SCRUB YOUR FACE!!

5:15 pm

Assalamualaikum.


  Korang selalu scrub muka tak kat rumah? Apa perasaan bila dapat scrub muka tu ya? Mesti sejuk dan rasa bersih aja muka kita kan? Honestly, aku pun jarang-jarang lah nak scrub muka ni. Sebab asyik terlupa aja. Asal bangun tidur aja, cuci muka, pakai penyegar, sapu pelembap. Scrub mesti terlupa nak pakai. Sebab scrub ni pun pakai 2 atau 3 kali seminggu, automatik terlupa "eh, dah pakai scrub ke belum". Korang tau kan scrub tu apa? Okay, let me tell you. Scrub ni sebenarnya berfungsi untuk membersihkan muka kita lagi mendalam. Segala sel-sel mati, kekotoran yang melekat kat muka akan hilang bila disental dengan scrub. Tapi jangan lah ganas benor bila urut muka tu. Scrub gently okay. Bila dah bilas muka tu, trust me. Muka rasa lembut aja. Anyways, cakap pasal scrub, tetiba lah kan korang terasa bosan pakai scrub yang sama aja, apa kata korang cuba scrub buah-buahan pulak. Jangan risau. Buat sendiri aja kat rumah. Sangat mudah nak buat. Kita cuba sama-sama ya.

1) Strawberry scrub:



  • Mula-mula sekali korang kena ada dua bahan ni iaitu buah strawberri dengan madu.
  • Korang lenyek-lenyek buah strawberri tu dulu. Sikit-sikit aja dah. Jangan hancur sangat.
  • Lepastu korang amik dua sudu besar madu tu dan masukkan ke dalam buah strawberri yang korang lenyek tadi.
  • Gaul-gaul rata dan mula lah scrub muka korang.
  • Bila dah selesai, biar 5 minit dan lepastu basuh muka dengan air suam.
  • Scrub strawberri ni membantu untuk melembapkan muka, treat blemishes dan memutihkan wajah.

2) Tomato scrub:




  • Potong tomato kepada dua bahagian.
  • Kita nak pakai sebelah aja, yang lain tu boleh simpan balik.
  • Ratakan gula ke atas permukaan tomato tersebut dan mula gosok tomato tu kat muka korang perlahan-lahan selamat 5 minit.
  • Bagi dia meresap khasiat tomato tu dulu, lepastu baru cuci muka tu ya.
  • Scrub tomato ni boleh menghilangkan jerawat, melembutkan kulit muka dan lain-lain.

3) Almond scrub:



  • Amik dua sudu serbuk almond tu dan campurkan dengan dua sudu teh madu.
  • Mix together and apply into your face then scrub gently.
  • Biarkan beberapa minit kemudian bilas dengan air suam.
  • Lepastu lap muka hingga kering.
  • Korang akan rasa muka korang lembut aja.

4)Banana scrub





  • Firstly, korang kena ada tiga bahan ni dulu iaitu madu, pisang dan jus lemon. Pisang tu tak perlu banyak-banyak. Amik satu aja. 
  • Yang jus lemon tu dari perahan buah lemon tu je dah cukup.
  • Lepastu, korang lenyek pisang tu jadi macam kat atas ni.
  • Masukkan 1 sudu madu dan sedikit jus lemon tadi dan gaul rata.
  • Ramuan dah siap. Korang sapu kat muka, gosok-gosok sikit macam pakai scrub biasa dan biarkan selama 15 minit.
  • Lepastu cuci muka bersih-bersih as usual. Jangan lupa lap muka kering-kering.
  • Tau tak, salah satu fungsi jus lemon ialah, memutihkan kulit? Juga bertindak mengecutkan jerawat.

5)Kiwi oat scrub


  • Sediakan bahan-bahan diatas iaitu sebiji kiwi, 2-3 sudu oat, 1-2 sudu besar madu, dan 2 sudu plain yougurt.
  • Masukkan kesemua bahan ni dalam blender dan blend lah sampai jadi paste.
  • Sapu kat muka dan gosok perlahan-lahan sambil menikmati bau-bau yang sangat fresh.
  • Biar selama 10-15 minit macam tu.
  • Fungsi kiwi memang best sebab kiwi boleh memutihkan kulit dan ada vitamin c. Ni yang best ni.
  • Kalau korang nak lebih advanced, korang boleh aja makan semua bahan diatas ni. Ada rupa diet tak?

  Korang boleh cubalah mana-mana scrub kat atas ni. Bagi aku semua scrub kat atas ni  best sangat. Hanya guna bahan semulajadi aja. Sambil makan sambil buat rawatan muka. Sebab tulah kalau korang perasan, banyak produk kat luar sana guna buah-buahan dalam produk dorang. Sebab buah-buahan ni banyak kebaikan dia. Vitamin jangan cakap lah, mesti ada punya. Aku berhenti setakat ni  ajalah dulu. Nanti aku akan share dengan korang tip-tip lain pulak ya. Papai.






You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images