JENIS-JENIS EYESHADOW..

9:00 pm

Assalamualaikum.

 Hai korang. Okey kali ni aku nak share dengan korang, jenis-jenis eyeshadow yang berada dipasaran sekarang ni. Kenapa jenis-jenis? Kenapa tak satu jenis aja? Okay let me explain. Orang sekarang ni makin kreatif dan inovatif. Dorang tahu, penggemar alat solek ni sentiasa tertunggu-tunggu produk baru yang bakal dikeluarkan. Sebagai orang bisnes, dorang mesti kreatif untuk create something new for their customer so that dorang tak kan bosan pakai benda yang sama aja. Mana-mana industri pun, seseorang ahli bisnes tu mesti fikir akan hal ini. Sama jugak untuk mekap ni. Sebagai contoh, daripada wujudnya lipstick, sekarang ni dah ada macam-macam produk untuk bibir iaitu lip balm lah, lip gloss lah, lip butter lah dan macam-macam lagi. Belum termasuk foundation lagi. Sekarang ni dah wujud CC cream pulak. Dulu mana ada. And for your information, DD cream pun dah wujud okey. Baru beberapa jenama aja yang mengeluarkan DD cream ni. They create something unique and interesting for us. Apa yang aku nak cerita sekarang ni ialah jenis-jenis eyeshadow pulak. So girls, this entry is special made for you!

COMPACT EYESHADOW


  • Eyeshadow ni lah yang korang selalu pakai tu.
  • Ada jenis matte, shimmer, satin dan baked.
  • Sesiapa penggemar mekap, ni wajib ada dalam beg mekap korang.
  • Kelemahan dia, dia cepat pecah kalau terhempas, sayang oo. Rugi macam tu aje.
  • Ada bentuk single, ada jugak bentuk palette.
  • Sesetengah palette tu ada dua ratus lebih warna.
  • Kena pandai pilih sebab kekadang ada warna yang pigment, ada jugak yang tak pigment langsung.
  • Kalau nak pergi travel ke tak perlu risau sebab korang boleh beli yang kecil punya. So no need to bring the huge one.


PIGMENT EYESHADOW


  • Eyeshadow ni jenis serbuk.
  • Pada pendapat aku eyeshadow ni lagi pigment dari compact punya sebab tu nama dia pun pigment.
  • Letak sikit aja dah cukup terang dah mata korang.
  • Tapi kelemahan dia kalau dah terjatuh, berterabur lah serbuk dia.
  • Kadang-kadang tu kalau leka sikit habislah melekat kat tangan.
  • Jangan risau sebab sekarang ni kebanyakan packaging dia dah semakin secure. Tak adalah nak risau tertumpah ke kan.
  • Contoh terdekat cuba korang search Miss Rose pigment eyeshadow. What a nice packaging.
  • Kalau korang tengok Avon punya kan, dia dalam bentuk rolling tau. Tu pun dalam kategori pigment.

CREAM EYESHADOW


  • Most favourite sebab colour dia sangat cantik.
  • Ni lah yang dikatakan boleh buat base kat mata tu sebelum pakai matte punya.
  • Ada sesetengah brand pula, kalau tak cover dengan matte, cepat cair. Tak bestnya.
  • Tapi untuk jenama Maybelline, korang tak nak sapu yang matte punya pun tak apa sebab dia cepat kering. So tak risau kalau tetiba cair dan comot kan.
  • Sangat-sangat jimat sebab pakai sikit aja dah cukup. Sapu guna jari lebih sesuai.
  • Ha, kelemahan dia pulak kalau korang tak tutup rapat-rapat, dia akan kering tau. Dah tak best kalau nak guna.

PENCIL EYESHADOW


  • Pencil atau crayon ni macam senang kan sebab bukak tutup dia dan sapu kat mata macam tu aja.
  • Packaging kat atas ni lawa sangat kan, rasa macam nak ada semua aja.
  • Tekstur agak creamy sikit tapi aku rasa kalau dah apply kat mata dia akan kering jugak kan.
  • Boleh buat eyeshadow base jugak lah kalau tak ada cream eyeshadow.
  • Disebabkan tekstur dia creamy, so jangan biarkan dia terdedah terlalu lama lah, nanti kering.
  • Kalau NYX, ramai orang suka warna putih sebab dorang nak apply kat bawah mata biar mata tu nampak besar macam patung.
  • Lagipun kalau NYX, warna dia sangat pigment.

BAKED EYESHADOW


  • Eyeshadow yang bercampur-campur warna dia dalam satu casing.
  • Biasanya kalau bentuk macam ni nak buat smokey eyes sangat lawa.
  • Warna campuran yang sangat pigment.
  • Kalau dapat yang glitter tu lagi-lagi kalau warna yang tak terang sangat boleh buat highlight.
  • Kelemahan dia kalau dah jatuh memang cepat pecah.
  • Ada dijual dalam bentuk palette atau pun single.

  Korang suka yang mana satu? Kalau aku, aku suka empat dari lima kat atas ni. Yang aku tak berapa suka sangat pigment eyeshadow sebab bila pakai tu serbuk dia boleh jatuh kat muka. Leceh kot nak lap-lap ni semua. Bukan tak suka sangat lah tapi kurang gemar. Not my favourite. Kalau aku nak beli pun tengok packaging dia dulu. Rasa macam okey je, okey lah. Yang lain aku tak ada masalah lagi-lagi aku memang suka sangat yang cream dengan pencil eyeshadow tu. Aku berhenti setakat ni ajelah. Semoga entri ni dapat tolong korang sikit untuk mengenali jenis-jenis eyeshadow ni. Macam biasalah kan, dengan teknologi sekarang ni, tak mustahil yang lepas ni akan wujud lagi canggih dari ni. Marker eyeshadow pulak ke kan. Mana lah tahu. Entri seterusnya In Shaa Allah kita cerita pasal jenis-jenis blusher pulak ya. Thank you so much you guys.




You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images