~ KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOK FAIR 2013 ~
9:28 pmAssalamualaikum dan salam satu Malaysia semua.
Fuh!! Mendengarkan saja topik diatas automatik korang akan terbayangkan situasi di pesta buku macam mana kan. Aku sendiri pon dah banyak kali pergi dan dah tau macam mana rasanya berada di pesta buku dengan sesaknya, dengan ramai orangnya kat situ. Wajib bagi aku untuk hadir ke pesta buku antarabangsa setiap tahun. Kalau tak pergi tu rasa macam 'oh ruginya tak pergi'. Sebab waktu macam ni lah korang nak beli novel-novel dengan harga yang murah gila. Kalau beli kat kedai buku biasa, memang tak kan dapat punya novel tebal dengan harga yang murah.
Hari kedua pesta buku berlangsung, aku dengan family aku pergilah ke pesta buku kat PWTC ni. Aku bertolak dari sana petang lah dalam pukul 3 macam tu. Cara aku sebelum aku pergi pesta buku aku mesti siapkan list novel yang untuk dibeli. List kan sekali dengan harga asalnya, harga lepas diskaunnya, totalkan semua sekali sebab nak kira bajet untuk pembelian novel ni. Asal pesta buku aja, mesti aku beli novel. Tak novel dewasa novel remaja. Kalau dulu-dulu masa awal sekolah menengah which mean masa tu aku baru Form 1, Form 2, novel remaja yang menjadi pilihan. Masa tu aku baca novel Ain Maisarah, Lily Haslina Nasir, Rose Harissa, dan yang lain-lain. Aku memang gila novel Kak Ain dulu. Semua novel beliau ada dalam koleksi aku.
Makin lama umur aku meningkat. Seiring dengan itu, minat membaca novel remaja pon bertukar ke genre dewasa. Aku dah kurang gemar dengan novel budak-budak sekolah ni. Sikit-sikit aku baca novel dewasa. Kebanyakannya novel cinta lah kan. Sebelum ke novel cinta, aku baca novel bergenre thriller dengan seram dulu. Kononnya novel cinta is not my taste. Lama-lama novel cinta yang paling banyak dalam koleksi aku sekarang. Semuanya disebabkan KAKI NOVEL, ALAF 21, KARYA SENI , PENULISAN2U, BUKU PRIMA dan SR PUBLICATION.
Masa aku sampai sana, aku menuju ke booth Kaki Novel dulu. Aku memang terkejut bila sebab malam sebelum nak pergi tu, cek kat group KN dia ada announced yang KN bagi diskaun RM6 - RM10. Untuk buku baru dia potong RM6 senaskah. Tergamam jangan cerita weh. Dah lah rancang nak beli novel KS aje, yang KN nak beli sikit aja. Tengok-tengok potongan harga dia, mak aih.. Ruginya tak list yang nak dibeli. Sebab baru tahu pon.Tapi tak bermakna aku tak capai langsung. Aku amik lah dalam dua buah aja. Sebab yang lelain tu memang bajet kat KS aje kan. Aku amik novel Pelangi Cinta Buat Suami dengan Status Hati:Dia Milikku. Capai dua aja.
Lepas tu terus aku ke Bilik Melaka. Dengar cerita sesak, panas dan sebagainya. Stok buku baru banyak habis. Ramai yang mengadu tak dapat novel MYPI. MYPI laku macam pisang goreng weh. Terbaca status kawan kat FB kata MYPI habis stok, aku sendiri dah cuak takut aku pon tak dapat novel tu. Tapi Alhamdulillah ada rezeki aku nak beli novel tu. Aku datang petang kan dalam pukul 4 dah sampai sana. Masa aku sampai kat bilik Melaka tu, tengok macam sesak tapi tak sesak lah. Ramai orang kat sana tapi tak ada lah sampai sesak sampai tak boleh nak gerak. Mungkin sebab dah petang. Orang pon ramai dah balik. Kalau datang pagi memang sah-sah sesak weh.
