5 PERKARA YANG MENJENGKELKAN AKU DI FACEBOOK!!

12:00 pm

Assalamualaikum.

Hari-hari online facebook, asyik-asyik keluar benda yang sama tiap-tiap hari sampai aku dah naik bosan. Kalau setakat game request tu aku boleh lagi walaupun korang hantar beratus request lagi, pun aku still cool. Dah selagi Facebook ada game, selagi tu lah korang dok hantar kan. But, nevermind. Kekadang aku pun hantar game request kat korang gak kan. So, kita serupa.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang memang buat aku menyampah bila online ni. Antaranya:

1)Facebook page yang tak habis-habis share link ngarut2 kat fb. Maksudnya? Yelah, korang perasan tak mana-mana page lah yang dok share link seperti ini, 
"Artis B kantoi kain terselak. Klik untuk melihat." 
Ko rase apa eh? Aku selalu jumpa benda-benda macam ni, bukan satu page aje, kekadang tu sampai 3, 4 page share benda yang sama. Naik muak aku. Bukan tu je. 
"Gambar artis baru yang sedang meningkat naik yang berpesta sakan sampai mabuk tersebar meluas di Internet, klik link berikut"
"Hot mama berpesta sakan sampai tak perasan kain terselak, klik untuk melihat"
"Artis popular yang berpakaian terlalu ketat sehingga menampakkan...(er menyampah nak sebut, paham2 sendiri lah)".
Seriously? Korang mengarut apa ni sampai nak share benda-benda ni semua? Pada orang yang berkenaan lah, korang dah tahu kan benda-benda macam tu boleh mengaibkan dorang, yang korang pun pergi share link tu kat public pasal apa? 
Best dapat buka aib orang? Kalau memang betul cerita yang korang dok post kat fb tu betul sekali pun, biar dorang lah. 
Yang aku tak faham ni korang ni ha yang pergi join sekali share. Yang tak boleh blah sampai tulis klik untuk melihat tu. Hebat korang ni.
Aduih, tak faham aku. Sampai aku terpaksa atau sebenarnya aku memang rela hati untuk UNLIKE page tersebut.

2)Masih berkenaan FB page gak. Kali ni dorang share something yang menarik perhatian aku. Contohnya, contoh ya. Kalau nak suruh aku ingat balik amende amat mustahil nak ingat sebab aku pun dah lupa. 
"Resepi kek coklat air tangan chef terkenal yang sedap sehingga menjilat jari. Klik link berikut untuk melihat". 
Since aku penggemar kek coklat, of course lah teruja bab kek coklat ni. Dengan senang hatinya aku klink link tu tengok-tengok apa yang keluar? 
Skrin hitam, gelap tak nampak apa-apa, tetiba muncul "Klik LIKE dulu sebelum membaca".
Aku macam nak sepak laju-laju laptop aku. 
Tapi tak boleh sebab aku jenis sayang barang. Haha. Tapi serius, aku paling malas nak tekan LIKE untuk page yang macam ni. 
Motif buat macam tu? Oh baru faham. Dahaga LIKE rupanya.

3)Yang ni maaf cakap lah ya. Aku kan suka buka page yang jual alat mekap ni. 
Lepastu aku bukak gambar mekap saja-saja tengok and mesti nak baca komen-komen dari customer lain. 
Kebanyakannya dorang suka tanya benda yang sama banyak kali sampai owner shop tu malas nak layan such as "Ni berapa ya?", "PM me", "Ni apa ya?", "Ada stock lagi tak" dan sebagainya.
Yelah, they kept asking the same questions dimana terang-terang owner tu dah tulis siap-siap kat setiap album. 
Harga, kod, ada stok ke tak, cara nak order semua dah ditulis kat situ pun masih ada yang tanya lagi benda yang sama.
Bila tak dibalas, marah-marah. Dah ko tak baca dulu elok-elok sapa suruh. 
Sebagai contoh, owner tu dah tulis kalau nak order kena PM dia dulu sebab FB page tak boleh PM kita kan. Ni tak. "PM", "PM me". 
Aku yang baca komen dorang ni pun sakit hati.

4)Yang ini pun selalu sangat aku jumpa. Orang yang suka maki hamun kat Facebook. Ala, korang pun selalu akan jumpa gak benda ni. 
Contohnya, someone ni uploaded gambar tengah minum teh ais kat Facebook. 
Lepastu sapa tah dengki dengan orang ni pergi share gambar tu kat Facebook page yang tempat untuk mengutuk orang. 
Faham tak apa yang aku nak sampaikan? Page yang khas untuk kutuk-kutuk, maki hamun, dan sebagainya. 
Bila orang tu share gambar tu sambil letak caption, "Gedik minah ni minum teh ais pun nak uploaded kat FacebookTeh ais kat kedai mamak je pun, kalau minum kat Starbucks tu tak apa lah jugak".
 Lepas tu ada lah pulak beberapa orang pun komen benda yang sama siap maki-maki lagi such as,
 "Entah pempuan ni, nak menunjuk-nunjuk pulak", "B***h betul pempuan ni, pergi balik jelah", dan sebagainya. 
Serius korang ni dah kenapa? Teh ais je pun. Lantak dialah nak upload gambar apa pun. Yang aku heran tu kenapa sampai nak maki-maki? 
Seronok buat dosa mengutuk orang? 
Macam salah besar je kalau upload gambar camtu, kalau sakit mata tak payah tengok ya. Sila ke tempat lain. 
Kadang-kadang benda lain pun boleh jadi isu. Rasanya tak perlu kot nak mention kat sini sebab korang pun mesti pernah jumpa gak perkara lain serupa kat atas ni. 
Pada siapa-siapa yang selalu online FB tu mesti tau punya mana-mana page yang ditubuhkan untuk maki-hamun orang. 

5)Aku paling tak suka Facebook orang yang banyak upload gambar tak senonoh. Korang faham maksud aku kan? Pastu orang tu add kau.
 Ye lah, gambar DP macam ok kan. Pastu sebelum kau nak approve dia, kau mestilah nak kena tengok backgroud dia macam mana kan.
 Tengok gambar yang lelain ke. Gambar DP dah ok sekali tengok gambar lain, Ya Allah, mengucap panjang korang.
 Banyaknya gambar tak senonoh which is korang tak terpikir sampai macam tu sekali orang tu. Pastu kau tengok friendlist dia ramai perempuan seksi-seksi, tengok geng-geng dia pun sama je macam dia.
 Orang macam ni jangan approve. Better block aje terus.
Seriously, orang macam ni menakutkan aku. Belum lagi part orang tu tegur kau pulak.
 Ha, memula ok pastu siaplah ayat dia nak bawak kau pergi check in lah.
 Ni bukan mesra alam, ni kurang ajar namanya.
 Kepada orang tersebut, kau ingat kau cakap something yang berbaur lucah, perempuan suka? Ini dah boleh jadi gangguan seksual tau. You better watch out.

Ini lah antara lima perkara yang buat aku rasa jengkel, takut, dan sebagainya. Bukan suka-suka perasaan macam ni nak ada. So korang pulak macam mana?

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images