2014 RECAP!!
11:18 amAssalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Oh, hello guys! Happy New Year. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT sampai hari ni. Ini bermakna umur aku pun dah menapak ke angka 21. Eh tak pe tak pe. Selagi bulan April belum datang, selagi tu aku kekal 20 tahun lagi ye you all. Hihi. So, malam tahun baru haritu sambut kat mana? Aku macam biasa lah. Dok rumah je sambil main phone sambil dengar bunyi mercun. Malas lah nak keluar. Diam tak diam dah masuk 3 hari tahun 2015 ni. Semoga tahun 2015 ni dan tahun-tahun akan datang kehidupan kita semua lebih baik dan diberkati oleh Allah SWT. Amin.
Tahun 2014 ni tahun yang agak mencabar jugak lah bagi aku dan tahun yang sedikit menyedihkan lah dalam hidup aku. Tahun 2014 ni kita dikejutkan dengan macam-macam berita sedih. Aku nak sebut pun aku pulak yang sedih nanti. Kehilangan MH370 sampai sekarang belum ditemui lagi. Aku tertanya-tanya. Kat mana dorang sekarang ni. Hanya Allah SWT je yang tahu. Okey dah aku tak nak citer panjang. Nanti menitik air mata. :(
Tahun 2014 ni jugak lah aku banyak belajar benda baru. Salah satunya yang kita ni tak boleh nak percayakan orang sangat. Nanti hati sendiri yang kecewa. Tahun 2014 jugak ada lah sikit benda yang membuatkan aku gembira, senyum sampai ke telinga, dan macam-macam rasa lagi. Okey lah. Aku nak highlight sikit sepanjang tahun 2014 ni apa yang aku dah capai masa buat resolution dulu.
1. Aku diberi kepercayaan untuk pegang jawatan penolong setiausaha.
Menjadi pelajar tahun akhir kat universiti ni memang kita akan ada final project lah project paper lah, kena organise satu program lah dan banyak lagi. Ini salah satu assessment kita lah ikut subjek yang korang amik kat kelas. Sem 7 haritu aku diberi kepercayaan untuk pegang jawatan penolong setiausaha bagi subjek 'Auditing' dan 'Accounting Theory'. Aku ada partner lagi yang pegang jawatan setiausaha tapi dia handle subjek Accounting Theory manakala aku handle subjek Auditing.
Kat sini aku belajar banyak benda jugak lah macam mana nak buat proposal, nak buat surat minta sponsor, nak kena siapkan speech untuk pengarah program, buat surat kebenaran, nak contact penceramah jemputan dan banyak lagi lah untuk program tu berjalan dengan lancar. So, seronok jugak lah jadi orang penting nak organise program ni. Terasa macam dihargai. Ini satu pengalaman baru lah bagi aku. Lain kali aku dah tahu macam mana nak buat but of course aku kena belajar lebih banyak lagi.
2.Aku kehilangan empat orang pak cik.
Semua makhluk Allah SWT di atas bumi ni akan pergi menghadap-Nya suatu hari nanti. Tahun ni aku kehilangan empat orang pak cik. Dua orang sebelah ayah aku, dua orang sebelah mak aku. Pak long dengan pak cik (anak ketiga) sebelah ayah, pak long dengan pak ngah sebelah mak. Jadi tahun ni tak berapa nak happy sangat. Rasa kosong. Korang tolong sedekah kan Al-Fatihah kat pak cik aku semua ya.
3. Aku kena demam chicken pox.
Rasa terkejut jugak lah masa dapat tahu aku kena demam pop pop ni. Aku ingat lagi masa tu bulan puasa. Amik kau. Bulan puasa tu kena uji dengan chicken pox. Nasib lah tengah cuti sem dan ada kat Sepang. Perancangan Allah SWT tu tepat. Allah SWT nak uji aku dengan demam ni tapi Dia tak nak kasi kat aku masa aku tengah belajar, jadi Dia kasi demam ni waktu aku tengah cuti. Kalau ini lah cara untuk menghapuskan dosa-dosa kecil, aku redha.