Aku bajet RM150 untuk novel KS. With the list I made, aku amik macam dah tak fikir benda lain dah. Tak pernah kot rasa puas dalam hati ni pikir pasal harga lah. Sebab dah buat calculation kan. Kalau sebelum ni pergi kedai buku nak capai novel ni terkial-kial aku keluarkan henpon kira buku lepas diskaun sebab member POPULAR kan. Tapi kat pesta buku haritu, aku main capai aja sesuka hati. Puas sikit lah kali ni sebab ada bajet cukup. Tapi terfikir gak time tu, cukup ke tidak duit aku beli semua ni sebab ada gak novel in the list yang tak ada stok kat situ. So, lepas bayar kat kaunter semua sekali RM145. Kurang RM5 sebab ada novel yang tak ada stok. Aku beli novel dalam 7 buah. Target 10 buah pon tapi yang lagi 3 buah tu aku beli novel lain publisher. Aku dapat beg dengan sticker kereta. Aku hepi gila beb.
Lepas tu, aku terus ke booth SR PUBLICATION. Nak beli novel terbaru Kak Siti, Curi-curi Cinta.
Novel ni tebal jugak. Harga RM37.90. Tapi dapat diskaun lah 10%. Sebab buku baru kan. Kalau yang lelain tu semua 20%.
Dah dapat semua, tanpa singgah kemana-mana aku pon balik lah Sepang dengan buku-buku ni semua. Tak sedar diri betul aku ni. Padahal 29/4/2013 tu dah start final exam tu. Paper pertama lagi. Bhahahaha.
Tapi tulah kan. Ingatkan dah insaf rupa-rupanya, hari Rabu tu pergi lagi pesta buku. Kali ni pergi dengan budak rumah aku. Sambil belajar naik KTM. Malas nak panjang cerita, sampai sana gi lunch jap dengan member lepas tu terus masuk PWTC, pergi ke Bilik Melaka, capai 10 buah novel lagi. Nampak tak dia punya tamak kat situ. Yang lagi 10 buah kat rumah tak baca lagi dah angkut 10 buah lagi. Kali ni aku dapat kalendar pulak. Kalendar yang aku idamkan masa pesta buku 1Malaysia dulu. Masa tu aku tak dapat pergi sebab nak tunggu pesta buku yang ini lah. Tak cukup dengan itu, aku beli lagi 2 buah iaitu novel Bidadari Salju dengan Playboy Itu Suami Aku?!
Bajet tak payah cakap lah. Malas nak cerita. Ni pon sekarang masih bergelut dengan paper lagi. Aku ni kalau ada paper besar ke kecik ke novel tetap tak tinggal gak. Susah nak lepas lah weh. Entah lah. Pulak tu tarikh final tu pulak time tu lah Pesta Buku berlangsung. Tapi tak bermakna aku ketepikan buku pelajaran ya. Sebab aku bukan gila nak gagal sesuatu subjek tu and then repeat. Tak kuasa aku. Maka novel aku tolak tepi dulu. Lepas kan 3 paper utama berderet dalam minggu pertama exam tu. Tau tak, masa kali kedua pergi pesta buku dengan kawan tu, pagi tu aku baru lepas jawab paper Macroeconomics. Nampak tak dekat situ?
Okey lah. Ni ada gambar sikit novel-novel yang aku beli hari tu. Mohon jangan pengsan.
ada yang tak bukak plastik lagi.
pabila sudah dibuka plastiknya.
waktu untuk membalut buku.
Ni pon ada lagi yang tak bergambar sekali. Malas nak tangkap. Amik yang ini dulu lah. Banyak tak? Pada aku macam banyak dan rasa malas nak baca. Tahun bila nak habis pon aku tak tahu. 2 tahun akan datang agaknya. Bagi peminat novel yang lebih hebat dari aku mungkin jumlah ni bagi korang masih sikit jika nak dibandingkan dengan korang punya. So, terpulanglah. Ikut kemampuan masing-masing.
Okey lah korang. Nak cerita pasal ni aje pon. Aku kalau boleh memang target aku weh, semua novel KS aku nak ada dalam koleksi. Diulangi, SEMUA! Okey, ter'caps lock' pulak. Over betul aku ni. Jumpa lagi korang. Nantikan update terbaru dari aku.
Salam sayang..
0 comments