NOVEL:INGAT JANJI KITA

8:38 am

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

  Entah apa mimpi pagi-pagi buta lagi aku dah search 'blogger' ni,mungkin sebab memang aku pun dah lama tak masuk entri baru,korang pun mesti bosan sebab dah tak tau nak baca apa lagi sebab semua entri yang 'dulu-dulu' dah khatam korang baca.

  Ok tanpa melengah masa lagi,hari ini entri aku,aku nak buat satu review mengenai sebuah novel ni..

INGAT JANJI KITA (MURNI AQILA)                                                           

So,aku memang dah habis baca novel ni,baru je habis ni ha..Apa yang boleh aku ulas mengenai novel ni ialah,aku suka novel ni sebab jalan cerita dia memang menarik.Memang berpuas hati baca novel ni dan paling penting tajuk novel ni memang perfectly awesome.Sesuai dengan jalan ceritanya.Tahniah kepada penulis.

Kisahnya macam ni yang si Adi ni memang hidup dia menderita tak sudah.
Satu-satu ujian yang Allah turunkan kat dia,dia sabar dan terima seadanya.
Tambah-tambah lagi hidup bersama Mak Cik dia bernama Kalsom memang tersangat lah menderitanya.Then dia kena kerja di stesen minyak kepunyaan Mak Cik dia pulak.
Yang mak cik dia ni memang jenis tak de hati perut tau.Dideranya Adi macam kuli batak(memang bagi Cik Kalsom rambut afro tu,dia ni cuma kuli je).Aku yang tengah baca boleh menyirap gak oo.Tapi tak terkejut sangat lah kan walaupun setakat 
watak di atas kertas,tapi orang macam gini memang betul-betul wujud.
Selisih 44 malaikait.Jauhkanlah aku dari peristiwa ni semuanya,sebab aku bukan jenis penyabar,aku tak boleh lah kalau orang buat aku camtu.Memang watak Adi ni penyabar orangnya even mak cik dia buat macam-macam kat dia.Selepasnya
watak si Raimi ni pula memang cucu kesayangan Tok Jalal dia merangkap atuk dia.
Untung lah kan kalau jadi cucu kesayangan,jodoh sehidup semati pun nak 
ditentukannya.Masalah dalam cerita ni Raimi tidak diberi peluang langsung untuk
bertangguh.Setiap kata-kata atuk dia tak berani dia bangkang.Kalau tak mau tak kena
pelangkung.Sabar jelah,mengenangkan si Raimi umurnya memang dah layak sangat berkahwin.Si atuk mula risau,dan mulalah dia nak cari kan cucu menantu pilihan sendiri.Nak tak nak Raimi kene cari 'seseorang' untuk dia jadikan sebagai teman 
wanita atau lebih sedap ayat dia sikit iaitu bakal 'isteri' kerana nak mengelak dari terima calon pilihan atuk dia sendiri.Pening dia fikir benda tu.Mana dia nak cari awek express 
kan?Memang kerja gila bila Raimi upah Adi jadi 'kekasih' dia.Pikir lah kot,lelaki, kau 
nak suruh menyamar jadi perempuan?Memang nak terbalik dunia ni.

So,apa yang korang fikir perkara yang akan terjadi selepasnya itu?Mesti seronok kan.
Aku memang teruja gila baca novel ni.Jadi,kalau nak tahu apa yang berlaku seterusnya
korang semua kena beli novel ni di pasaran.Jangan risau.Stok masih banyak lagi.
Dijamin jalan ceritanya mantap.Nak ulas lebih-lebih kat sini tak boleh juga lah weh.
Nanti spoil kan orang yang belum baca.Harga novel ni hanya RM21.00 sahaja.Jadi 
jangan lupa dapatkan di pasaran(promote sebentar).

Ok.Itu saja lah untuk entri kali ini.Insya-Allah lepas ni aku akan lebih rajin memasukkan 
enti yang seterusnya.   


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images