Assalamualaikum semua..
Harini kita nak citer pasal rainbow cookies!! Berdasarkan entri disini, aku ada bagitahu korang yang aku teringin sangat nak makan cookies kan dan salah satunya ialah biskut misai kucing a.k.a rainbow cookies yang aku nak review hari ini. Finally, dah beli pun. Alhamdulillah memang rezeki aku.
Tapi aku tak beli dekat FB pun. Kebetulan tempat aku belajar ni kat Unisel dorang ada buka meja jual macam-macam contoh makanan, baju-baju, tudung, dan banyak lagi (tapi tak meriah macam sem-sem lepas). Dari tepi tu terjeling kat sebelah yang lorong orang lalu-lalang (kalau korang pelajar Unisel Shah Alam korang akan tahu meja yang dorang bukak tu depan kedai fotostat) ternampak biskut warna pelangi ni.
Inilah rainbow cookies tersebut! Cantik tak? Warna-warni ni lah yang memikat hati aku untuk cuba tau. Aku beli dengan harga RM 15 bersamaan dengan 30 keping.
Sebelum makan haruslah ambil gambar dulu. Buat kenang-kenangan. Muahaha.
Pabila sudah dibukak penutupnya. Humm..sedapnya bau butter..
Selain saiz yang ini, dorang ada jugak jual saiz besar iaitu 50 keping berharga RM 25.
Close-up. Alahai cantiknya.
Masa untuk makan! Biskut ni nipis tau. Memang saiz dia macam tu so boleh terasa dia punya rangup tu. Serius sedap. Rasa butter yang menyelerakan. Ada rasa lemak-lemak masin gitu.
'No smoking'! Eh tetiba pulak kan. Haha.. Snap dalam kereta kawan.
Nak beli kat mana? Meh aku kasi link. Korang boleh dapatkan rainbow cookies ni kat Da Cupcakes Sisterz. Biskut ni memang sedap. Siang tu aku beli, malam tu jugak habis. Rasa sayang nak habiskan sebab sedap dan cantik biskut ni. Tapi kalau tak habiskan lagi lah sayang.
Ni gambar dari Facebook cookies ni. Sungguh nampak menyelerakan.
Selain rainbow cookies, dorang ada jual Almond M&M chocolate cookies gak. Lepastu tak silap aku, pretzel pun ada jual. Pretzel benda last aku nak cuba. Lepastu complete lah My Cookies Wishlist.
Apa-apa hal kalau nak tahu dengan lebih lanjut, sila lah klik kat link yang aku bagi tadi. Ada macam-macam jenis lagi yang dorang jual iaitu cakes, cupcakes, pavlova dan banyak lagi lah.
p/s: Aku tak dibayar tau untuk tulis entri ni. Aku just nak share dengan korang yang aku suka sangat dengan cookies ni dan recommended kat korang sekiranya korang tercari-cari kat mana nak beli.
Till then..
Assalamualaikum and hi..
Happy Saturday! Today's post is about an eyeliner! You all excited tak? I dah lama nak post review pasal eyeliner ni tapi asyik tertangguh aja. Maybe sebab tak ada kekuatan nak buat kot. Tapi tak apa sebab sekarang I dah ready nak buat review. I bahasakan diri sebagai I jelah post hari ni. Saja nak feeling mat salleh kejap. Okey, let's begin.
Pernah dengar tak Maybelline Hypersharp Liner ni? Tak pernah? Hari ni I cerita sikit apa yang best about this eyeliner. For your information, I am an eyeliner junkies and that's one of routine that I cannot skip everytime I go out. Kalau I rajin, I sapu sikit eyeshadow and eyeliner is a must sebab boleh kasi mata I yang sepet ni besar sikit.
Are you agree with me that an eyeliner is a fast application ever when you in hurry to go the class?
