I AM IN LOVE WITH FARMASI'S BRAND!!
1:00 pm
Assalamualaikum semua.
Hari ni nak citer khas pasal produk Farmasi ni. All right! First of all, I would like to ask you a few questions about this brand. What is in your mind when you heard about this product? What were you thinking? Is it sound interesting to you? After you do some research, would you like to purchase it and have all the products? The answers is on you! Ha! Cepat jawab!
Kalau korang tanya aku soalan macam ni kat aku, jawapan aku senang je. Ya, memang best sangat-sangat brand ni dan dah tentulah aku beli okey. Kalau korang dengar je produk ni disebut ramai, apa yang korang terfikir pasal brand ni? Kalau aku, dah tentu lah BB cream and CC cream dorang. Tu je lah yang dalam kepala aku sekarang.
Ingat tak dulu aku ada bagitau nak buat entri khas untuk Farmasi ni kan? Nah, entri ni khas untuk korang sumer. Aku akan citer kat korang apa yang best sangat produk ni sampai kalau search kat google kemain ramai orang review dan suggested suruh beli.
Nak citer sejarah Melaka camne aku boleh jatuh hati kat brand ni macam mustahil lah pulak orang nak baca kan. Sebenarnya aku pun dah lupa camner aku leh cintakan brand ni. So, aku lajukan jelah. Lebih kurang camni lah, ni semua blogwalking punya pasal. Aku kan memang suka baca blog orang. Lagi-lagi blog mekap-mekap ni dan entri yang review barang kecantikan ni.
Baca punya baca entri dorang, ada lah satu entri ni review BB cream and CC cream dari Farmasi. As I told you before, aku ni jenis cepat terpengaruh punya orang. Kalau orang kata best aja mesti aku nak cuba. Depends lah amende kan. So, buat search itu ini, apa yang aku dapat ialah, produk ni dari Istanbul, Turki. Paling penting HALAL. Aku pun tertarik lah. Nak sangat cuba.
BB cream? Aku pernah dengar benda ni and I was like
tengok gambar je korang dah boleh tau apa yang aku fikir. Sebelum ni asyik pakai foundation je and why not kali ni aku cuba BB cream ni. Best sangat ke?
Search balik kat google, baca balik review orang banyak kali, lepastu terus plan nak beli. Ini pun masalah gak masa mula2 nak cari dulu. Kat mana ada jual kat area Sepang ni. Hohoho. Hantar mesej kat Official FB ni, katanya brand ni paling dekat dengan tempat aku kat Alamanda, Putrajaya. Okey fine. Nak ke sana pulak amat mustahil. Nak tak nak kena beli online gak.
Kat FB shop ada je jual online rupanya. Aku beli kat sini. https://www.facebook.com/beautyfarmasi.colour. BB stand for Blemish Balm and CC stand for Color Control. Nampak kat atas tulis Beauty Balm kan, tapi boleh je guna terms Blemish Balm tu. The alphabet cream ni dia macam all in one tau. Kat situ lah ada moisturizer, sunblock, concealer, foundation dan tu jelah kot. All in one katanya. Lagi satu, ia juga bertindak untuk merawat kulit. Masalah penuaan lah, bekas jerawat lah. Mencantik sambil merawat gitu.
"Ye ke Jah? Aku pun nak beli lah nanti. Bunyi macam menarik je? Nanti kita pergi beli sama-sama ya?" Ye lah Jack. Kita pergi sekali ya?
Bukan tu aje beli.
dengan yang ini sekali aku beli. Ambik ko. Empat terus.
Okey jom review satu persatu. First sekali aku nak review CC cream. This CC cream is recommended for day using. Ada SPF 25. So memang sesuai lah guna untuk siang hari. Bila pakai CC cream ni, dia lebih natural tau. Kau tengok muka kat cermin macam tak pakai apa-apa. Nampak natural sangat. Tapi kalau kau rasa sendiri kat muka memang lah terasa macam pakai apa-apa. Bau best. Tak kuat sangat. Macam bau bedak baby. Bila pakai, muka tak bercapuk pun. Lepastu tak berminyak pun. Ia cepat meresap. Bila pakai tu, macam muka ni di'protect' dari cahaya matahari.
Meanwhile, the BB cream is recommended for night using. Ada SPF 15. Tu pasal lebih sesuai pakai waktu malam. Sama jugak macam diatas. Tak berminyak sebab dia dah meresap gitu. Bau bedak baby, look natural, tak de putih melepak and best.
Next is, Stay Matte Foundation. Aku jarang pakai ni sebab biasanya pakai yang BB and CC cream aje. Tapi at least pernah lah pakai gak cuma jarang. Kod yang aku beli kod 04 iaitu beige. Warna dia oren tapi bila korang pakai kat muka ia tetap nampak natural. Jangan risau, tak berubah jadi oren pun muka korang. Best jugak pakai sebab dia tak shinning. Sesuai dengan namanya Matte tu.
Lastly is Silky Touch Compact Powder. Ha yang ni best sangat-sangat okey. Aku belum pernah jumpa lagi bedak yang boleh bagi sapuan nipis tapi still look awesome. Span dia pun nipis so memang sangat berfungsi lah sebenarnya. Bertujuan untuk memberi sapuan yang nipis. Tak yah tebal-tebal. Sapuan nipis pun dah cukup tau. Tak menyesal lah beli. Selalu kalau pergi mana-mana even ke kelas ke, keluar dengan kawan-kawan ke, pergi beraya or mana-mana jelah aku nak pergi (hoho) mesti pakai bedak ni. Sebab tekstur dia ringan, tak berat macam sesetengah compact powder yang lelain. Still look natural (bape banyak natural lah). Kod 06, Beige colour menjadi pilihan.
Senang citer lah kan, apa yang aku selalu guna nak pergi ke kelas, jalan-jalan dan lain-lain, firstly aku akan applied CC cream atau BB cream dulu lepastu sapu bedak tadi and finally I'm using Lip Ice for the final touch. Dah siap! Boleh keluar jenjalan dengan muka yang Supernatural (tetiba). Kalau nak dramatik sikit, gariskan eyeliner. Setel masalah negara.
Repurchased? Yes! Sememangnya. Lagi satu, BB cream and CC cream ni walaupun tiub dia kecil cinonet je, tapi sangat menjimatkan okey. Means, korang sapu sikit je dah cukup dah. Tak yah sapu banyak-banyak. Sangat jimat dan aku start pakai dari hujung bulan 7 haritu sampai sekarang rasa macam banyak lagi je cream dia.
So far, sangat puas hati lah pakai produk ni. Berbaloi aku spent dalam RM100++ untuk 4 barang ni. Itu pun after less tau. Korang boleh cuba lah BB and CC cream ni. Bak kata sapa ya, "Why choose? Have both".
Selamat mencuba korang.
1 comments
Thanks for review.Saya ambil infonya sahaja.lain lain tiada dulu kini dan selamanya..
ReplyDelete