INI CERITA BUDAK UNIVERSITI.

3:57 pm

Assalamualaikum.

 Okey hari ni aku nak cerita pasal kehidupan seharian kita di Universiti. Talk about what? University? Setiap pelajar uni atau kolej mesti akan lalui semua pengalaman ni. So, entry ni khas untuk adik-adik yang masih sekolah kat luar sana. Ni akak Kelly nak bagitahu korang perkara-perkara yang akan berlaku bila korang start aja masuk belajar kat uni atau kolej ni.

First thing first is, dekat sini lah korang akan dapat ramai kawan baru. Korang akan jumpa kawan baru korang dari serata negeri. In fact, korang akan dapat kawan dari luar negara jugak. Korang akan berkenalan, satu bilik dalam asrama yang disediakan, keluar lepak-lepak dengan dorang, pergi sewa kereta ramai-ramai jenjalan KL, pergi karaoke ramai-ramai dan macam-macam lagi. Lepastu korang akan jumpa orang yang sosial sikit. Dorang lepak ramai-ramai sambil merokok dan shisha ramai-ramai. Percaya lah, aku dah pernah jumpa semua benda ni. 

Seterusnya, bila korang dah masuk kelas, dah start belajar, akan ada quiz, test, event, assignment, presentation dan akhir sekali final exam. Korang jangan tercengang lah pulak ya bila tiba-tiba lecturer masuk kelas korang dan tetiba dia kata "Okay, quiz time". Tak menggelabah semua orang. Tak study hape tetiba ada kuiz. Oh, aku dah lalui semua ni. Siapa yang memang jenis study punya orang, rilek je sebab dah ready. Siapa yang jenis tak amik kisah nak ulang kaji balik memang menggelupur lah nak ingat apa yang korang belajar time kelas.

Cakap pasal assignment ni pulak, terbahagi kepada dua iaitu individual assignment and group assignment. Part group assignment ni yang aku menyampah ni. Sebab kat sini lah korang akan tahu siapa yang buat kerja, siapa yang tak buat kerja. Tujuan group assignment ni pun, memang nak kita sepasukan berkerjasama menyiapkan tugasan yang diberi. Mungkin korang akan dapat bebudak group yang nak kan terbaik assignment dia. Orang macam ni sanggup tak tidur, akan paksa semua orang siapkan beberapa hari sebelum dateline, ada yang cerewet dan macam-macam lagi. Tapi in case lah korang dapat bebudak group yang suka bertangguh bila buat kerja, bila disuruh baru nak buat sampai kena paksa-paksa, ada yang esok nak kena hantar, malam tu tak tidur nak siapkan semuanya. Kerja last minute macam tu lah. So, be prepare to face this soon. You are going to 'love' it.

Assignment group! Bila korang dapat assignment group ni, korang akan berjumpa dengan orang yang cerewet, orang yang malas nak buat kerja senang citer dia tak bekerjasama dengan korang, orang yang akan bercanggah pendapat dengan korang dan macam-macam lagi. Lepastu, ada sesetengah subjek tu punya assignment memerlukan korang keluar dari tempat belajar korang. Maksud aku kat sini, korang kena pergi buat research, interview orang, making videos, buat questionaires dan banyak lagi lah. 

Kehidupan dekat uni atau kolej ni kadang-kadang korang tak kan ngam dengan beberapa orang lecturer. In fact ada yang tak hormat lecturer langsung. No respect at all. Ada yang tak puas hati dengan lecturer tapi simpan dalam hati sebab still hormat dia. Ada jugak yang memang jenis panas baran cakap main lepas je siap maki-maki dekat twitter lagi. Korang jangan buat macam tu ya. Maki-maki lecturer dalam twitter atau facebook sekalipun, lecturer dapat trace tau. Dorang pun ada spy jugak. Korang banyakkan bersabar jelah ya sekiranya terjadi dekat korang. Buat baik ajalah sebab dorang lah yang bagi korang ilmu nanti. 

Dekat sini jugak ada yang akan membanding-bandingkan korang dengan budak course lain. Ini yang aku paling kurang suka. Sebab bagi aku semua orang sama sahaja. Biasanya yang compare ni lecturer lah. Diorang akan bandingkan group kau dengan group orang lain. Tau tak apa effect dia? Hubungan korang akan terjejas. Contoh lah ya, korang amik course finance. Lepastu member baik korang amik course accounting. Lecturer membanding-bandingkan korang dari segi kecekapan korang time belajar. Kau rasa selesa tak macam tu. Mesti member baik korang akan cakap, "Eleh, bagus sangat ke budak finance ni? Biasa aja aku tengok". And then, they will keep watching on you in order to achive who will give the best performance. Dorang akan cari kelemahan kau, keburukan kau dan akan perli-perli "Oh budak finance kan pandai-pandai. Kita ni budak biasa-biasa aja.". Seriously, I hate this feeling. Yang kat atas ni contoh aje ya. Aku tak kata siapa-siapa tau. Contoh, contoh dan contoh.

Bila dah duduk jauh dari mak ayah ni, korang rasa macam dunia ni dunia korang yang punya. Korang rasa bebas nak pergi mana aja. Heh, memula aku rasa macam ni tapi sejak beberapa bulan yang lalu, aku lah paling tak sabar-sabar nak balik rumah Sepang, nak lepas rindu katanya. Korang pun nanti bila dah start belajar jauh dari tempat parent tu sesekali balik lah rumah. Kalau boleh balik, balik lah. Kalau yang duduk jauh kat Sabah dan Sarawak tu memang kena tunggu cuti panjang baru boleh balik. Dorang lagi kesian tau. Percayalah cakap aku. Korang belajar jauh-jauh, korang ingat parent korang tak rindu? Lagi lah yang mana dah lama tak balik, kalau tak boleh balik sangat, at least call lah your parent selalu. Bagitahu dorang yang korang okey aja kat sini.

Pasal kawan pulak, let say korang dapat belajar kat Unisel, nanti mesti korang akan ada kawan dua tiga orang dari UiTM. Berkenalan kat mana? Jangan terkejut lah sebab kadang-kadang kenal kat McD aje tak pun kat mana-mana kedai makan. Jiran sebelah pulak student UiTM. Daripada kawan lepastu tetiba dah declare couple kan. Dah selalu jumpa dah. Seronok kan kenal ramai orang.

Most important thing, korang kena pandai jaga diri bila dah duduk jauh ni. Mak ayah kita hantar kita pergi belajar so jangan hampakan dorang. Korang datang sini belajar nak genggam ijazah tau. Jangan balik rumah parent, bawak berita yang menghancurkan hati mereka pulak. Hati-hati pilih kawan. Jangan bebas sangat dan jangan sosial sangat kat luar sana tu. Bahaya satu hal. Keselamatan tu kena jaga. Macam-macam kes berlaku masa aku kat asrama dulu. Satu kes tu pun dah cukup menggerunkan aku. Apa-apa pun berhati-hati selalu. Jumpa lagi.


You Might Also Like

2 comments

  1. Saya dulu belajar di UTP..

    Jemput juga baca kisah saya di universiti :)

    http://www.inspirasihafsah.com/2014/12/perjalanan-hafsah-menggapai-bintang.html

    ReplyDelete
  2. Newbie here!!
    Jangan lupe follow http://tarotthefool.blogspot.my/

    ReplyDelete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images