TRIP TO CAMERON HIGHLAND, PART 2!

2:25 am

 Assalamualaikum my dear readers!


  Seperti yang dijanjikan harini Kak Kelly nak share dengan korang hari kedua kami di Cameron Highland. Hari kedua punya plan banyak juga nak pergi tu tapi ada dua tempat Kak Kelly terpaksa batalkan atas sebab-sebab tertentu.


 1) BREAKFAST DI ABANG STRAWBERRY, TAMAN SEDIA!

  Memang dah ada dalam wishlist nak makan kat sini. Kedai makan Abang Strawberry yang popular dengan nasi lemak warna pink dia beserta sambal strawberry. Everything about strawberry you can find it in here.

 

Nasi lemak pink with sambal strawberry first in Malaysia. 


  Kak kelly akan buat special post review kedai ni ya.  Nantikan .


2) SHOPPING SCONE DI OPAH STRAWBERRY!

  Ramai orang kata scone kat Opah Strawberry sedap giler. Maka Kak Kelly pun gigih pergi beli. 

House of scones gitu.


  Kalau beli scone ni nanti korang akan diberi sekali butter pek kecik dengan pure jem strawberry. Bila pure ni boleh nampak ketulan strawberry dalam tu. Bukan macam kat market ya. Itulah kesedapan jem strawberry dari CH.


  Rasa dia memang sedap ya. Bila dimakan bersama butter dan jem strawberry rasa dia saling melengkapi. Orang kata matching lah dessert ni. Bau scone yang sangat wangi. I love it.


  Cuma dari segi harga, I can say that agak keras jugak untuk seketul scone. Harga dia RM 6 seketul ya. Tergamam jap tengok harga. Tapi sebab nak rasa punya pasal, kita beli  2 ketul dulu lah. Nasib baik sedap.


3) MELAWAT LADANG TEH CAMERON VALLEY TS 1!

  Dekat CH ni memang terkenal dengan ladang teh. Yang Kak Kelly tahu ada 5 station. Betulkan kalau salah ya. 


  Untuk Cameron Valley sahaja ada tiga station. TS 1, TS2 dan TS 3 di Kuala Terla. Lokasi antara TS 1 dengan TS 2 ni tak jauh sangat pun. Kalau korang datang dari Tapah, korang akan jumpa TS 1 dulu baru TS 2. 

  

Ini lah Cameron Valley Tea House 1.


  Dari segi pemandangan dua tempat ni cantik je.  Sebab berlatarbelakangkan ladang teh yang menghijau. Bonus untuk TS 1 ni sebab ia terkenal dengan air terjun buatan dan ada batu batu besar kat situ untuk korang bergambar belakang dia.


Ni yang nak sangat pergi tengok tu.


  Nak turun ke air terjun dia korang kena beli pas dia. Satu boleh turun jalan kaki. Harga pas RM 3 je. Tapi nak naik balik jenuh. Orang yang tak kisah naik bukit silakan beli pas jalan kaki.


Tapi bila tengok depan depan, biasa je 😂.

  Untuk yang tak larat berjalan, bawak budak kecik, bawak orang tua, korang boleh naik buggy yang disediakan dengan bayaran sebanyak RM 15 seorang. Buggy akan bawak korang turun bawah untuk tengok view yang Kak Kelly bagitau tadi. Nak naik balik ke atas ada buggy akan pikap korang.


Ini pas nya. Kalau biru naik buggy, kalau merah jalan kaki.


  Jika di TS 2 takde turun turun ni. Korang masih boleh tengok view signboard Cameron Valley tu cuma cafe di sini lagi besar dari cafe di TS 1. Begitulah perbandingan dua tempat ni.


View dari atas cafe. Cantik kan, btw korang nampak tak air terjun tu?


