INGLOT..

3:35 am

Assalamualaikum.

  Hai semua. Korang sihat ke? Aku okey aja. Cuma sedikit tekanan perasaan(sangat) sebab 3 minggu akhir sem ni, aku ada final exam. Jujurnya aku tak suka baca buku. Tapi novel aku suka. Suka sesangat. Hahaha. Kantoi sudah.

  Hari ni aku nak cerita dengan korang tentang hobi dan minat aku yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ni. Aku tak tahu lah bila, tapi sejak aku masuk belajar Unisel ni, aku dah makin gemar bersolek atau bermekap bila nak ke kelas. Aku dah start obses balik kat mekap ni. Dulu waktu sekolah, aku kurang sikit bab mekap-mekap ni sebab faktor utama pon kat sekolah tidak dibenarkan memakai mekap. So, sikit-sikit benda tu pengaruh aku untuk kurang bersolek bila aku berada di luar sekolah.

  Antara jenama yang makin hangat kat pasaran sekarang ni ialah Miss Rose. Ya Allah! Serius lawa gila mekap dia. Aku dah tengok dah. Berkilat-kilat kau. Tahan lama pon ya. Aku suka warna mekap yang pekat dan sedikit gelap ni. Miss Rose adalah pilihan yang terbaik. Aku rasa MAC pon kalah. Murah pon murah sebab mekap ni asal dari China. Tapi korang jangan risau lah sebab tak semua produk dari China ni tak elok. Aku tak sabar gila kot nak beli mekap ni. Aku dah lama berkenan dengan mekap ni. Palet-palet dia cantik gila kot. Serius tak tipu. Jom tengok.

Tadaa.. ni lah mekap yang aku gila-gilakan sangat tu. Mekap ni ada 100 palet warna. Banyak kan? 100 warna tu. Lepas ni boleh lah aku pakai buat ke kelas nanti.



Tapi ni bukanlah tujuan utama aku nak cerita ni. Ada satu jenama lagi yang tiba-tiba ja aku dah jatuh cinta. Aku tau susah nak dapatkan sesuatu mekap yang ori punya. Sebab ori punya mahal kan? Kita ni beli ikut kemampuan masing-masing. Yang mana bajet bawah RM100 tu korang boleh aja pilih Miss Rose ni. Confirm korang tak kan rugi sebab mekap ni lawa sangat. Bau dia pon wangi kau. Belum cuba belum tahu ya.

Baru-baru ni aku tiba-tiba dah start jatuh cinta kat produk mekap jenama luar negara punya. Orang kata sekali-sekala berubah-ubah angin kan. Antara jenama yang aku gila-gila sangat ialan INGLOT, MAKEUP FOREVER, GRATFOBIAN, STAGE, NYX, URBAN DECAY dan banyak lagi. Tapi untuk hari ni, aku cuma nak review sikit about INGLOT's product.

Untuk pengetahuan korang semua, jenama INGLOT ni dah 25 tahun beroperasi. Jenama ni asal dari luar negara tapi aku tak tahu lah siapa pengasasnya. Yang penting jenama ni dah mula ada kat pasaran Malaysia ni. OMG! I'AM SUPER DUPER EXCITED! Baru-baru ni INGLOT ada buka cawangan baru kat Mid Valley. Ni paling latest ok! Aku terpikir gak dengan tempat tinggal aku kat Shah Alam ni ada ke cawangan INGLOT? Rupa-rupanya ada weh. Bapak teruja aku dibuatnya. Dekat gila dengan kediaman aku tau. Kat Setia Mall rupanya. Kat Setia Alam aja pon. Naik bas Rapid KL dah sampai(tetiba pasal bas pulak).

Harga pulak mengikut apa yang aku baca kat website peminat mekap ni, boleh tahan lah. Murah gak. Below RM100. Tengok produk gak. Pada aku still berkemampuan lah nak beli. Tapi aku kalau pergi sana, aku cuma nak beli pigment eyeshadows aja. Sebab aku tengah mencari benda tu. Harga tak pasti lah. Orang kata satu bekas kecik tu dalam RM30. Jom kita tengok produk.



Ni lah rupanya pigment eyeshadow tu. Eyeshadow jenis serbuk yang berkilat-kilat kau. Aku cuma nak beli ni aja. Benda lain aku tak nak sebab aku dah ada.




