I AM BACK!!

3:58 pm

Assalamualaikum semua.


 Ya Rabbi.. Rindunya dekat blog tersayang ni. Dah sebulan lebih gua tak update apa-apa. Setiap hari aku tengok blog ni tanpa mampu tulis apa-apa. Hanya mampu melihat sambil klik2 blogger lain.

Maaf le baru nak muncul sebab I baru je habis paper 2 minggu lepas. Finally, aku boleh rehat panjang. Alhamdulillah akhirnya tamat juga pengajian aku kat Unisel ni. In Shaa Allah kalau aku tak ada sangkut mana-mana paper, aku akan grad. This is the moment that I am waiting for so long. Oleh kerana tak ada topik hot nak citer, aku macam nak share lah dengan korang sikit kisah aku di tempat orang ni. Sikit je. Tak banyak. Sudi lah baca sampai habis ye kawan-kawan. Hihi..

Tau tak korang, sebenarnya kan sepanjang aku belajar kat Unisel dan tinggal kat Shah Alam, aku rasa macam boring, hati aku kosong, bosan, asyik nak balik Sepang je. Asal aku balik Shah Alam, aku dah start stress fikir pasal study, assginments, test 1, test 2, presentation dan lain-lain. Masa junior dulu boleh lah excited giler dok Shah Alam ni, rasa pengalaman belajar kat universiti. Tak balik Sepang pun tak pe. Tapi sekarang, hujung minggu je menggelupur nak balik Sepang. Stress bebenor dok Shah Alam agaknya.

Tapi kan sekarang, bila aku dah habis belajar, dah angkut segala barang pindah ke Sepang balik, ada satu perasaan lain masuk dalam hati ni. Aku rasa sayu gila nak tinggalkan Shah Alam. Sedih nak tinggalkan tempat belajar, sedih nak tinggalkan kawan-kawan. Aku sorang ke yang rasa macam ni? Ke korang pun sama? Aku rindu pulak nak pergi kelas tiap-tiap hari, kene bebel dengan lecturer, stress sama-sama jawab test, buat program dan lain-lain lagi. Hampir 3 tahun belajar, aku rasa macam tak percaya yang sekarang ni aku pun dah habis belajar.

Dulu hati ni keras, tak sabar nak habis belajar, nak tinggal Sepang, tak mau dok Shah Alam lagi dah, bosan belajar and bla bla bla.. But know I really miss that moment. Dulu aku plan yang ni last aku belajar lepastu aku tak mau sambung degree dah. Perghh.. Berlagak gila aku dulu. Tapi bila aku fikir balik, terlalu awal untuk aku berhenti belajar setakat diploma. Kawan-kawan lain semua sambung degree aku pulak tak nak, dah kenapa kan? Ramai gak lah kawan pujuk suruh sambung belajar balik. Maybe dorang betul kan yang usia macam aku ni terlalu awal nak berhenti belajar.

Boleh jadi jugak aku stress tak nak sambung belajar berpunca dari course yang aku amik masa diploma dulu tu bukan kehendak aku. Aku tak minat akaun. Aku belajar main-main. Aku rasa macam aku tak pernah diberi pilihan untuk pilih apa yang aku nak sebenarnya. Aku selalu merungut kenapa aku yang kena amik course ni sedangkan orang lain boleh buat pilihan dorang sendiri. Ya I know that kerja sebagai accountant ni boleh cerah masa depan kau. Tapi aku tak minat. Aku kesian kat parent aku. Dorang berharap yang aku ni boleh berjaya esok. In Shaa Allah mummy and daddy. Tapi untuk menjadi seorang accountant tu Allah. Beratnya hati. Aku rasa aku tak mampu nak pegang jawatan hebat tu sebab aku tau keupayaan aku takat mana.

Maaf le you all. Malam ni I dramatic sikit. In Shaa Allah, ada rezeki kerja kat bahagian akaun tu ade lah. Nak kutip pengalaman kan. Aku dah decided yang aku akan sambung belajar nanti tapi bukan dalam masa terdekat ni. Aku pun tak tahu nak sambung kat mana. Maybe kat Unisel lagi atau tempat lain. Aku tak kan salahkan parent aku sebab suruh aku amik course ni. Walaupun aku tak berapa sangat nak score subjek ni tapi dengan subjek ni jugak lah aku belajar banyak benda dalam dunia akaun. Ada jugak le aku dapat advantages bila belajar akaun ni. 

Cakap pasal kawan-kawan, batch kami semua nakal-nakal tau. Termasuk aku. Haha. Lecturer pun tension dengan kitorang. Baik student laki atau perempuan. Dua-dua semua gila-gila. Tapi tu lah penghidup suasana ceria dalam kelas sebenarnya. Eish, nak citer banyak pasal kelas kat universiti ni memang panjang. Sampai ke sudah tak kan habis. I miss them now. I wanna cry..

Tak lupa jugak dengan budak-budak rumah aku. Rindu dorang gak. Sepanjang dok rumah sewa sana, macam-macam hal dah aku lalui. Aku maintain dok serumah dengan dorang dari asrama lagi. Sayang ketat-ketat lah kat korang. Korang kawan yang terbaik lah yang pernah aku jumpa. Semoga hubungan persahabatan ni tak terputus macam tu je bila masing-masing dah tak berjumpa esok.

Okey aku dah puas menangis dah (haha, tipu je). Entri ku hari ni sampai disini saja. Lepas ni aku nak rajin-rajin update blog. Oh idea come to mama please.. Will see you again.


Tata...

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images