CITA-CITAKU....
11:56 pmAssalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Memegang title bakal akauntan tak semestinya kita tak ada cita-cita lain kan? Setiap orang walaupun dah ada kerjaya hebat, mesti dorang ada lagi satu cita-cita yang belum tercapai. Cita-cita ni tak semestinya apa yang korang nak jadi bila dah besar esok. Tak semestinya apa yang korang nak kerja esok. Cita-cita bagi aku ialah apa dan matlamat yang kita nak capai dalam hidup. Apa yang korang nak ada depan mata.
Sebagai contoh korang nak sangat kerja kat KFC. Budak lepasan SPM contohnya. Dah tentu korang akan usaha nak kerja kat situ juga. Contoh lain kata lah korang nak sangat beli kereta Myvi Lagi Best tu, mesti korang wish nak pakai kereta tu suatu hari nanti dengan syarat pada masa ini, korang kena lipat gandakan usaha korang untuk masa akan datang. Akan tercapai ke matlamat korang sekiranya disertakan sekali dengan usaha? Sudah tentu.
Aku pun ada gak cita-cita aku sendiri. Macam yang aku cakap tadi. Memegang title bakal akauntan tak semestinya kita tak ada cita-cita lain kan? Okay, let me tell you. Cita-cita aku ialah, aku nak sangat buka syarikat fesyen. Senang cerita nak ada jenama pakaian sendiri. Bunyi macam pelik kan? Rupa aku ada rupa fashion designer ke? Itu bukan masalah besarnya. Aku suka sangat dengan fesyen. Jangan risau. Fesyen yang menutup aurat menjadi pilihanku. Korang ingat aku suka ke pakai short pants? Skirt pun aku tak suka ni kan pula nak seluar pendek? Memang tak lah.
Jadi, untuk keluaran fesyen aku, aku suka dan sangat tergila-gilakan material jeans. Memang banyak gila idea aku nak cipta barang hanya guna jeans. Jeans are most popular.
1)JEANS
Asal jeans ini kan dicipta untuk orang yang buat kerja berat-berat. Macam buruh kasar. Tapi sekarang ramai dah suka pakai jeans. Sebab jeans boleh dipelbagaikan reka bentuknya. Kalau aku nak keluar pergi mana-mana memang wajib pakai jeans. Tak boleh tak pakai ma. Kalau aku, aku suka sangat dengan skinny jeans. Tak longgar tak ketat. Sangat memukau.
Cun kot cutting dia. Betul muat-muat kat buku lali pulak. Tapi kalau aku, aku tak akan ketatkan seluar ni. Senang dan biar selesa bila nak pakai.
2)KEMEJA-T
Seterusnya, aku nak sangat design kemeja khas untuk lelaki dan perempuan. Maybe design aku lain sikit tapi jangan risau sebab design tu tak kan nampak pelik. Kemeja-T memang antara fevret aku. Sebab biasanya kalau aku gi kelas aku akan sarung kemeja. Nampak macam kool aje kan?
Tak kan nak buat satu warna je kan. Mesti nak buat rainbow gitu.
3)DRESS
Ni salah satu design yang aku willing nak buat nanti. Nampak comel tapi aku akan buat yang menutup aurat punya lah. Gambar sebagai contoh sahaja.
Cantik lah pulak design ni. Nampak cukup simple tapi cantik.
By the way,boleh x aku nak pakai macam ni pergi kelas? Haha..confirm kena halau.
4)TRENCH COAT
OMG!! Kalau korang nak tahu, ni salah satu fevret clothes yang paling aku suka. Setakat ni aku cuma ada warna hitam sahaja. Yang selebihnya tak tahu nak cari kat mana. Ada sorang ni kata kat F.O.S ada jual. Lawa-lawa dan cantik-cantik. Haaa..teringin lak nak pergi sana. Kat Alam Sentral ada kut. Trench coat juga merupakan pakaian yang aku nak keluarkan esok. Kiranya nak keluarkan jenama pakaian aku sendiri. Akan tercapaikah?
Cantik tak mereka. Teringin nak ada semua colour.
Ha. Setakat ni itu aje lah yang ada dalam kepala ni. Tak tentu lagi kan. Cuma baru bercita-cita. Alangkah bestnya kan, kalau aku ada jenama pakaian sendiri. Insya-Allah suatu hari nanti. Aku nak design, aku juga ah yang nak pakai. Harga akan dijual murah-murah jangan risau. Semuanya untuk korang. Apa-apa hal korang semua doakan lah aku ni semoga aku dapat capai cita-cita aku yang satu ni.Amin.
Will see you soon. Papai.
0 comments