AKU TAK SUKA SEMUA BENDA NI!!
10:38 pmAssalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Dah kenapa pulak dengan tajuk entri aku ni? Tengah marahkan seseorang ke? Jawapan aku, Ya! Bukan marah tapi meluat dan dah sampai tahap nak muntah. Kejam ke baca statement aku ni? Terasa? Well, I just dont care! Daripada aku yang tanggung semua kegelian dan kemeluatan aku sensorang, baik lagi buat korang terasa. Nak label aku mulut laser ke, mulut tak ada insurans ke, mulut longkang lah(mulut longkang okey lagi ya) mulut celupar lah, is up to you guys. Kalau korang yang faham perasaan aku mesti korang sikit setuju dengan apa yang aku nak sampaikan ni.
1)Orang yang tak dikenali tiba-tiba bahasakan dirinya abang dekat Facebook:
-Aku memang tersangat tak faham dengan orang macam ni. Mula-mula dia akan add korang kat facebook atau korang sendiri yang add orang ni. Merasakan diri dia tu tua dari korang maka dengan selamba badaknya dia gelarkan diri dia abang tanpa kita sedari. Korang tak rasa lain ke? Situasi yang pernah berlaku kat aku kot. Umur si dot ni dua tahun lebih tua dari aku. Hey dude, sedangkan orang yang lebih tua lima enam tahun pon aku panggil dia kau,aku,awak,saya, ni kan kau? Tak pun, tengok orang jugak lah. Ikut mood aku jugak lah nak panggil kau apa. Tengok situasi. Baru adil kan?
2)Baru add dah mula kurang ajar:
-Ini lagi sekor spesis yang buat aku menyirap tak sudah ni. Baru add ni dah pandai nak berbahasa lucah dengan aku. Situasi yang pernah berlaku kat aku dimana, dia add aku dan aku macam biasa lah approve tanpa sebarang masalah. Mungkin dah niat dia nak cari kawan ke apa. Tapi apa yang aku dapat? Mula-mula dia tegur aku dulu. Tak nak dikatakan sombong aku tegur lah dia balik. Sembang punya sembang tak sampai berapa minit ni. Dia ajak aku keluar malam. Dia kata dia boleh amik aku dari rumah dia kat tut ke rumah aku. Tau pulak dia rumah aku kat mana sebab kat profile aku ada letak hometown aku kat situ. Jahanam betul. Aku cakap tak payah nak ngada-ngada. Pastu dia boleh kata, "tak apa lah awak, orang sombong kan". Hek eleh malaun ni. Aku tunggu masa aja nak maki dia balik. Apa dia ingat aku perempuan yang senang diangkut keluar malam-malam macam bohsia ke? Maaf lah brader. Gua bukan lu punya penyedap lah yer. Cari orang lain. Lagi satu dia memang kurang ajar gila bila dia cakap dia ajak aku check in. Nak mampus ke apa mangkuk ni? Sekali lagi aku cakap, aku bukan perempuan murah yang boleh kau angkut kehulur-kehilir naik motor lah lepak pastu check in. Pernah rasa macam mana kena tendang tak kat tempat 'mencipta' zuriat tu? Kalau tak nak jadi mandul, please respect orang lah gila. Tak apa lah. Tak lama lagi aku nak remove kau dari friendlist aku. Siap aku block kau sekali. Silap aku gak lupa nak remove kau dulu kan.
3)Tak boleh hormatkan permintaan orang:
-Yang ini pon sama. Silap aku gak terupload gambar yang berupa kad bisnes kat facebook. Pada kad tu ada tertulis nama penuh aku, no. fon aku, alamat aku, emel aku dan segala mak nenek lah. Lupa pulak nak hide gambar tu. Jadi, ada lah sorang ni amik no fon aku kat gambar tu. Miscall aku dan seterusnya berlakulah conversation diantara kami. Pada aku orang yang kita tak berapa nak kenal ni tak elok beri semua maklumat pasal diri kita kat orang lain. Boleh lak orang ni tanya bapak aku kerja kat mana. Memang tak lah aku nak bagi jawapan. Lepastu esoknya, kat fb dia minta izin aku nak call aku tengah malam tu gak. Konon-konon nak dengar suara aku. Please lah weh, dalam situasi macam ni aku memang tak suka angkat call dari lelaki. Tak biasa. Maklumlah sejak meningkat dewasa ni, aku dah ada rasa segan, rasa malas nak ber-related dengan siapa-siapa. Kalau dulu masa zaman sekolah dulu mungkin ada gak aku jawab call lelaki sebab waktu tu remaja nak rasa berkapel jekan. Gatal sikit aku masa tu. Haha. Sambung balik cerita aku. Aku cakap esok-esok lah ye, saya penat dan tak ada mood. Esok yang aku maksudkan tu lain kali bukannya betul-betul esok. Tengok-tengok pagi-pagi tu dia call aku. Lagu ringtone dah lah kuat. Terkejut aku bangun dari tidur. Malas aku nak angkat. Eh lepastu boleh pulak dia call aku lagi. Banyak kali pulak tu sampaikan aku rimas! Rasa macam aku ni awek dia je yang kena angkat call dia. Dua tiga hari lak dia usaha call aku tak henti-henti. Siapa tak rimas weh. Benda tak ada penting nak cakap tak payah lah call. Mesej cukup. Pastu mesej kat fb kata kenapa tak angkat? Beb, perlu ke nak angkat? Tak penting kan? So, just ignore me! Dah aku malas nak cerita panjang buat sakit hati.
4)Tak kenal langsung tapi tiba-tiba aja tawarkan diri jadi abang angkat aku:
-Situasi ni memang dah pernah kena. Kepada lelaki-lelaki diluar sana? Apa agaknya yang korang suka sangat nak berangkat-angkat ni. Whatever lah alasan korang sekalipun, ikut suka korang lah kan. Tapi pada aku, aku tak suka orang mintak aku jadi adik angkat dia. Muka aku ni nak ada abang angkat? Hey, please lah. Aku sendiri pon tak suka ada abang, ni kan pula nak terima korang jadi abang angkat aku. Aku memang tak nak ada abang langsung. Well, I am very lucky. Sebabnya memang aku tak ada abang pon. Dan aku memang tak perlukan seorang abang dalam hidup aku. Buat semak.
Itu aja lah kot sesi meluahkan perasaan aku untuk hari ini. Sebenarnya aku tunggu masa nak update kat sini cuma kesibukan memanjang yang tak dapat dielakkan. Apa yang aku luahkan diatas tadi memang betul-betul apa yang aku rasa. Dah tak tahan dah nak tanggung semua ni sendiri. Kekadang aku tanya diri aku gak, perlu ke aku nak amik serius dalam hal ni? Aku rasa perlu sebab benda ni kalau selalu berlaku boleh jadi sewel aku nanti. Stress betul. Itu ajelah. Jumpa lagi.
0 comments