10 THINGS ABOUT ME!
1:30 pmAssalamualaikum.
Korang nak tahu tak apa yang aku suka buat? Well, aku suka...........
Aku memang suka dengar lagu. Kekadang tu sebelum tidur mesti nak layan satu, dua lagu kejap. Earphone harus ada lah kalau tak, tak syok. Haha patutlah bila pakai earphone ni, orang selalu kata aku pekak. Sebab bila dorang panggil aku, haram aku tak nyahut. Kuang ajo lah panggil aku pekak kan.
2) Seseorang yang suka layan movies:
Aku memang suka layan movies. Semua genre movies aku layan asalkan citer tu best dan buatkan aku terus nak tengok tak mo tido dah. Biasanya, movie komedi, seram, dan aksi menjadi pilihan. Kekadang tu layan movies kat HBO, Star Movie sampai pukul 4, 5 pagi tak tidur lagi. Yelah, sebab memula layan cerita ni pastu fikir lepas habis terus tido sudahnya bila bukak channel lain citer best pulak. Tak jadi tido aku. Teruk perangai aku kan. Tapi aku bukan kaki wayang. Kalau ada citer yang best-best nak keluar baru pergi tengok.
3) Seseorang yang suka main mekap-mekap:
Ni pun aku suka jugak. Walaupun koleksi mekap tak banyak, tapi aku tetap suka main mekap-mekap. Tak banyak mekap dalam beg itu bukan masalah besar, nanti boleh beli lagi pastu beli lagi pastu beli lagi. Lama-lama rabak poket aku Senah. Aku suka tengok orang yang pandai mekap ni. Dalam thumbdrive aku banyak video mekap-mekap ni. Tak ada keje pergi dowbload. Aku pun dah bercadang nak masuk kelas solekan ni bila-bila free sebab nak asah lagi skill aku. Esok-esok kalau dah pro boleh mekapkan orang ye tak? Dapat lah income sikit. Kalau pergi mana-mana tetiba ternampak orang jual mekap, memang aku singgah jap. Main calit kat tangan nak tengok how pigmented the colours.
4) Seseorang yang suka makan:
Aku memang kuat makan. Tak kiralah nasi ke kek ke mihun sup ke semua aku makan. Mulut ni asyik nak mengunyah aja. Tak kira lah makan tengahari dengan makan malam ke. Mesti nak nasi. Lepastu, aku suka makan kek. Kek coklat, cheesse, red velvet, kek pandan, kek pisang, kek lapis Sarawak. Semua aku suka. Senang citer aku ni jenis makan semua lah. Cuma kalau makanan laut tu, aku kurang gemar udang dengan ketam. Kalau buah pulak, aku tak suka durian. Tapi serawa durian aku makan. Contoh lah, kalau aku datang rumah kawan sebab dia jemput ada buat makan-makan sikit, tengok menu laksa dengan mihun sup. Aku pilih mihun sup! Sebab aku suka sup. Tu aja.
5) Seseorang yang suka dan sayang kucing:
Aku memang sayang kucing. Kat rumah Sepang ada sekor nama dia Danisha. Aku boleh menangis tau kalau tengok kucing kena seksa kat luar sana. Kucing kena pukul lah kena makan lah. Tu semua boleh buat aku sedih okey.
6) Seseorang yang kaki jalan:
Yup, aku memang kuat berjalan. Aku cepat bosan kalau dok kat rumah tak buat apa. Sebab tu lah kadang-kadang kalau hujung minggu aku balik Sepang, aku mesti ajak mummy aku pergi Nilai. Walaupun boleh dikatakan asyik pergi tempat yang sama aja tapi itu pun dah cukup bagi aku. Aku memang suka jalan-jalan kat mall. Lalu depan kedai jenama mahal-mahal memang mata ni 'fuyoo, lawas gilos'. Tapi serius tak berani masuk. Gilos ko nak masuk situ. Ko paham-paham je lah Senah. Lepastu, kekadang tu memang dah penat berlajar semua, nak release tension lepas belajar, pakat-pakat dengan member share duit sewa kereta pergi jenjalan KL. Penat memang penat tapi aku seronok. Itu satu terapi buat aku.
7) Seseorang yang suka shopping:
Aku memang suka shopping. Mostly, aku suka shopping tudung, novel, mekap, beg, baju, seluar, dan macam-macam lagi. Kekadang tu bukan shopping beriya-iya pun unless lah dah buat list siap-siap, exact price dan lain. Setakat ni belum pernah merasa shopping tak ingat dunia lagi. Sebab masih memegang status students. Students tak banyak duit. Bergantung sepenuhnya dengan PAMA, dengan PTPTN. So, sabor jelah. Tunggu dah kerja esok baru lah boleh shopping lebih sikit. Kekadang aku suka shopping online je sebab ada satu masa dulu, nak cari mekap Farmasi punya susah nak jumpa kat Sepang. Sudahnya beli online jelah. Sangat mudah.
8) Seseorang yang suka berfesyen:
Walaupun aku seseorang yang simple, pergi kelas kekadang tu pakai t-shirt dengan jeans aja tapi aku memang suka nak bergaya macam orang lain. Aku melawa beriya-iya pun kalau ada event kena pergi. Ko tengok kat tenet aja macam-macam fesyen muslimah ada sekarang ni. Aku memang terpegun habislah tengok. Daripada tak suka pakai kain, sekarang dah suka sebab pengaruh fesyen lah semua ni. Tapi aku tak kan sesekali jadi mangsa fesyen. Aku akan pakai kalau rasa selesa aja.
9) Seseorang yang suka main game:
Salah satu hobi aku ialah main game. Kalau aku bosan tak tahu nak buat apa, PS2 adik aku, aku amik. Pastu main lah game Tekken kat situ, pastu kalau kalah, siap lah memang bebel panjang aku "Asyik kalah ja, asyik kalah ja, cis!".
10) Seseorang yang mementingkan kecantikan diri:
Yup, aku orang paling cerewet pasal ni. Cerewet pilih produk untuk rambut lah, untuk muka lah. Kalau tak sesuai memang terus tukar produk. Tapi setakat ni aku setia pakai Safi lagi sebab Safi memang best. Aku ada lah nampak perubahan sikit kat muka ni such as, parut jerawat pun dah makin pudar sikit, kulit muka pun ada lah nampak cerah satu ke dua tone gitu. Aku start cerewet bila masalah muka ni makin menjadi-jadi. Ingat lagi time hari raya dulu, time tu lah jerawat naik berketul-ketul kat dahi. Masa tu lah aku mula consume dengan Safi sampai sekarang. Actually, produk yang ada macam-macam rangkaian ni lah yang aku suka. Yang cerewet-cerewet ni lah yang aku pilih. Kan Safi ada serum lah, krim siang krim malam. Semua aku pakai. Kalau jenama lain pun mesti ada punya. Siap ada serum dua tiga jenis lagi. Sama lah jugak kalau untuk rambut. Kalau setakat shampu dengan perapi sahaja macam tak cukup. Nak kena pakai serum lagi, treatment dia lagi. Aku suka benda-benda macam ni.
Itu sahaja lah 10 perkara pasal aku. Menarik tak? Haha, confirm tak punya sebab aku rasa biasa-biasa saja. Tak apa lah asalkan aku rasa selesa. Korang pulak macam mana? Ada lebih kurang macam aku ke?
0 comments