KITA TERINGIN NAK MAKAN COOKIES..
12:32 pmAssalamualaikum semua.
Entri pertama bulan Februari. Actually aku tak ada benda nak citer sangat cuma tetiba aku teringin nak makan biskut. Biskut? "Lorh, kat kedai kan ada jual macam-macam biskut. Pi lah beli".
Kawan-kawanku, bukan biskut tu yang aku maksudkan. Aku tetiba mengidam nak makan beberapa jenis biskut yang tengah meletup-letup sekarang ni. Kalau tengok kat Facebook, ramainya jual biskut ni. Antara biskut yang aku teringin nak makan sangat ialah:
BISKUT LIDAH KUCING / RAINBOW COOKIES
Aku suka tengok biskut ni. First time tengok, Ya Allah lawanya biskut ni. Warna-warni. Teruja jumpa rainbow cookies depan mata dulu. Dulu aku pernah rasa biskut ni masa datang raya rumah kawan aku dan rasa dia memang sedap. Rasa butter. Aku dah jumpa satu online shop ni dan aku dah cadang nak beli dengan dia je nanti. Harga pun murah. Nanti aku dah dapat, aku review kat sini ya.
ALMOND CRUNCHY CARAMEL
Biskut ni ternyata sedap. Teringat masa pernah makan dulu. Sekarang ni nak rasa lagi sekali sebab nak amik feel karamel dia tu. Selain coklat, karamel juga kesukaan aku. Biskut ni nak dekat-dekat sama dengan Florentine Cookies. Aku jugak dah jumpa dengan satu FB yang jual almond crunchy ni. Nanti nak beli lah. Dah teringin sangat nak makan ni.
PRETZEL
Tak pernah makan lagi pretzel ni. Tak tahu macam mana rasanya so sebab tu lah nak try rasa. Ada orang kata pretzel ni sedap. Yang aku perasan, Pretzel ni ada dalam bentuk roti dan biskut. Apa bezanya ya? Beza pada roti dan biskut gitu. Entah lah. Tapi dah jumpa satu online shop ni kat IG.
Okey, nak citer ni jelah since tak ada apa nak buat. Korang pun suka makan cookies jugak? Sila lah kongsi dengan aku biskut apa yang patut aku cuba tau. Sukalah tengok benda yang warna-warni ni.
SENYUM SELALU
0 comments