JOM MEKAP-MEKAP!

8:50 pm

Assalamualaikum semua.


  Korang nak tahu tak apa lagi hobi aku selain membaca novel? Biar aku bagitau korang yang aku sebenarnya obses gila dengan mekap-mekap ni. Tapi secara jujurnya aku tahu sikit-sikit sahaja pasal mekap. Kiranya aku tahu yang asas saja lah. Kalau nak lebih pro mesti kena pergi kursus ye tak? Sejak bila munculnya minat yang satu itu, x dapat dipastikan lah. Agaknya secara tiba-tiba kot. Salah satu faktor aku suka mekap mungkin disebabkan aku suka dan fanatik dengan warna-warni bak pelangi ni.


  Yang aku tahu lah kan, mula-mula sekali korang kena pakai makeup base dulu. Ia bertujuan untuk mekap korang tahan lama. Tak ada lah sebelum korang pergi kerja  kan korang tepek mekap tu, tak sampai pukul 10 pagi dah cair. Korang nak ke macam tu? Ala, aku ni nak provok orang pulak. Sorry?


  Lepastu, sapukan foundation yang sesuai dengan kulit muka korang. Kalau aku, aku lebih suka pakai foundation warna putih tu. Eh,ada ke warna putih? Entah lah. Warna coklat lah der. Pilih yang high quality punya. Sebab foundation juga berfungsi untuk protect muka korang dari sinaran UV. Kita ni kalau nak pilih barang biar yang berkualiti habis. Duit pun x habis camtu aja kan?





  Ada satu lagi tips ya. Aku tahu kat luar sana tu ramai yang tergila-gilakan mekap tapi main pakai beli aja. Jenama pasar malam pun korang main pakai sauk je. Korang tau tak apa kesan pakai jenama yang tidak diketahui ni? Boleh rosak muka korang lah. Biar beli yang mahal-mahal dan yang ada brand sikit asalkan muka korang tak rosak. Ini pakai mekap yang tak dikenali tu, korang tahu ke apa bahan yang dorang masukkan kat dalam mekap tu? Aku jenis cerewet sikit bab penjagaan muka macam ni. Alang beli menang memakai tak gitu.


  Kemudian, yang aku tahu lagi, pada sesiapa yang kat muka dia ada bekas jerawat ke jeragat ke (macam aku), korang boleh tutup kesan-kesan menyakitkan mata tu dengan pemakaian concealer. Entah betul entah tidak sebab aku sendiri tak pernah guna ada hati aku nak bagitahu korang. Merepek kejap. 


  Lepastu, sapulah bedak kompak kat muka korang. Pilih yang sesuai dengan muka korang. Kalau aku, aku lebih suka pakai warna putih atau warna coklat. You see that? Banyak benda nak kena tepek before mekap yang sebetulnya. Kalau tak muka tu bertompok-tompok karang. Selalunya korang pakai jenama apa ya? Kalau aku biasanya pakai CLEAN&CLEAR aja. Muka aku bukannya boleh kena dengan produk sebarangan. Main pakai karang, membengkak muka ni ha.





  Untuk kesekain kalinya aku bagitahu korang yang aku hanya tahu basic sahaja about mekap ni. Sorry if entry aku kali ni macam nothing bagi korang. Tapi kalau korang sudi nak teruskan baca juga, I will love you. Ceh,aku ni nak lap-lap orang pulak. Puih.


  Seterusnya, sapukan eyeshadow kat kelopak mata korang yang lawa macam minah arab or minah jepun tu, ha,cakap pasal mata sepet macam amoi ni, korang digalakkan pakai warna gelap. Supaya mata korang yang sepet gila-gila tu (macam aku) nampak besar dan lain dari lain dari lain dari lain. Berapa punya banyak lain lah.


                                                   Lain jadinya nanti.



  Untuk solekan siang, pakai natural aja. Kalau nak bermekap tu biar bersesuaian dengan tempat dan masa. Ini tak,korang pakai mekap tebal-tebal waktu siang pulak tu. Silap-silap nak naik bas, driver bas tu pun terkejut babun tengok korang. Tak jadi drive dia nanti sebab terkejut sangat. Sangat kejam statement aku kan. Agak kurang ajar lah jugak. Nguehehe.


