GAJET KEGEMARANKU.

7:08 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


  Sekarang ni musim orang pakai BB dengan SAMSUNG kan? Jadi apa kena-mengena dengan entri pertama untuk bulan Oktober kita ni? I'll let you guys know ASAP..

Okay, sememangnya aku tersangat lah jelez apabila ramai kengkawan aku pakai BB. Terbaru Kechix angkat satu BB curve 8520. Pastu boleh pulak dia tanya aku, "Khalida, betul ke tindakan aku beli BB ni?", aku tampaq juga budak ni kang. Aku pun geleng kepala je lah. Dah beli kau nak tanya aku pulak. Pakai aje lah. Lagipun zaman sekarang orang pakai BB kan? Oleh kerana itu, aku pun nak angkat satu  BB gak lah. Dan, aku dah jumpa satu BB yang berkenan di hati. Ha..aku suka gila BlackBerry Torch 9810 tu..I like that one. Mungkin disebabkan designed dia yang besar dan memukau tu? Ayat aku memang tak leh blah kan.

                           
Sudah tentu warna putih menjadi idaman aku. Apa barang pakai warna hitam.


Lepastu, terbaru ni, atau mungkin aku yang ketinggalan zaman. Ramai orang dah mula pakai Samsung. Iye lah, dulu Samsung tak fofular. Dulu zaman Nokia kan? Sabun lah,henpon baling hanjing lah, butterfly,ice-cream and what so ever. Aku kenal aje brand Samsung ni tapi tak pernah pakai dan tak willing nak pakai you know. Mungkin masa tu designed dia tak menarik or else. Lagi satu, aku beranggapan yang Samsung ni mahal. Konon-konon tak mampu beli. Tu lah setia dengan Nokia 3310 aku dulu tu. Sekarang hambek kau. Jualan Samsung meningkat tinggi. Ini disebabkan Samsung telah mengeluarkan designed baru yang tersangat lah memukau keinginan aku yang satu itu. Kehendak manusia memang tak akan pernah habiskan? Dah dapat yang ini, bila keluar designed baru nak beli yang itu pulak kan. Manusia,tau jelah.


Dah tentu lah nak warna putih juga.

Salah satu designed yang aku gemari ialah Samsung Galaxy S2 dan S3. Selain BB, aku willing nak angkat salah satu ni jugak. Memula nak S2 pastu tengok designed S3, menggedik pulak nak yang itu. Agaknya lepas ni kalau keluar S4 memang bertambah gedik aku nak angkat S4 pulak. Hai, tamaknya aku nih. Botak kepala laki aku nanti kalau layan kehendak aku jer.


Macam yang aku cakap tadi. Aku nak yang putih.

Seterusnya, aku berkenan gila dengan Apple Macbook ni. Harapan nak dapatkan mende alah ni adalah sangat tipis. Biasalah. Student kan. Aku bukannya anak orang kaya. Tapi aku rasa lebih seronok bila aku dapat beli benda ni when i'm using my own money. Tak kisah lah dari mana duit tu kita dapat. Kiranya korang beli sesuatu benda yang korang nak sangat, guna duit hasil titik peluh( ye ke titik peluh) atau duit gaji yang korang dapat berbulan-bulan tu. Kita ni collect sikit-sikit tiap-tiap bulan barulah merasa kan. Tapi jangan tak saving langsung. Mungkin dah kerja esok baru aku merasa  pakai laptop yang orang kata application dia tak sama and very different compare to other laptop. 


Bila lah target aku untuk benda ni. Tahun depan?

Aku juga suka sangat snap gambar. Tak tau lah nape. Tu sebab selalu aku ngendeng bapak aku punya kamera digital tu. Sekarang ramai orang pakai kamera digital balik kan. Dulu orang selalu pakai yang nipis, yang kecil, senang nak bawak gi mana-mana kan? Mungkin aku ni seorang yang cintakan seni. Jom tengok gambar. Mana yang berkenan.


Camera Canon IXUS. Insya-Allah I will grab you soon. But this time I will grab that blue one.


Itu sahajalah kot. Aku ingat nak share Ipod pulak, tapi since aku tak suka Ipod sebab dah ada handphone yang boleh dengar lagu, so that I’m  not willing to buy that product. Ceh, sembang pasal demand lah pulak. Student ekonomi lah kan. Tapi rasa nak share jugak lah kat korang. Untuk hiasan blog aja. Meh tengok apa yang best sangat pasal Ipod ni.


Cantik gak eh..Not bad. Maybe sebab warna-warni kot.


That’s all for today. Cerita pasal gajet ni sebenarnya seronok. Lagi-lagi  korang jumpa orang yang mempunyai minat yang sama dengan korang. Conversation yang berlaku  diantara korang akan menjadi hangat disebabkan pasal gajet ni. Silap-silap  boleh berbalah pulak pasal harga gajet yang tak masuk akal ni. Ceh, kata seronok bila jumpa orang yang ada minat yang sama. Gurau je lah. Korang seolah-olah boleh bersembang tajuk gajet ni satu hari je. Siap plan sama-sama nak pergi beli gajet baru. Tak pun macam budak kecik siapa yang dapat beli dulu dia yang menang.

Ni je lah kot  untuk hari ini. Topik yang tak berapa nak menarik untuk disembangkan. Tak menarik, kau taip jugak entri ni Khalida oi. Sebab aku bosan lah Cik Kiah oi, tu sebab aku naik entri pasal gajet ni.Ha ha.. Gurau je korang. Jangan amik hati lak. Kang kecik hati aku nanti. Sebenarnya topik gajet ni seronok. Banyak kebaikan dan keburukannya. Silap-silap buat esei pun berkajang-kajang kertas aku guna. Memang seronok sebab secara tak langsung kita boleh kongsi minat yang sama. Memang kita sama-sama suka gajet tapi tak semua orang sukakan designed yang sama. Contoh lah, korang suka sangat dengan Nokia 3310 tapi member korang suka Nokia Lumia (tersangat jauh beza ya designed ni ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian). Tapi korang jangan lah sampai nak bertumbuk pulak pasal ni ya. Biarkan dia aja nak suka gajet yang mana asalkan hidup dia aman.

That's all for today. Will see you soon. Papai..



You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images