Packaging
I suka dengan packaging dia sebab nampak macam high-end product. Kombinasi warna hitam dan warna emas memang ngam lah kata orang. Lagi satu eyeliner ni dalam bentuk pen or marker or something like that which is very easy to use. Buka penutup dan garis kat mata. Senang sangat. You all nak baca tak jenis-jenis eyeliner? Clik here!
Price
Harga asal RM 23.90. Kalau you all nak murah sikit sila lah tunggu Guardian or Watsons buat sale. Bagi I harga dia boleh lah untuk sebatang eyeliner untuk drugstore punya jenama. Jenama Maybelline pulak. Kalau MAC, memang rasa nak terkentut dengar harga dia yang berpuluh-puluh tu untuk sebatang eyeliner yang panjang dia takat mana je. But this is about a brand. Bak kata orang putih, Take it or leave it.
Performances
When you apply this on your eyes, it will dry quickly and also waterproof. Bila you all pakai ni tak yah risau lah pasal comot ke, pasal warna hilang sebelah ke sebab eyeliner ni memang melekat kuat, kukuh dan tak mudah nak tanggal macam tu je kalau gosok dengan jari. Tapi kalau pakai make-up remover baru dia akan hilang. Oh ya! Eyeliner ni warna hitam.
Ada sesetengah brand bila pakai dia macam cepat smudged kan? Tetiba pulak eyeliner tu luntur dan tercop kat atas mata sikit. Nampak horror benor kan? Tu biasanya berlaku kat gel eyeliner tapi kadang tu tengok kat brand jugak. Tapi tidak dekat HyperSharp Liner ni. Hoo yah!!
Tahan berapa lama? Let me tell you. Lebih kurang 8 jam okey!!
Where to buy?
Senang sangat nak cari. Watsons and Guardians, of course ada. Kat farmasi yang jual Maybelline ni pun ada jual gak. Senang citer cari lah tempat yang ada jual produk Maybelline ni. I beli kat Guardian.
FINAL VERDICT
- I love this eyeliner like number one in my heart.
- Harga dia murah dan mampu milik. Hanya RM 23.90 itupun kalau ada sale, you all boleh dapat lagi murah.
- Senang dan mudah nak dapatkan eyeliner ni. Guardian and Watson of course ada lah. Tapi kalau rumah you all jauh dari dua kedai ni you all try cari kat farmasi berdekatan you all yang ada jual brand Maybelline ni.
- Ada warna hitam je but I wish they create more colours so I can play with it.
- Tahan lama like I said before. Setakat ni I baru tengok dia tahan dalam 8 jam camtu. Nanti nak try tengok sama ada boleh tahan dalam 10 jam ke tak.
Finally. Dah setel bab review eyeliner ni. For me, seriously agak susah nak review eyeliner ni sebab tercari-cari idea cemana nak bagitahu you all pasal eyeliner ni. Hope you all faham apa yang I review. So sorry kalau post ni ada kelemahan tang nak review barang ni. I will practise more and more to give the best review for you.
ADIOS..
Assalamualaikum and hi all.
Happy Thursday everyone. How you guys doing? Hope you guys doing well. Today's post is about tag. I love tag questions. It makes me think hard of what actually I like and I do! So, here is fun tag from Sabrina Tajudin, my favourite beauty blogger and you should visit her blog. She's right! This fun tag will make us know each other and I'm excited about it. One day, In Shaa Allah, I will create this beauty tag for you too and I would love to read it from you. So, let's begin.
Assalamualaikum semua.
Daripada haritu lagi teringin nak makan almond crunchy ni dan akhirnya dapat juga beli. Semalam saja lah jalan-jalan kat SACC Mall dengan kawan. Naik tingkat tiga betul-betul depan eskalator, nampak dorang ada bukak meja kecik jual macam-macam. Kedai ni jual jubah, kedai tu jual tudung.
Mula-mula terpandang kan genie bra sebab kat Facebook, Owner Dian Pixy ada jual genie bra. So semalam masa tengok live mende tu, "Oh nilah rupa genie bra yang kak Dian jual tu". Jeling sebelah, perasan lah meja sebelah pulak jual cookies. Tertarik beb. Tu yang terus pergi sebelah tu. Sebab dah nampak Rainbow Cookies yang memang aku nak try dari dulu gak.
