AKTIVITI HARI INI..

2:59 pm

Assalamualaikum.

 Hari ni aku busy sangat. Dari pukul 11 pagi keluar rumah nak pergi Taman Botani Negara, pukul 11 malam jugak lah baru sampai rumah. Kitorang kena pergi sana sebab nak kena buat research pasal tempat tu, apa yang menarik kat situ untuk tarik customer datang. Pukul 1 lebih baru sampai sana sebab sebelum tu amik kereta pukul 11 lepastu pergi makan kat Alam Sentral jap. Lepas makan terus gerak pergi sana. 

Tajuk yang kitorang dapat untuk assignment marketing ni ialah pasal nature and eco tourism. Macam mana nak buat strategi supaya boleh tarik ramai customers datang tempat tu. Kiranya, aku dengan bebudak group ni macam berkerja dengan bos lah. Bos tu lecturer aku. Kene bagitahu bos, strategi marketing tu. Sebelum ni aku dah buat 10 muka surat dah untuk assignment ni tapi ada sebab-sebab tertentu, buat balik assignment weh. Penat aku 3 jam lepak McD nak internet punya pasal. Jah tension tau tak.

Bila aku sampai sana, aku pun tak tahu nak cakap menarik ke tak tempat tu. Tapi aku rasa macam biasa-biasa sangat lah. Tak ada yang menarik pun. Taman haiwan pun jumpa berapa ekor haiwan je. Kuda, keldai, landak, pergi kandang rusa. Mengeluh jugak lah kan. Ni je ke haiwan yang ada. Kalau macam tu, best lagi pergi Zoo Negara tu. Boleh tengok harimau, gajah, singa, buaya dan banyak lagi haiwan yang best-best kat situ. Puas hati dah satu. Berbaloi dah dua. Hahaha.

Sampai kan kawan aku cakap menyesal pergi situ, tak ada apa yang menarik, confirm tak kan datang lagi. Aku pun iya kan aje lah. Tapi, nampak tak point dia kat situ? Masa kitorang nak balik lalu Taman Haiwan, ada satu tasik ni, macam terbiar. Idea aku keluar lah and aku cakap kat kawan aku, apa kata tasik ni daripada terbiar macam ni, baik buat aktiviti kayak kat sini. Satu kepala berapa ringgit. Macam tu lah kan. 

Sebenarnya kan, dalam banyak-banyak assignment yang pernah aku buat, aku rasa assignment kali ni paling susah. Sampaikan kita kena pergi sendiri tempat tu untuk buat research. Tak boleh main reka-reka jawapan aja. Tapi aku rasa memang standard lah kan, nama pun pelajar universiti, memerlukan korang lebih banyak bergerak. Soalan yang diberi senang aja, cuma yang susah tu kena perah idea macam mana nak bagi tempat tu nampak menarik. Kalau tak pergi sendiri tempat tu memang susah nak buat assignment tu. Senang cerita kan, masa nak buat assignment ni, macam-macam benda berlaku yang buatkan assignment ni banyak tertangguh. Apa puncanya tu, ada lah.

Bila dah setel bab lawatan ni, kitorang pergi Klang kejap. Kesian kawan aku. Dah lah 2 minggu tak balik rumah parent. Rindu katanya. Sama lah dengan aku weh. Kalau minggu ni aku tak balik Sepang jugak, memang sebulan lah aku tak jumpa parent aku ceritanya. Sebab minggu depan pun tak dapat balik sebab ada kelas ganti hari Sabtu. Adeh, sedih. Rindu le tew. Pukul 9 lebih baru hantar kawan aku balik lepas dah bincang, kau nak buat bahagian mana, aku buat bahagian mana. Sebab dah janji nak hantar kereta pukul 11. Tapi sebelum hantar tu memang kitorang melencong ke tempat lain dulu. Nampak tak kat situ?

Sampai ke Seksyen 18 aku pergi. Pastu dah pening, cakap kat kawan aku yang lagi sorang, "Kita kat mana ni Sarah, kita kat mana ni?" Kelakar lah pulak. Tak cuak mana pun sebab nanti pusing-pusing tembus balik UiTM tu. Aku kalau dah nampak UiTM ni rasa lega dah. Kat Shah Alam ni pusing-pusing jumpa kat situ jugak. Cuma bagi yang belum mahir jalan Shah Alam ni, boleh jadi sesat tau. So, in conclusion, pergilah jalan-jalan explore tempat kat Shah Alam tu. Kat mana Sekyen 8, tang mana Seksyen 24, celah mana Seksyen 31. Salah satu cita-cita aku, aku nak mahir dan pro jalan-jalan Shah Alam ni. Boleh lah lepas ni bawak kereta rilek aja. Dah tahu jalan. Pastu sikit-sikit aku nak tahu jalan Klang pulak.

Apa yang aku dapat lepas lawatan ni, aku rasa macam nak pergi Zoo Negara lah. Dah lama tak melawat Pak Rimau (harimau), Pak Ngah (singa), Pak Cik Ya ( buaya), Mak Jah (gajah), Kak Pah (zirafah), Pak Lang (kuda belang), dan kaum kerabat dia yang lain. Lepas dah pergi Zoo Negara, aku masih lagi nak pergi tempat yang ada haiwan ni macam tempat haiwan reptilia ke. Bila lah free ni. Lepas final exam lah kot. Okey lah. Itu aja nak cerita hari ni. Selamat menyambut Awal Muharram. Aku nak mintak maaf kalau ada tersalah kata, tersilap bicara sepanjang penulisan disini. Papai.


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images