  Kak Kelly tak dan nak review yang di Kuala Terla punya. Dalam planning memang nak sangat pergi yang TS 3 punya sebab kat sini lah adventure sebenar dia. Korang boleh naik ATV tau nak daki atas tu. Kalau tak berani, naik safari je. Ada orang bawak korang.

  Di atas tu kalau tak silap ada mini zoo dan tarikan terbaru dia ialah ada buaian terapung. Kalau tak gayat naik ler. Kalau tak silap RM 5 sahaja. Lokasi dia pulak agak jauh sikit nak menghala balik ikut Simpang Pulai.

Pokok teh. Kat sini boleh je nak bergambar disebalik pokok teh. Nak posing pun boleh.


  Dicadangkan kalau nak pergi, boleh pergi pada hari terakhir, lepastu terus ke Lavender Garden, Ladang Teh BOH Sungai Palas, Avant Choc dan boleh terus balik ikut Simpang Pulai. Kalau datang dari Simpang Pulai, ikut lah turutan menurun. 


3) MINUM-MINUM DI BIG RED STRAWBERRIES!

  Lepas dah penat berjalan jom pergi minum minum kat Big Red Strawberries pulak! Masa otw ke sini lancar saja perjalanan. Namun tanpa disangka, untuk sampai ke cafe ni kena mendaki ke atas pulak. Nasib baik boleh bawak naik kereta. Cameron Highland memang penuh dengan kejutan. Banyak daki, banyak naik dan turun tangga. Hati-hati lah kesana ya.


Strawberries sundae n strawberry smoothies. 


Buat kunyah-kunyah sebelum destinasi seterusnya.


  Disini memang terkenal dessert best best berasaskan strawberry. Nak petik buah dia pun boleh je. Sepanjang kami kat sini, kami takde pergi petik buah pun. Beli yang dah siap petik je. Senang. So far sedap lah jugak dessert sini.


4) SINGGAH KEJAP DI CAMERON CENTRUM!

  Cameron Centrum ni macam tempat kau lepak lepak sambil minum kopi. Kat sini ada Starbucks, Tealive, Zus Coffee, Family Mart dan banyak lagi. Tempat ni baru bukak sebenarnya. Tarikan dia tempat untuk ootd cecantiks jah.


Ada menara jam kat sini. 


Tak dapat pergi London, pergi Cameron pun jadi.



5) SHOPPING DI KEA FARM!

  Last destinasi ialah Kea Farm! Kea Farm ni tempat untuk kita shopping, beli buah tangan untuk yang tersayang seperti buah strawberries, teh uncang, makanan lain dengan harga yang sangat berpatutan. Satu kotak teh  boleh dapat RM 13 je uolls. Masa ni dah hujan gais jadi Kak Kelly tak dan nak amik gambar sangat. Dengan plastik shopping kiri kanan, nak elak hujan lagi. But seronok tau shopping kat sini. Kalau otw balik tu boleh lah singgah kejap. Since strawberry tak boleh terdedah lama, apa kata korang jadikan Kea farm ni last destinasi. 


Macam macam flavor boleh dapat. Mine is grape. 



Pure strawberry ice cream. RM 2 je.


  

Scone dari Ayahman. Pun sedap jugak. Harga tak silap RM 15 kut.

  Kami dah ready nak balik KL dah. Kalau tengok dalam kereta penuh barang shopping. Macam nak bukak kedai. Jangan ditanya pasal bajet. Dah tak terkira. Hihi. So far, Kak Kelly puas hati sedikit lah datang CH. In Shaa Allah nak repeat lagi tempat lain pulak.


  Ni wishlist nak pergi nanti. Semoga tercapai.

1) Ladang Teh BOH, Sungai Palas

2) ATV and Safari Cameron Valley TS3, Kuala Terla

3) Lavender Garden

4) Mossy Forest

5) Highland Steamboat and Grill

6) Aidilbadri Cafe

7) Opah Strawberry

8) Floral Park


Salam sayang,

Kak Kelly.



You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images