PENGALAMAN KU KERJA PART TIME..

12:50 pm

Assalamualaikum you all..

Hai semua. Maafkan daku kerana makin lama makin jarang update blog. I'm sorry sebab been busy lately. Busy kerja, balik dah penat tu yang macam malas je nak update blog.

Anyways, today's post is about my experience on part time working. Ala, macam you all lah jugak kan, cuti sem je mesti pergi cari kerja. Nak cari duit poket untuk shopping (this is me), bayar sewa rumah, duit makan, nak cari pengalaman ke dan lain-lain lagi.

Nak cerita sikit je tentang pengalaman aku kerja part time ni dari zaman aku tunggu result SPM dulu sampai lah la ni. Ya, aku tengah buat part time working sebab tengah cuti sem. Inilah saat yang paling aku tunggu-tunggu.

1. Kerja dekat taska.

Dua bulan sebelum aku masuk belajar Unisel which mean masa tu sebelum dapat result, aku kerja kejap dekat taska berhampiran rumah aku. Masa tu dalam bulan 3 sampai bulan 4. Kononnya cakap dengan penyelia taska nak kerja sampai dipanggil UiTM bulan 7 gitu sudahnya permohonan tak lulus, hujung bulan 4 tu jugak dah masuk Unisel. Bertahan 2 bulan je u allsss...

Bestnya kerja taska ni sebab hari-hari aku dapat jumpa babies, main dengan babies, suap babies makan, mandikan dan lain-lain. Aku memang suka budak. Babies pulak semua comel-comel. Geram I tau. Kerja taska ni cikgu-cikgu (pengasuh) mesti ada anak kesayangan dia. Maksud kat sini baby favourite lah. Kau sayang lebih kat budak tu. Manja-manjakan dia. Aku dulu ada sorang. Nama dia Absyar Hazim. Sayang sangat kat dia dari hari pertama aku kerja sampai sekarang. Kuat nangis tanpa sebab. But it's okay. Senang nak pujuk. Sekarang umur dia dah 3 tahun tapi last jumpa dia masa tahun 2013. Hurm..:(

Time tu kalau tanya kawan-kawan yang lain, ada lah jugak beberapa orang yang kerja taska. Sorang taska sana, dua orang taska sini, ada orang tu lak tak ngam dengan taska tu cari kerja kat taska lain. Biasa lah tu. Kerja jaga budak ni ada yang best ada jugak yang tak best. Yang best tu sebab dapat main dengan babies, suap makan semua. Yang tak bestnya bila ada babies yang kuat nangis, dah tepuk-tepuk suruh tidur pun tak mau. Mati kutu aku dibuatnya. Babies kan, apa yang dia tahu. Kecik lagi so biasalah tu. Siapa-siapa yang nak kerja taska ni mohon korang mempunyai mental dan fizikal yang kuat sebab korang kena menghadap budak yang nakal tak terkira, kuat meragam, degil dan lain lagi. Budak weh, apa yang dorang tahu. Be prepare.

2. Kerja salesgirl.

Cuti sem 2 dulu, aku tak balik Sepang pun sebab nak stay Shah Alam kerja kat sana. Dapat kerja kat Giant Seksyen 7 yang jual tudung tu. Kalau korang pernah lalu situ mesti korang tahu punya. Satu lagi pengalaman berharga yang aku dapat. Dalam jadi salesgirl, sikit-sikit ilmu bisnes tu aku belajar. Kenapa owner ni jual harga ni sedangkan kedai lain jual harga ni. Macam mana nak cakap dengan customer, tawar-menawar semua. Serius aku cakap, bila jadi salesgirl ni aku paling susah dan cuak sikit bila customer mintak kurang. Bila tak kasi, customer tu cakap, "Eh haritu saya beli kat sini, boleh je dapat harga ni." "Tak turun lagi eh harga tudung siti ni" dan macam-macam lagi.

Like seriously, apa aku nak cakap balik ni? I have no idea. Aku cuma salesgirl, bukan owner. Hurm, entah lah. Time tu banyak jugak lah aku fikir pasal bisnes ni. Kat mana bos amik stok tudung ni semua. Semua cantik-cantik. Paling suka pashmina plain tu. Kain lembut, tak keras macam contoh lain. Silk fabric kan cantik. Pastu warna pashmina semua lawa-lawa. Cantik dol. Korang please kalau tahu mana-mana tempat kat KL yang jual pashmina plain ni yang boleh bagi harga borong, aku nak beli. 

3. Kerja kat Coolblog.

Kerja kat Coolblog ni baru lagi. Dalam minggu lepas. Awalnya nak kerja sini sebab nak merasa macam mana kerja Coolblog ni. Best ke kerja bancuh-bancuh air ni. Gaji sini memang mashuk tapi penat dia Ya Allah. Tak terkata. Dia ikut shift jugak. Masuk 1.30 petang sampai lah pukul 11 malam. Hari-hari macam ni memang tak larat citer dia. Lembik aku dibuatnya. Salah satu alasan aku berhenti Coolblog. Haha. Serius dalam banyak-banyak kerja yang aku buat, aku paling tak enjoy langsung kerja sini. Ada beberapa alasan lain lagi tapi biar je lah aku sorang yang tanggung. So, kerja Coolblog ni bertahan selama seminggu je. Is that cool?


Setakat ni tiga kerja ni lah yang pernah aku buat. Memang tak banyak pun sebab sibuk belajar. Dapat buat part time ni pun waktu cuti sem. Sekarang ni lepas dah berhenti Coolblog aku terus kerja kat taska balik. Same owner tapi taska lain. Kadang-kadang bila aku fikir kan, belajar ni lagi seronok rupanya dari kerja. But, nak buat macam mana. Nak cari duit kena lah kerja ya kan? Kena belajar susah payah dulu baru senang di kemudian hari. 


You Might Also Like

10 comments

  1. Kerja part time saya kfc...dpt duit perut kenyang....hehhe...leh kurus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..kerja kepci.. tapi mesti penat giler kan bab nak mencuci tu semua.. same lah masa saya kerja coolblog dulu..

      Delete
  2. Cmne ye nk apply kerja coolblog ni?? Sy nk wat part time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Cuba awak pergi kat branch coolblog berdekatan awak. Tanya dorang ada kekosongan tak. If ada dorang akan contact awak. Saya dulu macam tu je, datang kat kaunter dorang tanya ada jawatan kosong, kebetulan tengah ada masa tu then bos situ terus ajak bincang pasal kerja. Sorry for the late reply.

      Delete
  3. Keje coolblog masyuk ke? Nak wat part time tp x tau nak kje ap..
    Klau biase sblan bpe bleh dpat eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai fiz. sorry for the late reply. boleh lah masyuk tapi penat sikit lah. bab salary tu i x sure sgt. mungkin dah naik ke sekarang nie.

      Delete
  4. Salam, kak boleh suggestkan tak kerja part time yg ade hostel disediakan utk pekerja,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf baru perasan komen ni. Untuk pencarian kerja saya boleh cadangkan pada Tuan/Puan untuk cuba cari di group FB. Di sana rasanya ada kerja yang menyediakan hostel.

      Delete
  5. Kalau Tanya ade KERJA kosong kena bawa resume jugak ke ?

    ReplyDelete
  6. Kerja part time ni tak kira anda sudah berkeja atau masih belajar, memang sangat perlukan kerja part time ni.

    https://izzatsabyan.com/blog/sebelum-sertai-perniagaan-part-time/

    ReplyDelete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images