BUTIK SINCERELYBYUS!!

3:21 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Another boutique review for you, girls. Excited ke tidak? Okey, today's post kita nak review butik tudung dan pakaian yang terkenal dekat Shah Alam dengan Bangi ni. Alah, butik ni memang terkenal sangat lah. Semua orang tau punya. Okey butik SBU lah korang. Butik SincerelyByUsShawl lah yang aku nak cerita dengan korang hari ni. Butik yang terkenal dengan SBU Bunga Raya, SBU Sparrow, SBU Silkyna, SBU Roses dan macam-macam lagi design lain. So, excited ke tidak ni? Please katakan iya!


Tempoh hari aku dah buat review butik E-Dast. Kalau korang belum baca korang boleh klik sini. Hari ni aku nak buat review butik SBU pulak. Aku pulak yang tak sabar. So, meh baca sini. Beberapa hari lepas, aku berkunjung ke butik SBU di cawangan Bangi atas alasan saja lah I nak buat lawatan kat cawangan Bangi pulak. Nak tengok butik kat Bangi macam mana. Kat Shah Alam dah dua kali masuk jadi nak masuk kat cawangan Bangi pulak. Aku pergi sana pada 31 December 2014 dimana hari terakhir butik SBU buat year end sales. Oh, ini harus pergi lah sebab harga tudung ada yang mark down sampai RM15. Rugi you all tak datang. Kalau tak datang lah, hehe. Dah meh tengok apa yang ada kat SBU ni.



Beza antara SBU Shah Alam dengan SBU Bangi ni, SBU Bangi satu tingkat aje manakala kat Shah Alam dua tingkat. Maaf kualiti gambar tak berapa memuaskan. Ini lah rupa butik kat cawangan Bangi. Masa mula-mula masuk dulu pun, kagum jugak aku tengok hiasan dalam ni. Betul-betul hias macam butik remaja. Eh, nama pun tudung untuk semua lapisan umur kan. Harus lah decorate funky sikit.


Kat butik SBU pun ada jual kasut ya and mostly jelly shoes. Tak silap aku harga dia sepasang RM25 tapi kalau korang beli dua pasang akan jadi RM40. Sangat murah. Alang-alang datang sini nak beli tudung, boleh beli kasut sekali. Nak buat pakai harian pun boleh, bawak pergi kelas pun boleh sangat korang.


Tudung kegemaran ramai. Okey cantik giler tudung Sparrow ni. Aku memang dah lama tunggu corak ni keluar sebab lawa sangat. Tapi masih belum beli lagi sebab aku nak dahulukan tudung silkyna dulu. Korang suka tak? Suka meh cepat-cepat pergi butik dorang. Kang dah habis jangan mengadu kat aku.


Close up sikit kasi korang terliur. Warna hitam habis pulak masa aku pergi ni sebab warna hitam memang laku keras. You can never go wrong with black colour, ladies.



Okey ni lah tudung Silkyna yang aku selalu sebut tu. Untuk pengetahuan korang, tudung Silkyna ni atau nama panjangnya Silkyna Satin Silk Square Shawl (5S, amik kau) merupakan tudung bawal bidang 48 material satin yang super best dan berkualiti tinggi okey. Sekarang ni aku memang tengah menggila kumpul tudung satin. Pada awalnya aku sedikit teragak-agak nak beli Silkyna sebab tak tengok depan mata. Tak tahu nak tahu dia punya best tu macam mana.

Lagi pulak sekarang ni dah macam-macam IG shop jual tudung satin dan aku tak tahu nak pilih mana satu. Tapi mana boleh tengok orang lain dah pakai pastu nampak lawa pulak tu pastu kena hasut suruh beli lagi, maka terbeli lah aku empat helai. Terbeli ke sengaja beli ni, konpius aku. Hi hi. Aku tak sabar nak review tudung Silkyna ni kat entri lain nanti.


Siapa kat sini peminat long shawl material chiffon, sila angkat kening sikit? Ha, butik SBU pun ada jual long shawl jugak tau. Plain ada printed pun ada. As you can see from above, ini Manga Long Shawl and Norelle Long Shawl. Aku dah pegang dah kain dia haritu. Memang best lah kualiti kain dia you all.



Kan dah cakap tadi, plain long shawl pun ada jugak korang. So korang tak perlu risau kalau korang bukan jenis pakai bawal. Eh, nampak tak beg pink comel kat sebelah tu? Ha beg tu disediakan khas untuk memudahkan korang hangkut barang shopping nanti. Amik 10 helai masuk je dalam beg tu. Senang tak payah letak berduyun-duyun kat tangan. Eh tapi beg tu dia tak kasi bawak balik eh. Jangan terambil sudah.


Tudung bawal lagi korang ni. Lawa tak? Tu nampak tak corak roses tu. Mak kita amik kaler pink tu yang sebelah kaler merah tu.


Selain tudung-tudung yang cantik giler ni, butik SBU jugak ada jual baju ya. Ada beberapa inhouse brand yang jadi vendors kat butik ni. Tapi aku tak ingat lah apa nama kedai tu. Baju dan skirt pun semua lawa-lawa. Butik ni lengkap jugak lah sebab ada jual tudung, kasut, baju, aksesori, dan makanan pun ada you all. Ha! Makanan pun ada? Serius ke ni? Eh serius lah, cuma aku tak amik gambar je. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang pergi lah usha IG dorang ya. Hari-hari dorang updated stok kat sana. Mana lah tahu tengah sibuk lenggang kangkung pilih tudung, muka korang termasuk dalam video dorang ke. Haha, that feeling. Tak pernah kusangka muka ku terpilih masuk. Selalu tengok muka orang lain masuk. Aku tunjuk kat sepupu aku, then she said, "Muka tak puas beli tudung". haha.. Lawak adikku. Muka ahkak ni memang rakus sikit bab fesyen-fesyen ni.

Hasil dari lawatanku ke butik famous amous ni, aku beli 4 helai tudung Silkyna yang memang aku mengidam sangat tu. Lagi sekali sedih tak dapat beli warna merah. Dulu kat e-Dast pun macam tu gak. Tak apa lah tak ada rezeki. Tak pun aku konpius antara warna merah dengan maroon kat situ sebab both colours macam sama je. Aku pulak nak cari yang betul-betul warna merah. Primary red. Double check balik oh warna merah memang ada cuma warna dia deep red, bukan chili red tu. Aish, rugi aku tak amik haritu. Hasil tangkapan aku amik dark blue, emerald green, gold yellow and silver grey. Kain dia cantik sangat.

Korang yang baru first time dengar nama butik ni dan teringin nak pergi tapi tak tahu kat mana? Meh aku kasi alamat.  


SHAH ALAM
B-19-G, Jalan Serai Wangi K 16/K,
Alam Avenue 2, 40200 Shah Alam,
Selangor

03-5524 4100

BANGI
No. 18A, Jalan Medan Pusat Bandar 2C,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor.

03-8912 0936




Selamat membeli-belah.


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images