BUTIK E-DAST!!

4:49 am

Assalamualaikum semua.


Lama giler gua tak updated blog kan? Sowi you all. Budak ni pemalas sikit. Bila dah malas tu blog diketepikan. You all sihat? I baru baik demam. Selera makan pun macam nak tak nak je. Contohnya, memang tengah lapar giler ni, sudahnya time makan dua tiga suap dah tak nak dah. Aduhai. Dugaan, dugaan.

Well today's post is about boutique review!! Eksaited tak? Oh please katakan iya! Hari ni aku nak citer dengan korang pasal kunjunganku ke butik e-Dast dua hari lepas. Aku pergi yang dekat Shah Alam punya je. Lepas habis kelas Sabtu haritu, rilek jap gi makan, solat semua terus drove ke Seksyen 16 yang terkenal dengan lambakan butik tu. Wiwii.. Finally dapat gak jejak kan kaki ke butik famous amous ni tau. Selalu usha kat Instagram je.


Dari segi hiasan dalaman memang aku bagi A+++. Cantik sangat okey. Masa masuk butik tu I was like, "WOW", "AMAZING". Cemana nak cakap eh. Tapi hiasan dia comel-comel. Ala2 girlish gitu. Menggunakan kabinet putih untuk susun barang-barang semua buatkan kesuluruhan butik tu nampak ala2 vintage/english.


Nampak tak tudung animal kanan dan bawah sekali? Cantiknya!!!

Tudung time!! The most attractive part is their Merlin Squircle Scarf. Tujuan utama aku datang sini pun sebab nak beli tudung squircle tu lah. Eh, amende pulak squircle tu? Tupai generasi kedua ke? Ohoho no no no you all. Kau pandai2 je bagi maksud lain kan, Khalid. Kena ketuk dengan owner e-Dast kang baru tahu.


Tadaa!! Warna-warni you all. Tak tergoda ke tengok pelangi2 ni? Tipu r tak tergoda. Okey let me explain sikit. Squircle scarf ni gabungan square + circle maka jadilah squircle. Bentuk tudung ni cemana aku nak explain eh? Dia lebih kurang bawal cuma tak de bucu tajam. Dia bulat. Boleh bayangkan tak? Tak boleh aku kasi contoh.

This photo was credit to e-Dast boutique.

Ala tak de gambar full pulak. Tapi ni lah rupa tudung squircle tu. Tudung ni korang boleh pakai macam-macam cara. Tak semestinya pakai macam dalam gambar ni je. Korang boleh gayakan dia macam pakai selendang. Itu yang best pasal tudung squircle ni. Nak tengok tutorial korang boleh cekidout e-Dast punya Instagram.


Masa aku datang haritu inilah yang tinggal kat rak. Ya, ada sikit tak puas hati lah sebab aku nak beli warna merah tapi tak de. Tak pe lah tak de rezeki. Banyak gak takde stock sebenarnya. So aku amik dark blue, emerald green dengan yellow je dulu. Tak pe e-Dast, den paham you all tengah pulun jahit banyak-banyak kan? Kan? Nanti dah restock bagi tahu cepat-cepat kat IG ya then tunggulah kunjungan ku disana. Tau tau.

Tu yang bawah tu. Wana Wani squircle scarf!! Cantiknya macam ais kerim. Melting tengok.



Kat butik e-Dast ni bukan takat jual tudung je tau. Baju-baju pun ada you all. Jubah ada skirt ada blouse pun ada you all semua!! Boleh lah sambil-sambil beli tudung tu you all usha barang-barang lain pulak. 


Ni blouse. Ni kat bahagian belakang sekali. Ada skirt, kemeja plain chiffon dan apa lagi ek, aku dah lupa lah pulak. Korang jom r datang sini. Harga pun berpatutan lah dalam RM 39, RM 49. Normal price untuk sehelai skirt, blouse semua. Kalau jubah tak sure lah sebab tak tengok pulak harga dia haritu.


Jarum peniti comel-comel pun ada you all. Comelnya alahai. Nape lah aku tak grab haritu. Eksaited tengok butik terus terlupa nak ambil. Sambil pakai tudung e-Dast gunalah jarum peniti ala lolipop ni untuk menambah seri. Curlass..


Yang ni pulak untuk kecantikan diri. Krim foundation naturactor pun ada, lipstik, bedak tanaka, losen pemutih dan semua yang ada kat gambar ni lah.


Aksesori!! Aku suka lah butik ni sebab bukan setakat jual pakaian je, malah aksesori pun ada jual. Strategi yang bagus sebab strategi begini lah boleh tarik lebih ramai customer. At least ada lagi benda-benda yang menarik yang boleh dijual. Pin tudung comel-comel pun ada lah. Tapi lagi best kalau ada macam2 design lagi ni baru syok.


Eh! Kasut pon ada lah. Nape tak caya? Bagi aku butik ni kira completed lah juga sebab dorang jual barang perempuan from head to toe. Kawan aku pulak dia beli heels merah kat sini. Harga RM 35. Quiet cheap.

Entri kita dah nak habis dah. Overall aku enjoy gak datang sini. First, merasa gak jejak kaki kat butik famous amous ni. Second, dapat tengok tudung squircle ni secara live. Biasa tengok kat phone je. Third, dah beli dan dah ada 5 helai dalam koleksi. Yang lagi dua tu aku pernah beli online. Cakap pasal beli online ni, aku beli melalui whatsapp. Service best. Cepat replied. Cara pembungkusan parcel pun kemas. Pastu wangi. Iteww shuwkee auww (ko paham ke? Tak paham sila lempang diri sendiri). Gurau je. Parcel pun cepat sampai. Thanks to abe pos laju. Kita kamcing dah lama kan. hahaha. You all nak datang sini? Meh iteww kasi alamat.

SHAH ALAM:

B-6-1, Alam Avenue,
 Jalan Serai Wangi G 16/G,
 Persiaran Selangor, 
Sekyen 16, Shah Alam.

SERDANG:

NO. 10G Jalan 18/35 Taman Sri Serdang.
Berdekatan dengan Balai Polis Serdang,
Sebaris Pasaraya Big, Bakers Cottage, Avon, KFC, sebelah Cosway



Nah alamat. Ada dua cawangan so korang boleh pilih lah nak pergi yang mana satu. Lepas beli tudung ni aku macam terfikir nak buat tutorial je. Korang rasa? Tengok lah kalau aku rajin. Nak practice pakai dulu. Agak-agak dah mahir gua buat tutorial lah ya? Kita nak berundur diri dulu. Will see you in next entry. Tataaa...




You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images