Ni lah serbuk tu. Lawa kan. Tapi aku tak beli semua lah. Just certain colour.



Lawa lawa. I suka sangat kaler dia.



Ni INGLOT eyeliner gel. Aku bab eyeliner berwarna ni kurang sikit. Aku lebih suka pakai warna hitam. Sebab kalau aku pakai warna terang, mata aku yang dah sekian sepet ni akan makin sepet nampak gayanya. Tapi INGLOT is the best colour they had.



Ni lah rupanya. Tapi aku rasa kalau nak buat eyebase colour boleh aja guna benda ni. Pakai dulu gel ni and then baru sapu eyeshadow tu. Lagi lawa kau. Ikut tips from Michelle Phan, an international make-up artist. She is my idol seriously.



Yang ini pulak INGLOT rainbow eyeshadow. Apa yang menariknya ialah, company INGLOT ni dia bagi kita pilih sendiri palet yang kita nak and then letak kat cases yang dia bagi. Cases dia pulak ikut korang lah nak saiz macam mana. Macam yang diatas ni cases yang mempunyai 20 warna. Ada yang cases 10 warna. Kiranya ni freedom system. Satu palet ni berharga RM38 tak silap. Correct me if i'm mistakes. Ikut kemampuan masing-masing. Tak semestinya eyeshadow aje. Untuk concealer dan lipstick pon ada. Memang menarik kan?



Ni pulak single eyeshadow. Kalau aku kurang sikit yang single-mingle ni. Aku lebih suka berbentuk palet. Jimat pon iye.



Ni pulak lipstik. Ye, semua orang tahu. Kalau aku bab-bab lipstik ni kurang sikit. Suka mekap tapi tak suka pakai lipstik. Apakah itu? Kawan aku pon suruh aku pakai lipstik sebab nampak pucat sangat. Kata dia tang mata dah lawa, tang bibir pulak pucat tak berdarah kau. Entah lah. Akan kucuba turuti nasihat kau wahai kawan.



Ni pulak lip gloss dia. Ada warna purple lah. Menarik. Tapi warna biru tak ada ke? Nak jadi macam Ke$sha gak suka pakai warna biru kat bibir dia. Kalau lip gloss maybe aku boleh terima lagi. Biasanya lip gloss ni tak berapa tahan lama sangat. Nak tahan lama kenalah pakai lip balm. Perisa buah-buahan menjadi pilihanku.



Itu ajalah kot untuk pukul 3.00 pagi ni. Yes, pepagi buta ni dah updated blog pulak.
Patutnya aku kena baca buku management ni sebab esok last paper. Jumpa website mekap, buku pon hilang kemana. Awas Khalida! Pointer kau kena jaga. Jangan sampai turun mendadak. Mekap, mekap gak. Pelajaran kena jaga. Sedikit motivasi untuk diriku sendiri di pepagi buta yang indah ini. Kala semua orang sedang membongkang tidur, terdapat seorang insan yang gila mekap ni sedang sibuk berblogging sampai tak hengat yang esoknya tu ada exam. Sedor diri Khalida. Hahaha. Okey lah korang. Itu sahaja. Di lain hari akan ku update entri tentang mekap yang seterusnya(hahaha tak habis-habis pasal mekap). Jumpa lagi.

You Might Also Like

4 comments

  1. babe, BOBBI BROWN, SHU EUMURA, LOREAL, MAYBELLINE pun antara yg terbaik wok!
    tapi mahal lah.
    lagi2 BOBBI BROWN ngn SHU EUMURA.

    ReplyDelete
  2. woow! kau minat michelle gak? aku slalu tgk tutorial dialah sblum aku berani experiment makeup2 ni.
    michelle mmg best!

    ReplyDelete
  3. sorry lambat reply..ko kenal michelle juge ye..wah sama lah kita..aq suka tutorial zombie barbie dgn seductive vampire..too awesome..Bobbi Brown memang mahal,aritu aq tgk price die untuk foundation palette,Ya Rabbi..pengsan aq seh..

    ReplyDelete
  4. beb..miss rose bukan dr china..ia dr dubai :)

    ReplyDelete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images