TUJUH PEREMPUAN BERTANYA,SEORANG LELAKI MENJAWAB..

2:33 am

Assalamualaikum semua..
Hari ini Khalida ada something special to share with you all..
Hari ini Khalida rasa nak ceramah lah..
Khalida pon manusia biasa juga yang tak lepas dari buat silap.
Tapi x kan lah manusia daif macam Khalida ni x layak nak bagi nasihat untuk sapa2 je.?
X kan lah nak kena jadi ustazah baru boleh bagi nasihat ye x?
Ketahui lah korang semua yang kita sesama manusia haruslah saling nasihat menasihati antara satu sama lain.

Kebanyakan kita semua mesti berpendapat macam ni bila kita disuruh untuk menasihati orang lain:

1)"Ala,dia dah besar,mak bapak dia dah ajar tentang dosa dan pahala,mana yang baik    mana yang buruk,so,pandai-pandai lah muhasabah diri sendiri."
2)"Ala,orang macam tu buang masa je nak nasihatkan dia,bukannya dia dengar pon cakap kita."
3)"Aku bukan x nak tegur,tapi kalau aku tegur,dia masam muka pulak."
4)"Lantak dia lah nak buat apa pon,dosa tanggung sendiri,kubur pun masing-masing.

See?
Ini lah kita sebenarnya..Takut nak nasihat kawan sendiri.Takut nak tegur kawan sendiri.Jadi,apa nak buat?....

Khalida sendiri yakin yang korang semua ada pelbagai cara nak nasihatkan kawan korang tu.It's ok.Just do it.It will be fine.

Dan ingatlah:
Walaupun kubur lain-lain,
Walaupun dosa lain-lain,
Walaupun seksa neraka lain-lain,

Tetapi:
Ingatlah yang memandikan jenazah kamu adalah 'orang lain'
Yang sembahyangkan kamu adalah 'orang lain'
Yang mengkafankan kamu adalah 'orang lain'
Yang kebumikan kamu adalah 'orang lain'
Jadi jangan menyusahkan 'orang lain' dengan perangai kamu yang tidak disenangi 'orang lain'.

Khalida ada baca satu artikel ni mengenai keluhan wanita terhadap diri dia.
Jom kita baca.Semoga dapat manfaatnya.


Kaum feminin cakap "susah jadi wanita",mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri,seperti yang kita lihat dialog dibawah,bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah terhadap kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
"Aduh,situ tutup,sini tutup.Susah lah gini.Apasal laki-laki mudah saja.Tak pakai baju pun takpe.Perempuan auratnya lagi banyak".


Keluhan remaja perempuan B:
"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka,rugilah kita.Sebab bahagian harta pusaka perempuan lebih sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat.Kami mahu keadilan!"


Keluhan remaja perempuan C:
"Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki,sebab bila kita ada haid dan nifas,tak boleh nak solat dan puasa.Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?"

Keluhan isteri A:
"Kenapa lah kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita,padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitahu kita tak apa pula."


Keluhan isteri B:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita relaks je?Masa buat anak carilah kita,masa nak beranak kita tanggung sendiri!"



Keluhan isteri C:
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami,tetapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya?Mana keadilan pada kaum hawa?"



Keluhan isteri D:
"Bila nak cerai je,suami yang boleh jatuhkan talak.Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya?Kenapa?"


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita dan menuntut hak sama rata antara gender,mengeksploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaa.Kaum lelaki pula cakap "Ah,mujur aku ni lelaki!"
Tunggu..!Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas.Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil.Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w. dan petikan dari ayat Al-Quran,namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
"Cik adik,Islam lah yang mengangkat aurat wanita.Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik.Awak ada emas dan permata,adakah awak nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?Ok jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang,agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi?Lelaki yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!Awak tak mungkin terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?Tapi kalau sebaliknya,jangankan saya,tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!"


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki?Tapi kan,harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakuka apa sahaja yang dia mahu.Shh.. jangan kongsi dengan siapa-siapa walaupun suami.Tak kesian kepada lelaki ke,dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya.Kalau isteri dia ramai,anak dia ramai,harta pula secebis,tak merasalah jawabnya!"



Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan C:
"Nak beribadat macam lelaki?Ingat mudah ke nak dapat syurga?Sedarlah awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga  yang awak sukai.Ya,dah lah syurga,ada pilihan pula hanya dengan empat cara.Apa itu?Solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi?Taat pada suami awak.Itu sahaja asasnya!"


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
"Akhirat nanti,saya dan lelaki lain didunia akan diminta bertanggungjawab ke atas empat jenis wanita.Siapa?Mereka ialah isteri saya,ibu saya,anak perempuan saya dan adik perempuan saya.Tahu maksudnya?Awak nanti di akhirat,awak akan dibantu oleh empat lelaki!Siapa mereka?Mereka ialah suami,ayah,abang atau adik lelaki malah anak lelaki awak!"

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri B:
"Tahniah lah sebab awak dapat mengandung dan melahirkan.Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!Beruntungnya awak!Andaikan awak meninggal pula masa beranak itu,percayalah...itu mati syahid dan ganjarannya syurga.Ya,syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan!"


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri C:
"Ok,isteri perlu taat kepada suami.Jadi lelaki apa?Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya,walaupun dia sudah berkeluarga.Isteri tidak perlu lagi,taatnya hanya kepada suami.Kenapa awak perlu taat kepada suami?Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"



Lelaki beriman menjawab keluhan isteri D:
"Saya,seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah.Awak,seorang wanita jika taat kepada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah,maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"


Lelaki beriman bertanya:
"Sebenarnya,apa lagi yang awak mahu wahai kaum hawa?"
Namun wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata:
"Masya-Allah,sayangnya Allah pada wanita,namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya,sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah yang menciptakan kita,maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta oleh manusia.

Wahai lelaki,jagalah isterimu kerana dia perhiasan,pakaian dan ladangmu,sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah.Tunaikan dan menegakkan agamamu,nescaya syurga menanti....

Bila Khalida baca ni kan,rasa macam....
Yes,that's true.Sebenarnya banyak benda yang kita tak tahu pasal kelebihan menjadi wanita ni.So,kita sebagai wanita seharusnya bersyukur dengan setiap kejadian pada diri kita.Janganlah kita jadi manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t..

Jumpa lagi.

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images