Tengah tengok-tengok sekali terpandang kan almond crunchy ni. Hoho. Kesukaan kejap disitu. Dia jual RM 30 je. Try rasa dan memang sedap nok. I suka. Tanpa fikir panjang terus beli. Sebab nak sangat makan mende tu. Sebelum ni aku ada updated yang aku teringin sangat nak makan crunchy ni. Baca sini.
Sorry lah gambar tak ada. Sebab dah habis makan dah pun. 1 hari je boleh habis makan almond tu.
Ni lah rupanya. Sebijik yang macam aku beli semalam. Sekarang dah habis dah pun. Nanti nak beli lagi lah. Pic credit to http://www.mywisewife.com/bake-caramel-almond-flakes-cookies-recipe-for-festivechinese-new-year.html.
Sila lah klik link ni for the recipe!
Rasa dia memang sedap gilos okey. Aku sampai sekarang teringat-ingat lagi dia punya kesedapan tu. Rasa badam yang disaluti karamel. Tak manis sangat and just nice. Kawan-kawan aku pun suka mende ni sebab sedap kan. Korang patut cuba tau.
Selain kat atas ni, ada orang letak kuaci sikit,
Ada yang salut dengan coklat:
Mak aih.. Semua sedap-sedap. Tempat yang aku beli semalam tu ada gak yang jual almond letak kuaci tu. Try rasa semalam, rasa dia memang sedap pun. But my favourite, yang aku beli tu lah. Kalau korang nak beli, better korang pergi secepat mungkin. Sebab aku tak yakin yang dorang akan jual lama kat situ. Mungkin esok-esok dah tak ada jual dah. Kat tempat macam tu memang dorang sewa tapak kejap nak berniaga. So, cepat-cepat pergi tau kalau nak rasa. Dia ada jual macam-macam biskut lagi. Tart nenas pun ada. Nanti korang jangan marah aku pulak kalau kedai tu dah tak ada.
HAVE A NICE DAY!!
Assalamualaikum semua.
Phew. Lamanya ku tinggalkan blog ini. Rasa macam terbiar pulak blog ni. Sorry semua.
Aku suka mekap. Bila nak bermekap ni selain menggunakan jari, kita mesti lah guna berus kan? Well today, aku nak share sikit satu jenama berus mekap yang aku suka baru-baru ni. Ni suka pun sebab terpengaruh okey. Aku namakan ia sebagai My Make-up Brushes Wishlist (asyik wishlist je). Kenapa tetiba aku nak beli berus eh padahal sebelum ni macam tak kesah aje.
Sebab bila aku tengok tutorial mekap kat youtube, I noticed that, ramai youtubers, dorang mekap guna berus yang pelik-pelik bagi aku, yang tak pernah aku dengar kekdahnya. Dari situ rasa tertarik nak kenal lagi mendalam (mendalam kau, kelassss). Apa kebendeanya blending brush, kabuki brush, stippling, syntethic dan semuanya lah.
Dalam banyak-banyak brand yang aku tengok, aku paling tertarik dengan Sigma Beauty brushes! Dulu, tak berapa nak kisah sangat dengan Sigma ni semua. Bila blogger Wiida bagitahu yang dia suka sangat dengan brushes dari Sigma ni, aku jadi tertarik tau. Betul ke best? Lepastu start lah research semua.
Aku paling suka yang ini! Sigma Beauty Make Me Classy Essential Kit. Aku suka sebab brush set ni paling complete yang pernah aku jumpa. Kalau lah aku dah ada brushes set ni, aku dah tak nak pandang bruhes lain dah. Sangat-sangat complete.
Dah disediakan sekali dengan bekas nak letak brushes tu nanti. Bagus kan dorang. Tak payah lah susah-susah nak cari container lain. Suka betul lah tengok set ni.