  Untuk solekan malam pulak, tebal x tebal jugak lah mekap korang tu. Kalau aku, i prefer to select the red one for my lips. Tapi bukan merah menyala ya. Sikit-sikit aja, nanti orang ingat aku pergi party or event dengan bibir merah menyala, so that people will think yang aku ni kena sengat tebuan pulak. Betul-betul kat bibir. Kan dah malu mak. Kalau tang mata pulak, korang boleh aje pilih warna gelap atau warna terang sikit. Warna terang yang dimaksudkan ialah warna coklat, atau warna emas-emas gitu. Aku paling suka dua warna ni. Selalunya aku jarang pakai warna hitam sebab lepastu aku nak pakai celak pulak.



  Kemudiannya, macam yang aku cakap tadi, sesiapa yang pakai warna coklat keemasan gitu, korang boleh aja pakai eyeliner atau celak. Tak nak pakai pun boleh. Tak ada masalah. Tapi pakai nipis-nipis aje tau. Jangan lupa gariskan celak tu kat bawah mata juga. Okey, aku tak pandai buat smokey eyes. Nanti aku dah gi kursus aku share dengan korang kat sini yep? Oh smokey eyes, I adore you.



                                              Yang ini pencil eyeliner.

dan yang ini pulak liquid eyeliner.Boleh aje pakai dua-dua.


  Siapa-siapa yang bulu mata dia tak berapa nak panjang macam bulu mata unta tu, korang dinasihatkan pakai lah maskara. Tak payah susah-susah pakai bulu mata palsu. Dah nama pun palsu. Memang palsu lah you. Yang ini ikut suka korang lah nak pakai warna apa. Tapi kalau boleh warna hitam lah. Oh ya..sebelum pakai maskara, lentik kan bulu mata korang dengan of course lah dengan pelentik bulu mata kan. Tak kan dengan sharpener lak. Insane! Pastu baru sapu maskara auw auw..



  Siap bahagian mata, korang point kat pipi gebu korang pulak. I suggest you, choose the pink one. Because it's really suit on you. Janganlah korang pakai warna merah darah lak. Silap-silap aku sendiri pun terkejut tengok korang. Hahaha. Sapu kat tulang pipi korang. Macam mana korang nak sapu korang sapu lah. Nak dengan cara dari atas ke atau dari bawah ikut suka. Awas! Bukan sapu seluruh pipi macam buat bulatan. Tu untuk badut sesuai lah. Ngee!!




  Next, kat bibir pulak. Mengikut apa yang aku pernah baca kat majalah dulu, ada sesetengah tu suruh buat doubled lips. Macam ni,korang sapu lipstick kat bibir for the first round,then korang tekap bibir berlipstik tu dengan tisu dan korang sapu lagi sekali lipstik tu kat bibir korang. Aku pun tertanya-tanya gak. Ada ke orang buat teknik macam tu. Ada lagi info yang aku baca dan kali ini aku setuju dengan apa yang dorang kata. Mula-mula sapu lipstik kegemaran korang dan diikuti pula dengan pemakaian lip balm. LIP ICE tu pon boleh. Pastu kena sapu lips liner dan aku rasa yang itu tak perlu sangat kot. Banyak sangat benda nak sapu jadi lain kang. Itu aje kot.


                                              Pilih lah lipstik macam ni.

Terselah kewanitaanmu.Ceh ayat aku.


  Kalau korang nak cantik lagi, buat tahi lalat kat atas bibir tu. Buat besar-besar sikit biar cantik.(Hamboi kau. kau ingat ni cerita dulu-dulu?)Haha gurau je.

  
  Okey semua..Dah siap pun.Cantiknya korang. Apa-apa pun,korang sendiri yang akan aplikasikan mekap ni dengan bersunggu-sungguh. Nak cantik mesti buat research dulu. Baru lah kena dengan muka korang. Lepas dah pakai benda ni semua, atau dah setel segala-galanya yang melibatkan pemakaian mekap ni,cuci sebersih-bersihnya muka korang yang bermekap tu sebelum tidur. Jangan sesekali mengenakan mekap semasa tidur. Biar muka tu bersih dari sebarang calitan mekap. Kalau tak ia akan memudaratkan kulit korang. Faham-faham sendiri lah ya.



Ngee..Banyaknya.Ni bukan aku punya. Ni orang punya. Aku main amik je.


  Aku tahu korang boleh buat. Okey lah. For those yang baru nak belajar mekap, korang study dulu about this. Kita jumpa lagi dalam entri seterusnya okey. Semoga berjaya.



You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images