KITA CITER PASAL SAFI BALQIS NAK?
2:00 am
Assalamualaikum semua.
Hai korang. Dah puas beraya? Haha. Okey kali ni aku nak citer pasal Safi Balqis Perfect 10. Brand yang aku guna sekarang ni (nampak tak dia suka tukar-tukar brand kat situ). Sebenarnya baru 3 hari aku pakai brand ni. Semuanya disebabkan terpengaruh punya pasal. Bila dah terpengaruh mestilah korang nak cuba benda tu kan? Tak kisahlah apa-apa yang mempengaruhi korang pun sama ada korang tetiba suka pakai Halfmoon padahal sebelum ni setia kat Bawal je (tetiba masuk pasal tudung). Macam tu lah yang aku rasa.
Haritu tetiba je search pasal Cik Safi Balqis ni kat google. Semua blog yang citer pasal Safi Balqis aku baca. Teruja punya pasal. Ada yang kata produk ni bagus. 5 tahun pakai dari zaman sekolah sampai ke zaman U tak ada kesan negatif. Alhamdulillah lah kan. Sesuai dengan kulit muka. Ada juga yang kata pakai, memula nampak perubahan yang bagus kat muka dan lepas tu tetiba naik jerawat kat muka. Tu namanya tak sesuai lah tu. Banyak info yang aku kumpul dan oleh sebab tu aku nekad nak cuba jugak brand ni. Lagipun aku berniat nak tukar produk penjagaan diri yang lelama tu ke produk yang halal. Tak kira lah set muka ni, set syampu, mekap dan ubat gigi. Syampu pun aku pakai Safi okey. Semua aku nak tukar ke produk yang halal. Tenang sikit hidup aku kalau tak asyik nak ragu-ragu je. Daripada dok ragu-ragu punya lama why not sikit-sikit korang tukar kan.
Rangkaian produk Safi Balqis ni ada banyak tau. Ada pencuci muka kawalan minyak, pencuci biasa, penyegar, pelembap muka siang dan malam, krim kontur mata, serum, gel pengelupasan, skrub muka, losyen pelembap kawalan minyak, pencuci dan penyegar 2 in 1, krim kecantikan dan BB cream. Banyak kan? Tapi tak semua rangkaian dia sesuai dengan muka kita. Contohnya, korang suka pakai pencuci muka dia sebab rasa bersih dan lembut kat muka tapi korang tak suka krim pelembap dia sebab berminyak ke. Macam tu lah.
Sudahnya aku beli jugak Safi Balqis ni. Nak cuba punya pasal. Tau tak teruja tu apa? Tu lah perasaan aku. Perempuan cepat teruja kan? Hehehe. Tapi aku tak beli semua. Aku beli yang mana saling memerlukan aja. Jadi aku beli pencuci dan penyegar yang 2 in 1, serum muka, krim kontur mata, skrub, krim pelembap siang dan malam. Itu pun aku beli sikit-sikit je dulu. Nak cuba sikit-sikit. Lepastu baru lah tukar semua sekali. Yang krim kecantikan tu dah lama beli sebab masa tu aku main amik je nak buat alas bedak.
Aku baru je pakai 3 hari. So, tak boleh nak komen banyak-banyak sebab belum nampak kesan lagi kan. Baru 3 hari kut. Aku nak tengok kesan dia selepas 2 minggu. Yelah kat kotak Safi tu sendiri kata kesan dia akan nampak dalam masa 2 minggu jadi kita tunggu jelah. Aku suka lah dengan ayat ni. Salah seorang rakan blogger jugak. Tapi tak ingat blog mana. Dalam blog tu dia cakap 'biar muka kita tu lambat nak nampak kesan bagusnya dari korang pakai sesuatu produk tu dan cepat benar kesannya bertindak. Sebab biasanya produk macam ni kemungkinan ada banyak bahan kimia yang entah apa-apa (kau merapu apa-apa Jah?)'. Yang ni aku setuju sangat.