Lagi satu, aku ada berkenan dengan brush set yang ini:
Cer tengok yang ini pulak.
It is Sigma Beauty Kabuki Kit 5 Brush Set! Aku tertarik jugak tengok yang ini walaupun aku tak reti guna kabuki ni. Memang lebih sesuai untuk powder ke? Nanti lah aku search.
Bukan setakat warna hitam je yang ada, warna lain pun ada. Tapi aku paling suka hitam lah. Motif suka? Entah lah tak tahu. Memang dah biasa dengan warna hitam kot. Tapi aku tak nafikan yang warna lain pun cantik jugak. Macam ini:
MRS. BUNNY ESSENTIAL KIT
comelnya alahai. Tapi dengar citer yang kaler pink tu limited edition. Yang permanent warna silver dan pemegang dia maintain baby blue.
MAKE ME BLUSH ESSENTIAL KIT
Haritu tengok yang ini, mata ni terbeliak kejap. Fuyoo, warna merah beb siapa tak suka. Ni first time aku tengok brushes warna merah tau walaupun aku tahu jenama lain mesti ada punya, tapi aku perasan yang ini dulu. Dengar kata limited edition jugak. Entah lah wei.
MAKE ME COOL ESSENTIAL KIT
comel betul lah warna dia. Siapa yang suka warna baby blue/aqua then you may try this.
MAKE ME CRAZY ESSENTIAL KIT
kali ni warna purple pulak. Sangat cantik lah warna dia. Nasib baik lah semua berus sama aja cuma beza warna. So far, lepas dah baca review orang, semua suka. Berus dia lembut, senang nak blend kat muka, boleh kasi sapuan rata dan senang citer sume bagus-bagus lah.
Tapi dia agak pricey sikit lah. Aku dah cek kat satu website ni dan harga dia memang rasa nak tercekik. Tapi kalau dengan harga tu kau boleh dapat kepuasan atau apa yang kau harapkan dari kualiti dia tercapai, agak berbaloi lah bila kau invest beli benda ni. Tapi try cari online shop yang lain ya, yang boleh bagi harga murah sikit.
Tapi kalau korang tak nak beli yang essential kit ni pun tak apa sebab dia ada yang travel kit punya. Beza essential kit dengan travel kit, saiz travel kit kecil sikit kalau tak silap dan travel kit hanya ada 6 berus sahaja banding dengan essential kit yang besar sikit dan ada 12 berus.
Ni lah travel kit tu. Berminat? Sila lah lawat ke website Luxola Malaysia.
Nanti nak belajar lah guna berus-berus ni semua. Berus mana satu untuk apply foundation, nak apply blusher, nak contour hidung, pipi, nak set powder dan sebagainya. Sudah tentulah Youtube, website yang perlu kutuju. Need to saving some of money to buy this in future. Nak tanya pendapat korang ni, mana satu yang patut aku pilih?
HAVE A NICE DAY
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku seorang yang cepat terpengaruh dengan make-up, skin care, fashion and foods. Bila dah cepat terpengaruh tu automatik rasa macam nak beli je kan. Dah lama aku bercadang nak tambah koleksi mekap aku ni dan sekarang ni aku perlahan-lahan tengah collect one by one.
Untuk entri kali ni aku just nak share dengan korang My 2014 Beauty Wishlist atau dengan maksud lain ialah My Make-up Wishlist for 2014. Dah bercadang nak beli dalam masa terdekat ni sebab memang nak sangat cuba mekap yang aku suka ni.
Tak kan lah bila sekali pandang aku terus nak beli (wal hal pernah terfikir macam ni). Aku mesti akan baca review orang dulu. Best ke tak foundation ni. Tahan berapa lama? Pigment ke tak eyeshadow yang aku nak beli ni? Bedak ni boleh bagi muka aku nampak flawless ke? Semua aku search baik buruknya, harga, mana nak beli dan sebagainya.
