PERCUTIAN 4HARI 3MALAM DI PULAU LANGKAWI, KEDAH!
8:25 pmAssalamualaikum semua. Selamat Tahun Baru 2022!
Siapa kat sini kaki berjalan? Siapa kat sini dia suka pergi ke Pulau Langkawi? Berapa kali dah korang sampai sini sepanjang usia korang? Kalau tanya Kak Kelly ni dah kali kelima sampai sini termasuklah masa kecik dulu. Tapi tolak tepi lah masa kecik tu eh sebab Kak Kelly takde memori nak ingat dan nak share kat sini. Anggap jelah ni percutian pertama kami semasa dewasa.
Best sangat ke Pulau Langkawi ni? Ada apa yang menarik sangat dengan Pulau Langkawi ni sampaikan ramai orang berpusu-pusu ke sini? Jujur Kak Kelly cakap dulu Kak Kelly macam skeptikal sikit. Rasa macam biasa biasa je kut kat Langkawi ni. Best lagi kalau pergi Penang ke Cameron Highlands ke. Padahal belum jejak lagi dah cakap tak best. Sekali bila dah pergi sana tak cukup masa oii. Rasa nak sambung cuti. Rasa tak puas. Rasa nak call bos, " Hello bos! Boleh tak saya nak sambung cuti lagi? Saya macam tak nak balik KL lagi lah LOL 😂".
Untuk entri ni Kak Kelly akan sharing itinerari dulu ya, apa aktiviti yang kami buat kat sana, pilih pakej dengan agensi mana, menginap kat mana, berapa bajet keseluruhan dan lain-lain. Untuk aktiviti lebih details Kak Kelly akan buat entri khas setiap satu topik ya. Nanti korang boleh klik je kat icon bar sebelah ni. Cari Langkawi then korang tekan je situ tau.
Baiklah jom kita start. Pertama sekali untuk percutian ke Pulau Langkawi ni kami memutuskan untuk pergi ke sana selama 4 hari 3 malam. Kami pergi bertiga sahaja iaitu dengan dua orang sepupu Kak Kelly. Kami memilih Air Asia sebagai pengangkutan kami ke sana.
A) Tiket Flight Air Asia
Kami booked tiket flight waktu tengah promo. Kalau tak silap tiket pergi RM 76 tiket balik pun RM 76 jugak. Belum termasuk luggage, cukai dan insurans. Nak share lebih details dah lupa pulak since yang booked tiket ni tugas sepupu Kak Kelly. Kak Kelly ringkaskan sahaja total keseluruhan untuk tiga orang dewasa ialah RM 670.77. Kami memang ada ambil luggage pergi 20kg atas satu nama, balik setiap nama 15kg. Itulah total kesemuanya sekali.
B) Kereta Sewa
Kami sewa kereta Axia sahaja untuk bergerak ke mana-mana sepanjang di Langkawi. Disebabkan pergi waktu public holiday dan cuti sekolah pula, harga pun agak mahal sikit dari hari biasa. Kak Kelly ringkaskan jugak lah total sewa kereta 3 hari sebanyak RM 260. Terkejut bukan. Terkejut lagi saya yang membayarnya *cek beg duit . Isi minyak RM 50 jimat sangat tau. Masa pulang kereta ada lagi 3 takuk minyak.
C) Hotel
Untuk hotel ni kami decided untuk menginap di dua tempat berlainan. Reason menetap tempat lain-lain ni kononnya dua hari tu nak jalan area Cenang dua hari lagi nak jalan ke Kuah pulak. Dekat Cenang kami menginap di Pondok Muara Chalet. Manakala di Pekan Kuah kami menginap di The Greenish Hotel.
Dekat Pondok Muara Chalet kami menginap selama 3 hari 2 malam dengan total RM 231. Bahagi tiga, sorang bayar lah RM 77. Oh ya chalet ni kenakan RM 50 sebagai deposit ya so in case korang menginap kat sini standby cash tau.
Manakala dekat The Greenish Hotel pula, tidur satu malam pada malam ketiga kat sana. Mudah sebab dekat dengan tempat shopping, nak round area Kuah pulak. Kat sini total satu malam RM 86.64 termasuk tax. Macam biasa ada deposit RM 50 ya. Nanti masa nak check out dia akan pulang balik.
HARI PERTAMA DI PULAU LANGKAWI - 23 DISEMBER 2021
Turun sahaja dari flight, kami terus dapatkan kereta sewa yang sudah ditempah awal dan cari pam minyak berdekatan untuk isi minyak. Perut dah lapar sebab tak breakfast lagi. Kami apa lagi terus bukak waze cari kedai makan yang ada dalam wish list.
1) Makan-makan di Che Nah Restaurant
3) Jom tengok apa yang ada di Sky Dome, Sky Rex & 3D Art Gallery
Sky Rex ni yang paling kami enjoyed! Sebabnya kau seolah-olah sedang menonton wayang tapi rasa real dan berada dekat situ dengan dinasour ganas disekeliling kau. Takut tak? Rasa dada gemuruh weh. Kau akan disuruh duduk dalam trem ni dan dibekalkan spek mata 3D. Pastu enjoy the show. Sayangnya sikit sangat masa diberi. Adalah dalam 5 minit macam tu. Tak puas.
0 comments