NOVEL FEVRETKU
4:02 pmAssalamualaikum semua.
Hari ni aku nak cerita pasal novel yang aku suka. Minggu lepas yang deepavali tu aku dapat cuti selama seminggu dari UNISEL (special thanks to you). So, Jumaat malam tu aku balik lah Sepang. Konon nak ikut jenjalan dengan family. Sudahnya tak gi pun. Dok rumah tak ada buat apa-apa. Untuk hilangkan kebosanan mak aku juga aku, aku ajak lah mak aku pergi Giant Nilai tu. Nak beli novel baru. Dalam kepala dah set siap-siap nak beli novel apa. Mak aku pun izinkan aku beli. Jadi ku drove dari Sepang ke Nilai tu membawa ami tersayang.
Sampai je sane aku belum serbu lagi kedai POPULAR tu. Teman mak aku masuk Giant dulu cari apa barang yang nak dibeli. Dah beli, terus ku pecut ke POPULAR. Ade rebate 20% pulak. OMG OMG. Rasa nak jerit pulak kat situ. Maklum lah peminat novel. Terus kutuju ke tempat novel-novel melayu. Jumpa pon novel yang aku nak beli tu. Alhamdulillah.. Jom tengok.
tadaa..
Ni antara dua buah novel yang aku plan, dan dah beli pon. Komen aku tentang dua novel ni sangat puas hati dengan jalan cerita dia. Novel KAU PEMILIK HATI tu mengisahkan anak perempuan kena kahwin dengan pilihan bapak dia pastu gaduh-gaduh. So sweet. Manakala novel QASEH NURALIA IMANI tu pula mengisahkan anak lelaki kena kahwin dengan pilihan bapak dia. Tapi yang ini bukan gaduh mulut tapi dah sampai hentak kepala kat dinding dah. Sadis. Jalan cerita dekat nak sama kan. Kena kahwin dengan pilihan mak bapak. Cuma yang ini watak perempuan yang itu watak lelaki.
KAU PEMILIK HATI
Novel ni aku beli sebab tengok komen orang kat facebook atau kat blog masing-masing. Semuanya komen yang positif siap suruh aku beli lagi. Kalau tak beli katanya rugi. Okey aku pun set nak beli novel ni. Tu yang ajak mak aku gi Giant tu. Mak aku baik hati nak belanja aku novel. Alhamdulillah. Terima Kasih ami. Aku memang selalu macam ni. Nak beli sesuatu novel, mesti buat sesuatu untuk kepuasan diri aku sendiri. Nak baca novel yang jalan cerita dia mantap dan semestinya aku puas hati baca. Novel ni mengisahkan Qarissa yang baru pulang dari luar negara. Baru habis belajar kata kau. Duduk rumah tapi tak lekat kat rumah. Macam mana tu? Tiap-tiap malam dia keluar pergi enjoy sakan kat kelab balik rumah pukul empat ke lima pagi. Dan tentu lah seorang bapak tu risaukan anak dia lagi-lagi anak dia tu PEREMPUAN! Dengan pakaian yang tak cukup kain tu, kata anak orang kaya. Aku rasa lebih dari mampu nak beli kain tu. Bapak dia suruh dia kerja kat syarikat dia. Anak orang kaya. Kerja dengan bapak aja. Tapi Qarissa tak nak. Katanya nak enjoy dulu. Kena paksa kerja gak. Peduli apa bapak dia. Qarissa ni sombong gila nak mampus. Dengan staff sendiri pon dia nak herdik dan nak masam muka. Kesian kat Salwa. Pastu bertembung lak dengan si Zhafril kat lif. Berlanggar kata kau. Ecececeh. Macam kenal je. Pastu asyik gaduh je. Comel pulak aku tengok. Dapat bayangkan situasi dorang macam mana masa tu. Pastu bapak dia plan nak satukan mereka. Pastu bla bla bla. Yang selebihnya korang baca lah sendiri eh. The best part is, part yang aku rasa 'ohsem' gila dimana bab-bab akhir nak dekat habis tu. Dia punya ending tu gila 'ohsem'. Aku suka. Aku tak pernah jumpa ending macam tu kat mana-mana novel. Thumbs up to the author. You did a great job. Lepas ni buat novel lagi tau. Buat comel-comel. Hahaha.
QASEH NURALIA IMANI
Novel ni aku beli sebab dah tak ada idea nak beli novel apa. Novel ni pun dapat respon positif dari orang ramai. Jadi aku pun beli lah novel ni. Novel ni mengisahkan Syed Iskandar ni tak silap baru balik dari luar negara gak. Pergi enjoy gak kat kelab dengan Bella, kekasih dia. Tapi dia ni tak pernah sentuh arak dengan zina. Dua benda ni kau tak buat bagi aku dah cukup bagus dah tu. Jauhilah dua benda ni. Risau aku. Bapak dia Syed Izzudin tak suka dengan si Bella. Ada ke patut si Bella tu nak dibuat menantu? Dan bla bla bla. Si bapaknya berkenan dengan seorang sukarelawan kat pusat jagaan orang-orang tua ni. Pakai purdah dan tertutup semuanya. Anak yatim piatu dan dah tak ada sesiapa lagi keluarga kat dunia ni. Sopan santun orangnya. Maka pasangan yang tak berapa nak bahagia ni pun diijabkabulkan. Syed Iskandar ni buta mata dah aku rasa walaupun mata dia okey sebenarnya. Sampai nak menangkan si Bella, Nuralia kena hentak kepala kat dinding kot. Entah aku pon dah lupa. Oh! Diriku seorang pelupa. Sampai pecah bibir kot. Eii,, teruknya. Pastu kebenaran pun datang membawa keadilan. Cewah ayat aku tak leh blah. Syed Iskandar ternampak lah pulak si Bella ni mabuk dengan lelaki tua perut buncit yang patutnya waktu tu pergi masjid lagi bagus. Dah dekat nak mati ni aku rasa elok lah ke masjid selalu buat amal dan beribadat. Pergi bertaubat ke hape ke. Hehehe.. Dah kantoi ni, baru lah dia celik sikit dengan dunia yang sebenarnya dia pilih tu. Dia pun sedar dan perlahan-lahan nak terima si Nuralia ni. Pastu, mesti ada part fitnah-memfitnah punya. Nak memantapkan jalan cerita. Kalau tak sesebuah novel tu macam biasa aja. Pastu bla bla bla. Nak baca seterusnya kena lah beli ya.
Langkah-langkah untuk membeli novel:
1)Tengok tajuk buku, baca sinopsis dan juga harga. Kaver yang menarik pun diambil kira juga.
2)Pastu, cek kat internet tentang buku ni. Tanya orang yang dah beli sama ada best ke tak. Kalau ramai orang suka dan beri banyak komen positif, aku angkat novel tu.
3)Pergi lak kat website kedai buku yang kita sudah sedia maklum akan kewujudannya ya semua. If ada diskaun 20% dan ke atas tu, siap sedia lah aku nak serbu kedai tu dan borong novel yang aku suka.
4)All done! Lepastu boleh aku lepak-lepak baring kat katil bersedia untuk pergi ke alam fantasi. Yihaa..!!
Tu lah serba sedikit cara-cara aku beli novel. Okey. Jumpa lagi semua.
0 comments