So, here it is:
REVLON COLORSTAY FOUNDATION
Dah lama nak try foundation ni. Sebab ramai orang kata best. See? Bila ada orang cakap best, automatik aku pun cepat terpengaruh. Haritu dan cuba swatch kat satu farmasi kat Tesco ni, apa yang dapat aku katakan tekstur foundation ni likat sikit tapi tak watery sangat. Susah nak explain. Tak reti aku. Lepastu bila aku blend, nampak rata je tau. Bau dia sedap gak dan tak teruk sangat. Boleh diterima lah bau dia tak macam sesetengah foundation yang lain. Tak sabar nak beli dan cuba sendiri. Buat pakai harian ke kan.
REVLON COLORSTAY POWDER FOUNDATION
Nak cuba bedak dari Revlon ni sebab finishing dia nanti flawless. Ramai orang suka pakai bedak ni. Okey lagi sekali aku terpengaruh. Why not I give it a try? Sebab aku pun sedang mencari bedak muka yang kasi sapuan nipis dan rata. Flawless gitu sebab bedak yang aku pakai sekarang ni nampak macam cakey sikit. Aku pun dah tak tahu macam mana nak elak benda ni. Kena belajar tricks lagi ni.
REVLON COLORBURST MATTE BALM STAIN
Weee..... Yang ni tersangat lah suka. Revlon Matte Balm ni baru lagi tau. Aku suka lip stain ni sebab firstly is the colours.!! Warna fevret aku kat sini ialah Standout (merah gila), Audacious (oren memukau), Striking (peach orange), Unapologetic (pink). Actually semua warna dia lawa-lawa. Rasa macam nak ada semua pulak kan. Tapi tak boleh sebab takut tak pakai sangat, membaziaq. So, empat warna ni lah aku suka. Pic credit to http://www.etcllymlrs.com/2013/11/revlon-colorburst-crayon-matte-balm.html. Please click this link to read the swatches. Really, really an awesome review. Thumbs Up.
SLEEK BLUSHES
Attention ladies, if you are a fans of blushes, then this might be your bestfriends. Why I love this? Because of the pigmentation and the colours is tip top. Eventhough I don't own this but I know you can work the best for us, Sleek. With the reasonable price, I think it is worth to have this in my collection. The shade that I already fall in love is, Pomegranate, Rose Gold, Pixie Pink and Sunrise. The three shades that I mentioned has a little bit of shimmers except the Pixie Pink which is matte finish. The bad thing is, it is hard to get or buy this in Malaysia.
Susah nak cari kat farmasi sebab memang tak ada jual pun. Except if you buy it online. Memang perasan ada lah beberapa FB shop yang amik pre order blusher ni. Aku pun tengah fikir kat mana lagi aku boleh beli blusher ni selain Colour Cosmetic. Yep Colour Cosmetic memang website pertama pilihan aku tapi tak cukup shade macam kat atas ni dan warna fevret aku pun cuma Sunrise je yang ada. Sila restock cepat-cepat ya Colour Cosmetic. Saya bergantung pada awak sahaja tau. Pic credit to http://www.solonelyingorgeous.com/2011/08/blushing-for-sleek-makeup.html.
NAKED PALETTE BY URBAN DECAY
Aku memang nak sangat ada satu palette dari Urban Decay ni. Paling suka antara empat yang lain ialah yang original ni sebab warna dia cantik sangat. Tambahan pula ramai beauty bloggers dalam Malaysia mahupun luar negara ada satu dalam koleksi dorang. Tak boleh jadi ni, aku mesti kena ada satu dalam koleksi ni.
REVLON COLORSTAY CREME GEL EYELINER
Aku peminat setia eyeliner. Tak kira lah apa jenis eyeliner pun semua aku reti pakai. Bagi lah jenis gel ke liquid ke atau formula lain semua akan aku try. Suka tukar-tukar eyeliner ni tapi paling tak suka kalau eyeliner tu tak hitam. Maksudnya warna hitam dia tu tak menyerlah. Macam kelabu-kelabu gitu. Tak suka. Aku tengah tunggu Maybelline HyperSharp Liner habis dulu baru aku beli yang Revlon punya. Untuk pengetahuan korang, aku paling suka pakai gel sebab senang betul nak garis kat mata ni ha. Alah, senang citer semua jenis eyeliner lah best. Janji hitam pekat atau kaler lain ke mesti warna dia pekat, lepastu tak comot dan senang dipakai and waterproof. Wohoo..