4. Kenal macam-macam perangai orang.
Aku jugak kenal macam-macam perangai orang. Aku kenal dengan orang yang pada mulanya aku ingat annoying gila tapi lepas dah kenal dia sebenarnya, oh okay. Very soft spoken person, baik pulak tu. Ada yang perangai macam hantu, suka mengumpat belakang, pijak kita, khianat kita, aniaya kita. Benda-benda ni semua buat aku lebih kuat dan hati-hati pilih kawan, dan jangan percaya sangat dengan orang walaupun sorry to say that, bangsa kita sendiri. Serius letih dengan perangai orang macam ni. Tamak sangat dengan harta dunia, ha amik. Aku tak kisah pon. Sebab aku percaya rezeki aku mungkin kat tempat lain.
Aku sebenarnya dah tak berapa ingat lagi yang lain-lain sebab kehidupan harian aku macam biasa je. Bangun pagi pergi kelas, makan minum, buat assignment, study, lepak-lepak dan tu je kot. Tak ada extraordinary pun. Tapi yang bestnya ialah, aku start rapat dengan orang yang aku tak jangka langsung akan berkawan dengan dia. Kalau sem-sem sebelum ni tegur macam biasa lah. Belajar sama-sama macam biasa tapi sekarang orang-orang ni lah paling kerap aku contact macam member baik. Aku tak dapat apa yang aku nak tapi aku dapat benda lain yang aku tak jangka sebagai ganti. Hebat perancangan Allah SWT.
Okey seterusnya meh kita tengok apa resolution yang aku buat untuk tahun lepas yang dah tercapai?
1. Nak lebih aktif dalam blog.
Sadly said, aku tak berapa aktif lah pulak 2014 ni. Setiap bulan entri ciput dalam satu dua entri je. Mungkin aku busy belajar kot tu yang tak de masa nak update blog. Ada cerita menarik baru aku update.
2. Nak tamatkan diploma dengan segera.
Yeahh.. Yang ini aku berjaya capai. Alhamdulillah beberapa hari lepas, result sem 7 dah keluar dan aku pass. Alhamdulillah tak ada sangkut paper pon. Okey dah boleh sambung degree ni.
3. Nak master bab memasak.
Tak ada lah master sangat tapi aku masih belajar lagi macam mana nak masak lauk kampung. Duduk jauh dari parent ni memang kau akan rindu masakan emak. Masa duduk Shah Alam dulu, aku akan makan luar je. Kalau bosan makan luar baru masak kat rumah. Hidup nak berjimat-cermat kat tempat orang ni buatkan aku makan apa saja yang ada dalam peti. Ada ikan mentah, ada kicap, ada beras, ha pun dah cukup. Tapi kadang tu bosan gak. Tu yang mesej mak mintak resepi. Nasib menjadi lauk aku walaupun mak nun di Sepang sana.
4. Nak ada handphone baru.
Okey yang ni pun dah tercapai dah tapi tak adalah Samsung S3 macam yang aku nak dulu tu. Jadi lah henpon biasa-biasa. Boleh dah nak merapu kat WeChat Whatsapp semua.
5. Nak kumpul lagi banyak mekap.
This resolution tak berapa nak achieve sangat. Aku jadi tak berkisah lah nak beli mekap ni. Bukan hilang minat tapi aku jenis nak habiskan mana yang ada dulu then baru beli baru. Acah-acah nak buat review untuk korang tapi hampeh. Aku rasa aku review mekap dua tiga barang je. Maaf lah ya.
6. Nak belajar teknik mekap.
Dapat belajar sikit je you all ini pun nak kena praktis lagi ni. Menyesal pulak tak belajar sungguh-sungguh teknik mekap ni sebab aku tak sangka lak aku kena mekap orang tunang iaitu kakak sepupu aku sendiri. Serius ni pengalaman baru lah bagi aku. Dulu pernah mekapkan kawan aku untuk annual dinner itupun belajar last minute. Kak, nasib baik lah akak request mekap simple je kak, kalau tak kena parkinson kita kak nak mekap hari bahagia orang ni. Nasib da lepas. Belanja kepci eh nanti.
ni lah kakak sepupu kita. Mekap simple je. Kita tak reti lagi macam orang lain.
Aku harap tahun 2015 ni tahun warna-warni untuk aku. Banyak sebenarnya perancangan aku tahun ni. Antaranya nak sambung degree, nak ada bisnes sendiri, nak masuk kelas tu kelas ni dan banyak lagi. Korang doakan aku ya. Tunggu entri seterusnya pasal resolution aku untuk tahun 2015 pulak.
Have a great day, people!
0 comments