Aku nak komen sikit je. Dalam banyak-banyak jenis kat atas ni, aku paling suka yang pencuci dan penyegar 2 in 1. Best sangat. Sebab dia 2 in 1 kan. Dah pakai ni korang tak payah nak apply toner dah. Dalam botol tu dah siap ada toner sekali. Pencuci dan penyegar sekaligus. So sangat jimat masa dah jimat duit. Lepastu yang best lagi pasal benda ni ialah bila korang cuci muka korang, lagi-lagi yang first time nak guna, sure terkedu kejap sebab muka kita berangin tau. Sejuk dan dingin.
Aku nak komen sikit je. Dalam banyak-banyak jenis kat atas ni, aku paling suka yang pencuci dan penyegar 2 in 1. Best sangat. Sebab dia 2 in 1 kan. Dah pakai ni korang tak payah nak apply toner dah. Dalam botol tu dah siap ada toner sekali. Pencuci dan penyegar sekaligus. So sangat jimat masa dah jimat duit. Lepastu yang best lagi pasal benda ni ialah bila korang cuci muka korang, lagi-lagi yang first time nak guna, sure terkedu kejap sebab muka kita berangin tau. Sejuk dan dingin.
2 atau 3 kali seminggu aku pakai skrub aprikot ni. Bertujuan untuk menanggalkan kotoran kat muka juga. Pun sama best sebab wangi tapi tak terlalu kuat. Bila dah bilas muka tu kan, muka rasa lembut gak. Senang citer semua rangkaian dia lembut-lembut kat muka lah. Tak dinafikan lagi.
Lepastu aku suka pakai serum dia sebab serum dia pun best. Wangi dan bila pakai kat muka rasa lembut banding pakai pelembap sahaja. Lembut dia lain macam tau.
Lepas dah pakai serum, aku pakai pelembap pula. Safi Balqis ada krim pelembap siang dan malam. Dua-dua pakai pun best. Cuma krim malam tu agak berminyak sikit tapi tak apa lah lagi pun pakai masa nak tidur aje kan.
Lastly, aku akan apply krim kontur mata ni. Sebab bawah mata aku memang hitam lah kan. Punca utama selalu tidur lewat. Harap-harap berkesan.
Aku beli Safi Balqis semua ni kat Mydin. Sebab kat Mydin memang murah. Yang pencuci dan penyegar 2 in 1 tu aku beli waktu promosi. Promosi tu akan berakhir pada 18 Ogos ni tau. So cepat-cepat grab okey. Harga asal tak pasti. Maybe dalam RM15 camtu. Tapi harga promosi sekarang RM12.90. Murah kan? Yang krim pelembap siang dan malam tu kalau kat Mydin berharga RM15.80 setiap satu. Harga sebenar RM18.00 ++ tau. Ni bukan harga promosi ke apa tapi ni harga yang syarikat Safi dah tetapkan. Cuma kat Mydin korang boleh dapat murah sikit. So, sangat untung.
Okey lah. Kita tunggu lagi 2 minggu untuk tengok kesan dia. Sama ada berkesan atau tak bergantung pada kulit muka. Harap-harap sangat berkesan.
Selamat Hari Raya.
5 comments
Saya nak tanya, klu serum safi balqis tu bleh hilangkan parut jerawat?
ReplyDeleteHai Fiyah. Selama saya pakai Safi dulu, serum dia bagi effect lembut kat muka aja.Bau wangi. Kalau cerah pun sikit aje. Kalau bab parut jerawat tu, sorry its doesn't work great on me. Parut still ade lagi padahal dah 3 botol pakai. Masa saya pakai tu memang saya tak letak harapan besar pun nak tengok parut ni hilang. Just as usual skin care routine.
DeleteApa perkembangan muka awak selepas guna safi? N adakah awak guna lotion anti jerawat n minyak?
ReplyDeleteAs salam. LoveEye adalah krim kontur mata yang sangat best. InsyaAllah berkesan. Jemput ke sini. Tq https://www.facebook.com/LoveeyeEyebagSerumTerbuktiBerkesan
ReplyDeleteTumpang tanya..kalau campur produk antara safi p10 dgn safi oxywhite x pe ke?
ReplyDelete