MAKAN-MAKAN DI THE BRGR & URBAN ARTISAN CAFE!
2:30 pmAssalamualaikum semua. Salam Ahad.
Harini nak review sikit aktiviti makan-makan semalam di Restoran The Brgr / Urban Artisan Desserts Cafe. Terdapat dua cawangan restoran ini iaitu di Georgetown, Penang dan di Subang Shah Alam, Selangor. Kami pergi ke cawangan Shah Alam sahaja memandangkan ianya paling dekat dengan kami. Seperti yang korang lihat di gambar bawah, ini adalah restoran di cawangan Shah Alam.
Apa yang menariknya kat restoran ni? Untuk pengetahuan korang restoran ini menyediakan juadah makanan segera seperti burger, kentang goreng dan manisan yang sedap-sedap serta unik seperti BUBBLE WAFFLE WITH ICE CREAM AND TOPPING, DUO FLAVOR ICE CREAM dan HANDCRAFTED ICE CREAM FLAVOR. Untuk mengelakkan korang keliru, Restoran The Brgr dan Urban Artisan Cafe ni bergabung dalam satu kedai tau.
0 comments