JALAN-JALAN DI BANDAR HILIR, MELAKA!
10:19 pmAssalamualaikum and hi guys!
Hampir setahun Kak Kelly tertangguh nak buat posting khas lawatan kami sekeluarga ke Negeri Melaka ni. Hal ini kerana bagi menghormati perasaan semua rakyat Malaysia termasuk lah diri ini yang tidak dapat merentas negeri sepanjang tahun 2021. Alhamdulillah pada 11 Oktober 2021 kita dah boleh rentas negeri balik syukur. By the way lawatan ke Melaka ni dilakukan pada tarikh 29 - 31 Disember 2020 ya.
Seminggu sebelum masuknya tahun baru 2021, Kak Kelly menghabiskan baki cuti tahunan dengan short vacay di Bandar Hilir, Melaka! Kenapa Melaka? Kenapa tak Langkawi, Penang, atau Pangkor? Sabar gais, Langkawi dalam perancangan dah ikutkan bulan 11 haritu dah berlepas kami, namun Kerajaan umumkan PKPB, dan sekat terus aktiviti keluar masuk ke setiap daerah dan negeri. Tak boleh rentas daerah dan negeri dalam tempoh itu. Maka kami pun takpelah extend plan bercuti kami ke tarikh bila tak tahu lagi. Masih belum ada perancangan lagi memandangkan sekarang kes pun makin tinggi (entri ni ditaip pada awal tahun 2021).
Untuk makluman kak kelly memang dah selalu datang Melaka sebab kampung iolls kat sini uhuhu. Cuma tak pernah ada peluang nak jalan-jalan area Bandaraya Melaka tu. So kami pergi 3 hari 2 malam sahaja. Kami pergi pada tarikh 29 - 31 Disember 2020. Kak kelly ada buat list tempat-tempat menarik untuk dilawati. But most importantly SOP memang kena patuh ketat-ketat. Wear mask all day and always sanitize your hands.
Day 1 = 29/12/20
1. Menara Taming Sari
- Selepas kami sampai dan check in di hotel pilihan, kami rehat jap, petang lepas zohor kami terus ke Menara Taming Sari.
- Rupa-rupanya Menara Taming Sari tutup buat sementara waktu. Saja tanya orang sana, berapa lama tutup. Menara Taming Sari tutup sampai Mac 2021.
- Tapi since PKP ni tak sure bila dia akan bukak balik.
- Untuk menenangkan hati yang duka cita, kami pekena cendol semangkuk area berhampiran jugak.
- Update 8/12/2021 Menara Taming Sari dah buka ya. Enjoy!
- First time naik beca tau. Mula-mula macam segan lak sebab orang pandang-pandang. Lepastu I terus enjoy ok and literally say hi to everyone we're passing by.
- Korang jangan rasa segan lah ok just enjoy the view. Harga sewa beca is RM 25 per ride. Haritu dorang ada cakap, nak ikut jalan jauh ke dekat. So we chose dekat and tu lah harga dia. Yang jauh tak pasti lak gais.
- Beca bawak kami masuk ke Kota A-Famosa. Ikutkan memang nak panjat A-Famosa tu but since waktu tu macam dah nak maghrib, kak kelly putuskan untuk datang balik esok harinya. Risau lak maghrib gini main masuk tempat lama. Tau pun cuak.
- Dekat sini korang akan jumpa people who wear costumes such as a magician, mickey mouse, donald duck and many mores. Boleh lah buat bergambar.
3. River Cruise
Malam tu kami decided untuk jalan-jalan area bandar dan naik cruise menyeberangi Sungai Melaka. It was fun and happening sebab ini pengalaman pertama Kak Kelly naik cruise pada waktu malam. Kalau malam ni cantik sebab ada pasang lampu warna-warni sepanjang Sungai Melaka tu.
Day 2 = 30/12/20
1. Lawatan ke Kota A-Famosa
Untuk hari kedua ni kami dah plan nak masuk Kota A-Famosa sebab semalam tu rasa seram lak nak masuk time maghrib. Plus tak puas jalan kan. Hari kedua kami tak naik beca pun, kami park area berdekatan.
0 comments