2015 RESOLUTIONS..

1:47 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


 Phew. Hari ni dah hari keempat tahun 2015. Sekejapnya 2014 meninggalkan kita. Asal datangnya tahun baru, mesti setiap orang ada azam masing-masing kan? Anyways, apa azam korang tahun ni? Aku pun ada beberapa azam jugak nak capai tahun ni. Apa-apa pun kita kena usaha lah nak capai azam kita tu. Nak usaha tu pun mesti ada halangan nanti. Nak tengok sama ada kita ni putus asa atau tak kan mengalah sama sekali. 


1. Nak kurus dan turunkan berat badan.

Okey as usual. Perempuan punya azam mesti salah satunya nak kuruskan badan. Ini bermakna aku pun tak terkecuali dengan korang. Kita sama beb! Jom kurus sama-sama. Aku sekarang ni tengah gigih nak shaping balik badan ni. Comel sangat sampai ramai orang 'tegur'. Tambahan pula, salah satu sebab aku nak kurus ni, aku nak sentiasa sihat, aku nak kekalkan stamina supaya tak ada lah panjat bukit Broga tercungap-cungap lagi, dan macam biasa lah nak muat pakai saiz S, M, L. No more XXL anymore. Jom sama-sama bersenam!


2. Nak ada business sendiri.

Aku tak tahu lah bila nak start buat bisnes sendiri ni tapi aku nak jugak ada label aku sendiri suatu hari nanti. Apa jenis bisnes yang aku nak buat sangat ni? Well, banyak kali jugak lah aku mentioned nak ada butik sendiri. So korang dah tahu lah apa yang aku nak buat nanti kan. Aku tak tahulah aku boleh buat ke tidak. Dah lah tak ada pengalaman. Ada jugak lah beberapa faktor yang lain sebenarnya yang buat rancangan aku ni sedikit tertangguh. Tapi aku tak nak jadikan benda tu sebagai alasan untuk tangguhkan apa yang aku dah rancang ni. Aku banyak terinspirasi daripada beberapa orang yang dah terkenal dengan jenama sendiri. Okey, aku boleh buat ni kot. Doakan aku ya. Aku perlukan sokongan korang.


3. Nak sambung degree.

Actually aku pernah terfikir dah tak mau sambung belajar atas alasan penat belajar. Tapi aku tukar fikiran dan atas nasihat ayah dan mak aku, akhirnya aku buat keputusan aku akan sambung degree jugak. Mungkin di Unisel dan mungkin sama course masa diploma dulu. Aku cadang nak masuk lepas raya nanti. Ye, letih belajar akaun. Masa diploma pun hampir kecundang inikan pula nak sambung degree. Tapi aku cuba yang terbaik lah. We will see.


4. Nak lebih aktif lagi dalam dunia blog.

Sama macam azam tahun lepas iaitu nak lebih aktif dalam dunia blog. Mungkin tahun lepas tak berapa nak aktif sangat, tapi tahun ni In Shaa Allah aku akan cuba aktif. Aku tak boleh berjanji sebab aku takut tak dapat tunaikan. Kadang-kadang aku tak berapa aktif dekat blog sebab aku tak ada idea nak tulis. Aku tak nak tulis mengarut-ngarut sekadar nak buat syarat blog sentiasa update. Nanti sapa yang nak baca berulang-ulang kali kalau bukan aku sendiri. Jadi sakit hati pulak baca post yang tak ada isi nanti. Apa post yang aku nak buat eh? Oh, maybe food or restaurant review, boutique review, make-up review, fashion ke outfit of the day ke or any daily tips ke. Harap-harap lah aku boleh beri yang terbaik untuk korang nanti.


5. Nak sentiasa jadi seseorang yang positif.

Aku selalu berfikiran negatif dekat sesuatu benda yang aku rasa aku tak boleh buat. Bila aku buat macam tu aku akan rasa down. So, aku nak ubah diri aku. Aku nak suntik semangat positif dalam diri ni supaya semua benda yang aku buat berjalan dengan lancar. Sakit sebenarnya ada penyakit negatif ni. Benda macam ni selalu halang aku apa yang aku nak buat. Misalnya business yang aku rancang ni pun aku ada fikir negatif sikit. Ada ke orang nak beli produk aku nanti and so on. Kalau aku fikir macam tu selalu, memang tak jalan kot business aku tu nanti.


Setakat ni aku rasa yang ini aje lah dulu azam aku. Semoga aku boleh buat dan capai tahun ni. So apa azam korang ni?



Have a nice day, people!


You Might Also Like

1 comments

  1. Hi Khalida, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images