Aku dah cadang nak beli semua ni dalam masa terdekat. Boleh buat pakai harian kan. Lepastu boleh lah review untuk korang kat sini. Okey lah. Aku nak stop kat sini dulu lah. Will see you again.
Assalamualaikum.
Hai semua. Selamat Hari Isnin. Hari ni nak update sikit je pasal mekap. I need to shared something excitement to all of you.
Korang tahu kan yang aku suka sangat dengan Maybelline Color Tattoo? Cream eyeshadow yang paling best sekali pernah aku pakai.
Well, tadi saja lah kan google Maybelline Color Tattoo ni sebab suka tengok benda yang sama berulang kali. Lepastu, aku ada jumpa satu gambar ni. I teruja tengok gambar tu okay. Tengok bawah.
tadaa.. Ni lah gambar yang aku cakap tu. Whoot whoot. Sukanya tengok benda ni. Dah lah harga murah. Lepastu berkualiti pulak tu. Warna-warni tu cantiknya.
Aku dah ada beberapa warna dalam koleksi. Setakat ni aku baru ada enam warna aja wich is Tenacious Teal, Audacious Asphalt, Fierce & Tangie, Edgy Emerald, Bad to the Bronze and Bold Gold.
Excited nak kumpul lagi banyak warna yang ada walaupun kat Malaysia ni cuma ada lapan warna aja. Yang selebihnya, kena order online lah citer dia.
Ada warna yang Limited Edition. Ni lah yang tak best ni. Tak suka tau. Sebab warna yang limited tu semua cantik-cantik. I'm sucker for bright colours.
Maybelline Malaysia, please bring more colours to Malaysia and please make the others limited edition as a permanent line.
Please, please and please create more interesting colours especially the bright colours.
Beberapa bulan yang lepas, aku ada jumpa satu gambar yang menarik jugak. Ni pun excited sangat nak shared ni. Aku suka warna pelangi. Tengok gambar bawah.
tadaa.. MAC Paint Pot kesukaan ramai. Lawa tak warna dia. Lawa kan? Rasa nak collect semua aja sebab MAC Paint Pot ni ramai orang kata best. Aku tak boleh nak cakap best sebab I don't own this.
Tapi MAC punya pun ada certain warna yang LE jugak. Tak sukanya.
Walaupun harga dia dua kali ganda dari Maybelline Color Tattoo wich is around RM 80++ camtu, but I will collect you soon. Nak beli warna yang aku suka je.
Actually nak shared ni je pun. Teruja kejap tengok gambar-gambar ni tadi. Sejak eyeshadow cream diperkenalkan, aku dah jatuh suka kat eyeshadow cream ni yang juga bertindak sebagai eyeshadow base.
Dido..
Assalamualaikum semua.
Hai semua. Masih ingat lagi segmen monthly favourites? Mesti korang ingat punya sebab ni post yang paling korang tertunggu-tunggu kan? Same goes on me. Kalau korang nak tahu aku memang suka baca pasal monthly favourites ni. Suka sebab secara tak langsung, aku dapat tahu pasal mekap yang aku tak kenal, dapat tahu kegemaran korang setiap bulan dan kongsi pendapat masing-masing. Oleh kerana itu, aku pun nak cuba lah join monthly favourites ni. Sebab seronok.
Bulan Feb ni, macam bulan lepas aku mekap simple je. Semuanya sebab nak cepat ke kelas. Sempat capai mana yang sesuai je and I'm ready to go.
Orait guys. This is my top 5 products that I reached for this month. What do you think? Look simple, right? Jom review satu-persatu.
