BARANG-BARANG YANG HARUS ADA DALAM BEG KORANG WHILE YOU WERE HANG OUT!!
11:49 pmAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti tajuk yang panjang lebar diatas, korang mestilah pernah keluar pergi mana-mana kan. Macam pergi keluar dengan kengkawan jalan-jalan kat mall ke, ikut family trip ke, atau just nak pergi kedai makan ke.
Pernah tak korang terfikir barang apa yang perlu korang bawak lebih-lebih lagi pergi trip yang kita sedia maklum mestilah berhari-hari gak aktiviti kat sana. Lebih-lebih lagi if ada family day ke? Aku kalau ada nak pergi mana-mana ke wajib gak bawak benda ni. Sebab if something happen, benda ni sentiasa ada dengan aku. So, tak adalah kita panik tak tentu pasal kan. Ok lah. Jom tengok!
Pertama sekali haruslah ubat-ubatan which is:
1)Panadol
korang, korang, korang. Mesti bawak tau panadol kemana-mana sahaja. Sebab sakit kepala ke sakit perut tak kira waktu weh. Wajib bawak ni sebab kadang-kadang kita kat highway tetiba sakit kepala dan pulak tu tak bawak ubat. Mana nak cari ubat wei kat highway? Pulak hentian rehat jauh lagi. So, standby siap-siap tau.
2)Minyak kapak
yang ini pun sangat penting you oullss. Lepas dah makan ubat, aku mesti sapu minyak kapak kat ubun-ubun kepala, dahi, tengkuk dan belakang kepala. Dua cara ni aje dah setel dan sakit kepala pun akan hilang.
3)Pil sakit perut
must have. Tetiba pulak korang sakit perut teramat. So, jalan penyelesaiannya inilah. Biarlah kena telan berbiji-biji ubat dalam ni asalkan lepas tu perut korang rasa lega sikit. Nak ke klinik time tu? Ada ke klinik tepi jalan? Ni ajelah alternatif yang ada. Jadi sediakan siap-siap dalam beg korang tu.
4)Minyak yu yee
siyes aku suka gila minyak yu yee ni. Bau dia sedap gila. Kekadang aku sakit perut, aku suka sapu minyak ni. Sampai kawan aku cakap, 'Khalida ni bau baby lah. Sakit perut ya?' Haha. Lawak lah dorang. Ni lak wajib ada dalam beg sebab macam yang disebut diatas, tetiba sakit perut, dan lupa bawak ubat, tak apa. Sapu aja minyak ni kat perut korang. Nanti lega lah sikit. Mesti ada dalam beg ma..
5)Vicks
tetiba sindrom selesama datang menyerang. Ada ke tak ada ke, benda ni kena ada dalam beg aku. Kekadang tetiba dada aku sakit. So, aku cuma sapu vicks ni aje. Lega sikit.
6)Air mineral
sah-sah lah kena bawak. Kalau tak bawak nak makan ubat dengan apa? Pulak tu aku ni jenis kuat minum air kosong. Haus aja memanjang. Tapi kalau macam korang yang hanya nak ke mall ke bawak satu botol ajelah. Tak kan lah nak letak besar-besar dalam beg korang kan? Nak sumbat benda lain pulak lagi.
Kedua korang mesti kena ada tisu dalam beg. Tisu ni sangat-sangat berfungsi yaw. Macam-macam benda boleh buat. Kau nak lap tangan yang comot dengan aiskrim ke, kau nak lap mulut kau yang comot makan spageti tu dan nak lap benda-benda yang lain gak. Hahaha..
1)Tisu
mesti ada dalam beg like I said before. Macam-macam kegunaan okey.
2)Baby wipes
tisu basah pon kena ada gak. Nak lap benda yang melekit kat tangan korang tu. Lepastu, boleh gak buat bersihkan muka korang yang bermekap tu. Nak berwuduk ke nanti. By the way, lawakan HUGGIES punya. Sangat comel.
