MY MAKE-UP WISHLIST!!
11:42 pm
Assalamualaikum.
Setiap orang yang mana suka sangat-sangat dengan mekap ni mesti ada wishlist sendiri kan? Sebab apa kena ada wishlist eh? Sebab itu menunjukkan yang korang nak sangat beli mekap tu dan dah masuk dalam list siap-siap untuk dibeli pada masa akan datang. Same goes on me. Kalau korang tanya aku apa benda yang aku nak beli untuk mekap ni, BANYAKKKKKKK sangat. Hoho. Tak delah BANYAKKKKKK sangat. Beli sebab nak lengkapkan koleksi mekap aku je.
Mekap-mekap yang dalam wishlist aku ni ada yang local brand dan ada gak brand dari luar. Dimana senang sangat nak cari. Sebab aku mampu beli yang ni jelah. Aku lebih suka mekap yang berbentuk palette. Sebab dalam casing tu ada BANYAKKKKKK warna. Tak suka yang single punya. Tapi aku akan beli in case lah aku tak ada warna tu langsung ataupun warna tu macam menarik perhatian aku tau. Kita mestilah nak beli dengan harga yang berpatutan kan? Jadi aku dah jumpa beberapa online shop yang jual semua ni. Dah jom tengok.
1)Kiss Beauty 14 Baked Blusher
1)Kiss Beauty 14 Baked Blusher
most wanted. Nak sangat beli blusher ni. Kelebihan dia ialah blusher ni BESARRRRR sangat. Harga pun murah. Kalau pandai pilih kedai lah. Lepastu ada banyak warna dan korang pun bukannya pakai selalu kan so kat situ dah jimat sebenarnya. Boleh tahan beberapa tahun ntah tengok pada kekerapan korang. Blusher ni sejenis baked tau. Ada effect shining dan boleh menaikkan tulang pipi. Kalau korang dah ada ni tak payah beli blusher lain dah sebab kat sini semua warna ada. Pink, soft pink, light brown, purple dan lelain.
2)Miss Rose 28 Pigment Eyeshadow
aku tak tahu kenapa aku suka sangat tengok benda ni. Eyeshadow ni jenis serbuk yang kilat tu tau. Packaging dia awesome sebab aku belum pernah jumpa dalam bentuk macam ni. Biasanya jumpa yang botol kecik tu untuk satu warna. Yang ni pun kalau korang pakai sikit pon dah cukup. Sebab warna dia memang terang, pekat dah tahan lama.
3)Miss Rose 48 3D Eyeshadow
kombinasi warna yang cantik kan? Aku pun sebenarnya tak tahu fungsi eyeshadow baked camni. Nak guna camna. Rupanya warna macam ni lebih cantik sebab ia mix kan. Kiranya boleh buat smokey eyes lah. Aku masih samar-samar lagi nak guna benda ni tapi tak apa sebab ia dalam wishlist aku kan. Lepas beli nanti dan test, aku akan buat review kat sini yep?
4)Kryolan Supracolor Foundation
ramai orang suka pakai foundation ni. Full coverage dan ia cover redness, dark circles and any imperfection kat muka. Also, this foundation can make your face look flawless like a doll. Tengok gambar dorang pakai foundation ni pun Ya Allah cantiknya. Tergugat iman I. Nanti aku buat review okey?
5)Obuse Lip Tint
wow. I really love this. For those yang tak suka pakai lipstick but still want to look fresh, then you should try this. Dot sikit-sikit kat bibir dah merah. Macam bibir orang korea. Terdapat dalam 3 warna iaitu red, pink and orange. What's my favourite? Of course RED!!
6)High Beam by Benefit
fungsi high beam ni untuk menaikkan tulang pipi. In case kalau korang tak nak pakai blusher, pakai ni pun boleh. Boleh juga jadikan ia sebagai highlight. Aku pun kengkadang bukannya reti sangat pakai blusher ni sebab macam tak naik je tulang pipi. Tak pandai pakai kot. Tapi nak jugak beli blusher tu. Hoho.
7)Benetint by Benefit
ada dua cara nak guna benetint ni. Satu sebagai pemerah bibir dan satu lagi sebagai pemerah pipi. Awesome kan? Dua dalam satu. Ni pun if korang macam tak suka pakai blusher dan tak pernah willing nak beli pun, then korang boleh guna benda ni aja. It look natural. Macam pipi korea. Korea again?
8)Dr. Feel Good Face Balm by Benefit
dia macam make-up base jugak lah. Aku memang tak ada make-up base so, I think I must try this out. Sebab at the end dia akan bagi effect shining kat muka. Aku dah jumpa satu online shop yang jual benda ni. So, wait for my review okay. Pic credit to http://turquiosegardens.blogspot.com/2011/07/benefit-dr-feel-good.html.
9)Eye Primer Potion by Urban Decay
eye primer. Yes sangat diperlukan. Apa ya kegunaan eye primer ni? Eye primer dipakai kat mata sebelum korang apply eyeshadow. Bertujuan untuk bagi eyeshadow korang tahan lama. Pakai kat area mata ja ya. Jangan sapu satu muka lak. Pic credit to http://www.makeupandbeautyblog.com/daily-beauty-cat/urban-decay-eyeshadow-primer-potion-tubes/.
10)Tween Extension Mascara by Farmasi
dah lama nak beli mascara macam ni. Suka sebab dia ada warna hitam dan putih. * tu je ke sebab kau suka?* Lagi satu packaging dia best. Aku memang suka mascara yang besar-besar ni.
Buat masa ni, ni antara 10 barang yang dalam wishlist aku. Actually banyak lagi, tapi yang lelain tu macam mengarut aja so I cut it short. Tinggal lah 10. Ni pun macam banyak aja. Tak apa beli sikit-sikit dulu. So, korang macam mana? What's yours?
Salam sayang.
0 comments