1. Maybelline Color Tattoo in Bad to the Bronze.
Akhirnya tercapai juga impian aku nak beli eyeshadow cream dari Maybelline ni. I did listed it as my make-up wishlist too. Aku suka sangat pakai eyeshadow base ni sebab warna dia cantik sangat. At first, my expectation about this shade is, I thought this shade is a real brown colour that suitable for everyday look, but I was wrong and I was a little bit disappointed with this shade. But now, I love it. It has a champagne colour which I love. Boleh masuk dengan warna natural yang lain. Aku pernah pakai cream base ni and I layered it with cranberry colour. Memang warna dia cantik habis. Need to collect more baru best buat full review kan. But for now, I only have four colours wich is Bad to the Bronze, Bold Gold, Fierce & Tangie and Edgy Emerald.
2. Maybelline Hypersharp Liner.
I don't know why but I love this eyeliner so much. I did included this eyeliner in my previous monthly favourites but can I listed this as my February favourites too? I bet you all pun mesti suka pakai eyeliner ni kan? Hujung dia tirus dan nipis so sangat senang nak garis kat atas mata. Nak buat cat eyes? Silakan. Memang cantik. Biasanya eyeliner jenis liquid dengan marker memang bagus sebab tak mudah comot banding dengan eyeliner jenis lain. Dia cepat kering dan boleh tahan berjam-jam jugak lah. Ada yang senang nak cuci dan ada juga yang susah nak tanggal. Mesti guna make-up remover baru boleh hilang.
3. Farmasi Colour Cosmetic CC Cream.
Pakai CC cream ni memang best sebab muka rasa ringan je macam tak pakai apa-apa. Kulit muka pun sekata je dan kalau korang nak pakai krim ni tanpa bedak pun tak apa. Muka maintain sekata tau. Kod yang aku pilih ialah Light to Medium. Kalau kod Medium to Dark pun aku boleh pakai jugak sebab both shades suits me well. Berharga RM 45.90 dan boleh tahan dalam setahun jugak lah kalau korang pakai sikit-sikit. Sebab CC cream ni pakai secoet pun boleh cover you whole face. Tak payah pakai banyak-banyak. Sikit pun dah cukup weh. Jimat beb jimat.
4. Maybelline Water Shine Lipstick in RB 21.
As I told you before, I'm addicted to red lip colour. Mula-mula swatch kat Guardian haritu, nampak macam merah so excited lah kan terus pi beli. But then I realized that, this shade is not a real red colour. It is more to orangey red. Boleh lah tu. Ramai orang kata colour ni cantik. Dorang puji colour lipstick je pun bukan puji aku. Kuang kuang kuang. At first, I plan to collect more colours on this ranges, but I changed my mind. Matte lipstick is my preference now. Nanti kalau aku ada masa aku review lipstik ni panjang lebar okey.
5. Silkygirl Big Eye Collagen Mascara.
In my make-up routine, mascara is not my preference. Rasa macam tak perlu. Cukup eyeshadow, eyeliner, foundation, powder, lipstick and I'm done. Blusher pun tak terfikir nak pakai. Tapi aku tertarik nak cuba mascara dari Silkygirl ni sebab packaging dia. Baby blue gitu. Konon-konon masa belum beli tu, ingatkan benda ni limited edition dan ada beberapa orang beauty blogger has raved toward this. Aku pun beli lah. Apa yang aku dapat simpulkan ialah, mascara ni sesuai untuk everyday look sahaja. Pakai nak pergi mana-mana lah kan. Mascara ni dia bukan melebatkan dan memanjangkan bulu mata tapi 'mewujudkan' bulu mata korang yang tak berapa nak nampak tu or in other words, you have a short eyelashes. For me, okey lah mascara ni. For full review will be up soon.
So, that's it. This is mine and how about you? Do share with me okay because I love to know your favourites. Will see you in next monthly favourites and now I can't wait to read this monthly favourites from my favourites beauty bloggers.