PERCUTIAN 2 HARI 1 MALAM DI CAMERON HIGHLAND, PAHANG!

11:15 pm

Assalamualaikum bestieee.


  Apa habaq? Hopefully semua sihat lah reader semua. Harini kak kelly nak share my short trip to Cameron Highland cuti Maulud Nabi haritu. Fyi, Kak Kelly memang dah lama teringin nak pergi ke Cameron Highland ni. Kak Kelly start datang keinginan nak pergi tu bila join group gambar-gambar menarik Cameron Highland kat fesbuk, ahaks. Thanks warga group sana. Banyak dorang share info nak ke CH ni. Kak Kelly banyak kumpul maklumat semua dari group ni tau.


  Sebenarnya plan asal nak pergi Ipoh je. Sekali bila pergi kak kelly rasa macam takde apa menarik kat sana. So last minit plan ni terus henjut ke CH. Maaf orang Ipoh nah. Entri Ipoh nanti kita up ya.


 Otw to Cameron Highland, Kak Kelly ikut laluan Simpang Pulai. Sebab datang dari Ipoh kan. Sepanjang jalan ke sana Alhamdulillah semua ok je. Takde jem, takde benda buruk berlaku, hujan pun keesokan hari kat CH and tak lebat pun. Otw ke sana rasa macam mimpi pulak, eh betul ke aku otw ke CH ni? Haha.


  Disebabkan kami ikut Simpang Pulai, tempat pertama kami tuju is Avant Chocolate n Ice Cream! Apa yang bestnya tempat ni weh? Basically tempat ni shop center untuk korang shopping coklat, aiskrim, kordial and banyak lagi. Lepastu jalan dalam sikit ada cafe untuk korang basahkan tekak and a few snack untuk isi perut. But bear in mind harga agak keras sikit.




Yeay dah sampai. Jom lah kita tengok apa ada kat dalam.



  Kak kelly baru perasan yang Avant Choc ni satu tempat yang sama dengan Greenview Garden. Dalam ni ada ladang bunga, strawberry, anggur ( ni bulan Feb baru boleh petik - sumber fb ), ada petting zoo dan ada lah dekorasi menarik berwarna warni gitu.



Tau tau je dah sampai sini gais.


Banyak tempat nak ootd kat sini. Tapi kita pakai tshirt je. Maleh nak ootd.


  Kat sini biasa biasa je Kak Kelly rasa. Boleh lah nak buat bergambar, nak ootd ke. Diam tak diam setengah jam jugak kat area sini.


Palang ni paling cantik lah. Rainbow gitu. Siapa kaki ootd wajib bergambar kat sini.


Ni pun paling cantik gak. Dah macam castle.


This.... Antara sebab nak sangat datang Greenview sebab dekorasi kat sini.


  Disebabkan kitorang datang hari Isnin which is orang dah balik ke KL, takdelah sesak kat sini. Kak Kelly siap boleh duduk kat sini. Bersantai. Kak Kelly rasa kalau weekend or public holiday confirm sini ramai beratur nak bergambar. Tu yang bestnya bila pergi time weekday. Pengunjung tetap ada ya tapi tak seramai waktu cuti.


  Dah penat tu kitorang patah balik ke cafe untuk jamu makanan. Time ni kena jimat sikit sebab banyak tempat lagi nak pergi. 



Order ni je dulu gais.


Greenview Flag warna pink gitu.


  Tanpa membuang masa, kitorang terus gerak ke destinasi seterusnya. Kak Kelly tak cari hotel lagi masa ni gais, Tapi yakin giler banyak hotel kosong sebab ramai orang check out nak balik KL. Terus bukak Agoda. Cari punya cari, terus book kat Copthorne Hotel. Bila book kat Agoda, harga akan murah sikit dari walk in.


  Kak Kelly dapat harga RM 170 untuk satu malam, bilik family room. So far puas hati sangat. Selesa untuk tiga orang dewasa. Bilik air cantik dan bersih. Ruang bilik yang luas. Rasa sejuk mencengkam kulit. Oh ya! Hotel kat CH takde air cond ya. Sebab kat sana memang dah sejuk. Ada kipas je buat rasa-rasa.


  Perut berkeroncong minta di isi. Lepas book hotel terus pergi makan. Kami dinner kat Y.A.Z. steamboat and grill di Tanah Rata. Kedai dia berhampiran pasar malam Golden Hills. Orang CH mesti tau lah tempat ni.


Ni kedai dia ya korang. Sumber gugel.


Sedapnya tengok. Sempat amik yang ni je. Pic section lain tak dan amik sebab dah lapar.


  Dengan harga seorang RM 39.90 Kak  Kelly rasa memang berbaloi makan kat sini. Ada banyak pilihan daging yang korang boleh pilih untuk grill. Daging itik pun ado. 


Tiga orang je makan. Tapi penuh meja.


  Korang boleh add on cheese ya sekiranya mahu. Rasanya kena add on RM 10 sahaja. Tomyam dia sedap weh. Seafood pun best ada pelbagai. Kak Kelly paling suka kalau ada ikan dori. Memang tak toleh kiri kanan dah.


  Perut pun dah kenyang, jom lah  kita check in hotel. Masa ni dah rabak weh. Drive dari Ipoh dengan perjalanan 2 jam nya. Memang sampai nak cari tilam je. Sebelum check in hotel Kak Kelly  singgah Cameron Centrum kejap. Nak tengok view belah malam. Memang  cantik weh tempat lepak dia. Tapi tak turun pun sebab kalau nak parking kena parking kat bawah. Kami dah penat. So esoknya datang sini balik.


  Baiklah itu sahaja itinerari hari pertama. Next entri Kak Kelly share hari kedua pulak okay.


Salam sayang,
Kak Kelly.




You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images