3)Sanitizer
dalam beg aku harus ada benda ni sebab kita ni dah lah jalan merata-rata tempat. Contoh kat mall. Naik eskalator kan mesti lah korang pegang kat tepi tu. Dah sah-sah lah banyak bakteria kat situ. Tak pun tetiba kau terpegang benda yang bukan-bukan ke serta meloyakan anak tekak dan air pulak tak ada, maka pakailah ini sementara korang cari air. Tak kan selagi tak ada air kau nak biar aja benda tu ada kat tangan korang. Yeww..
Ketiga, beberapa barangan peribadi yang harus ada:
1)Cologne
fevret aku Lasting Blooms yang kaler purple tu. Siyes bau dia wangi sangat. Aku bukan suka sangat pakai perfume mahal-mahal ni sebab bau dia tak tahan lama lah. Colonge ni walaupun murah tapi bau dia kuat gak. Lepastu, best sebab rasa macam perasan baby aja pakai colonge ni. Tapi terpulang kat korang lah nak pakai perfume apa. Janji pewangi ni ada dalam beg. Kekadang terlupa bawak sanitizer tadi boleh aja gantikan dengan perfume.
2)Lip ice
buat pakai harian. Bibir aku pulak kering. Aku pakai yang grape blackcurrant tu sebab bila pakai bibir rasa berangin aja. Plus sedap.
3)Lip ice sheer color
lepastu, aku suka pakai ni sebab bila oles kat bibir, bibir korang akan jadi pink. Padahal kaler dia putih aja. Ini kerana lip ice yang ini dia ikut darah si pemakainya. Ada yang pink, ada yang natural. Siyes, ni fevret aku.
4)Bedak asas
buat touch-up. Ala, aku tau. Masing-masing mesti ada sebijik kat dalam beg kan? Admit it.
5)Foundation
sapu sikit aje. Biar nipis-nipis. You look natural. Kalau kau letak berkati-kati kat muka, siyes aku tak tau apa akan jadi kat muka korang nanti. Serupa badut. Rasanya korang sendiri faham kan apa fungsi foundation ni kan?
6)Roti kering
rasanya korang fahamkan maksud aku roti kering ni apa? Lagi-lagi perempuan kan. Bila-bila dia nak datang dia datang lah. So, kena standy by siap-siap. Tak pun siapkan bekal sebab kadang-kadang kawan kita yang mintak kat kita kan? Wajib ada lah. Gambar sensore lah ya? Gambar diatas hanyalah hiasan semata-mata.
Selain daripada itu, dalam beg korang mesti lah ada candy sikit kan. Roti-roti ke, gula-gula getah ke. Sedapnya..
1)Coklat Mars
aku suka kunyah coklat ni. Sedap seh. Harus ada dalam beg.
2)Choki-choki
tipulah kalau tak ada dalam beg korang. Jalan-jalan sambil mengunyah.
3)Gula-gula getah
lepas makan mesti kunyah chewing gum. Nafas anda akan segar nanti.
Lagi satu korang jangan lupa bawak pin tudung atau jarum ke apa ke. Sebab biasanya memang pergi mana-mana kekadang pin tudung ni berguna. Jarum pun ada kegunaannya. Macam pin in case lah seluar korang terkoyak ke boleh aja pin kat tempat yang koyak tu. Selamat korang.
by the way, comelkan pin ni. Cute sangat.
In conclusion, banyak jugak lah ya barang yang kena bawak ni. Ini untuk siapa-siapa yang travel jauh-jauh boleh lah bawak segala mak nenek ni. Tapi yang siapa-siapa just nak pergi shopping ke keluar kejap dengan kawan-kawan aja, just bring your necessary things saja ya such as roti kering tu, lip ice, bedak asas, ubat-ubatan, tisu, sanitizer dan cologne. Penting nok. Yang lelain tu tak perlu kot.
Korang jangan lah letak sepah-sepah semua benda ni dalam beg tau. Barang-barang mekap semua sekali kan dan letak kat satu tempat. Yang ubat-ubat pon asingkan masuk dalam poket kecik dalam beg tu. Tak nak sepah-sepah ya. Nanti nak cari barang-barang pon susah.Okey lah korang. Itu sahaja kot. Nantikan update yang lain akan datang ya! Thanks for reading!
Salam sayang..
0 comments