 


6) Saya kuat cemburu. Kbai.


7) In Shaa Allah seseorang yang mudah memaafkan orang lain. Dendam lama-lama pun tak elok gak weh. Hati ni sakit. I'm trying to be a better person start dari cuba maafkan orang lain.


8) Cerewet bab nak jaga muka. Tu sebab asyik tukar produk je. Tak berkesan kat produk ni cuba produk tu. Last2 duit pun habis, muka macam ni gak. Dugaan...


9) Aku ni simple aje orangnya. Kalau keluar dengan kawan-kawan tu jarang lah korang nak nampak aku ni bergaya mix and match bagai. Tapi aku tetap suka berfesyen. Target nak kumpul skirt, top dengan jubah je sekarang.


10) I am a collector. Pempuan kan. Sinonim dengan kecantikan. Aku suka collect kasut, baju, tudung, mekap (of course), aksesori dan apa lagi ek? Lupe lah. Kalau you all pulak suka collect apa ya?


11) Suka masakan melayu dengan masakan barat. Gua tak suka makanan jepun ke cina ke korea ke. Setakat rasa-rasa sikit tu boleh lah. Nak mencuba kan. Karang rugi kalau tak cuba makanan macam ni.


12) Seseorang yang sukakan seni. Seni ni meluas. Seni fesyen boleh, seni masakan boleh. Lukis kat dinding corak cantik pon satu seni. Tapi tak pernah pergi pameran seni. Teringin nak pergi. Dah spot satu tempat kat Shah Alam yang jalan nak menuju ke Seksyen 8 yang ada Plaza Massalam sana. Kalau setakat Laman Seni, Seksyen 7 tu dah pergi. Homaigad cantik giler.


13) Suka membaca. Novel cinta ke novel inggeris ke, majalah, surat khabar dan lelain. How about you?


14) Ramai orang cakap muka aku ni muka garang, nak makan orang dan sebagainya sebab aku jarang senyum. Lawak lah. I redho je you all muka I macam ni. Padahal aku bukan macam tu. Apa boleh buat. Tak apa nanti I praktis senyum selalu. 


15) Penyakit sekarang. Gila beli tudung. Aduih.. Koyak duit I. Penangan tudung e-Dast dengan SBU lah ni. Nasib baik cantik dan berbaloi beli. 


16) Suka pada kecantikan alam. Suka tengok bintang dengan bulan terang kat langit pada waktu malam, suka dengar bunyi ombak, suka dengan taman bunga. Suka tengok bukit dan rasa nak panjat je tinggal kat situ. Suka dengan air sungai. Suka dan cinta dengan semua keindahan alam yang telah Allah SWT cipta ni.


17) Pernah berangan supaya ada ability nak terbang kat langit dan boleh bernafas dalam air serta boleh melihat dalam gelap. Apa punya angan-angan lah aku ni.


18) Tengah usaha nak kuruskan badan. Oh lemak, please go away.


19) Tengah usaha gak nak rawat masalah muka. Oh jerawat, please go away.


20) Aku pantang bila ada orang menipu aku. Pantang nombor satu.


Pergh.. Orang lain kata 20 Facts tak cukup, kena tambah 50 Facts. Aku pulak yang 20 ni je puas aku korek balik memori aku apa benda eh pasal aku ni. Pada aku, inilah 20 Facts yang aku tahu mengenai diri aku sendiri. Pernah tak korang dengan member korang pakat buat Tag ni which mean, A buat untuk B, B buat untuk A? Dari situ maybe kita boleh tahu perception orang kat kita kan. Masa ni lah kot nak dengar sendiri pendapat kawan kita pasal diri kita kan. Betul ke kawan kita ni dah kenal kita sepenuhnya. I'm just saying. Maybe lah kan. Okey you all kita ni berundur diri dulu ni. Ada masa lagi I update banyak entri untuk korang ya. Tak janji lah nak kerap-kerap. Busy memanjang ni susah sikit nak update. Will see you soon.

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum Khalida,
    Hai salam perkenalan dari kak D. just blogwalking di sini terbaca fakta ttg awak.. nampaknya kita banyak persamaan.. hahahaaa.. tp xnak cakap tang mana yg sama tu., tp mmg x disangka2 la jugak.. apa2 nice blog ya. keep up the good blogger. all the best. jom join contest di blog akk. Chill !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak D. Hai akak. Salam perkenalan akak. Thanks for coming to my blog. Wah, teringin sangat nak tahu fakta mana yang kita serupa tu. Oh please bagitahu. hihi. In Shaa Allah I will do my best.

      Delete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images