MAKE-UP LAGI
3:09 amAssalamualaikum semua.
Okey aku tau yang aku dah lama sangat tak naik entri kat sini. Sorry sangat-sangat sebab biasalah dah naik sem baru ni busy sikit. Macam-macam benda gak nak fikir. Nak siapkan duit untuk segala mak nenek bil lah, sewa rumah lah, duit belanja harian lah, duit nak beli makanan untuk bekal kat rumah sewa Shah Alam sana, dan macam-macam lagi. Belum termasuk debaran kat dada ni ha menunggu result exam sem lepas. Entah pas ke tidak. Semua pelajar mesti ada rasa macam ni kan?
Orait, kali ni nak cerita pasal mekap lagi. Mekap? Ya Allah. Tak sudah lagi ke ko ni Khalid asyik nak tulis benda yang sama aja? Tapi nak buat macam mana kan. So sorry korang sebab aku tetap tak dapat nak lari gak dari naik entri mekap ni. Dah obses sangat ke apa aku ni. Pergi kelas tak pulak kau nak bermekap ni semua. Pucat lagi ada lah muka kau. Ye lah kan. Takat nak pergi kelas aja pon, tak yah beria-ria sangat nak conteng muka ni. Pergi kelas yang tak sampai berapa jam tu pastu balik. Bukan nak pergi event penting pon.
Back to the topic (melencong ke lain pulak). Kali ni aku cuma nak share about mekap yang aku suka sangat-sangat tetapi mustahil untuk memiliki. Ye lah. Susah nak cari sebab mekap tu tak jual kat Malaysia ni. Frust sikit aku wei. Dah lah suka gila sebab cantik sangat. Dah pikat hati aku pastu kau tak ada pulak dijual kat Malaysia ni. Frust + geram. Jangan risau sebab mekap yang aku gilakan sangat ni semua berjenama dan berkualiti. Brand luar negara kan. Berapa banyak aja yang tembusi pasaran kat Malaysia ni. Jenama MAC awal-awal lagi aku dah tolak sebab aku tak suka. Oh! Jangan tanya lah kenapa aku tak suka. Aku pun tak ada jawapan untuk itu. Korang nak tengok tak ni? Okey jom.
Pertama sekali aku suka sangat mekap ni:
ni namanya Kryolan Cream Eyeshadow Palette. Lawa kan? Okey meh sini aku nak cerita ni. Ni namanya cream eyeshadow sebab eyeshadow dia rasa krim lah. Okey tak lawak. Biasanya korang punya eyeshadow yang matte tu kan. Matte tu kering kan korang? Yang ni sejenis krim sebab nak kasi effect baik punya kat mekap mata korang. Kira kasi tahan lama lah mekap tu. Nanti tak ada lah pakai kejap pastu kejap lah pulak cairnya. Ni lah gunanya cream eyeshadow. Men'tahan' kan lama lagi mekap mata korang dari cair. Tak percaya cuba buat sendiri. Jom tengok gambar real pulak.
tadaaa.. Ni lah rupanya real yang disebut tu. Percayakan ia berbentuk krim? Warna dia memukau okey. That's why I'm in love with rainbow colours. Nanti cuba korang calit sikit lah kat tangan korang mana-mana brand sekalipun and then sapu pulak dengan yang matte punya. Bandingkan dengan yang tangan lain yang korang hanya sapu matte sahaja without the cream. You will see the difference. Credit to http://themoonmaiden-blix.blogspot.com.
Yang keduanya ialah:
ni namanya Graftobian HD Foundation Palette. What do you guys think? Aku suka gila dengan benda ni sejak aku tengok video tutorial mekap Zombie Barbie by Michelle Phan. Kalau korang nak tengok, boleh pi kat Youtube and search aja Zombie Barbie tu. Suka produk ni sebab pertama, it has many colours that you probably like it. Complete colours which mean, siapa-siapa yang suka mekap tu, tak payah risau nak cari concealer lah, foundation botol lah, shading lah, highlight lah. Semua ada dalam ni. Tengok ajalah colour yang dorang bagi ni. That's why I'm choosing this as my favourite. Ha, tapi yang ni recently, aku ada buka facebook and ada announcement yang produk ni dah masuk pasaran Malaysia. Wehuu.. Seronok tak terkata. Tapi mahal sikit lah kan. Dah kata jenama ori. Jom tengok side real punya.
tadaaa.. Ni yang side real punya which means, yang gambar diatas of course lah gambar untuk company dorang yang snap. Yang ni tah sapa punya gambar customer beli. Bukan customer aku lah. Macam aku lah. Ada sesetengah barang yang aku beli, kalau aku rasa cam menarik aja, mesti aku ambil gambar then upload kat FB ke blog ke camtu lah.
Yang ketiganya ialah yang ini:
apakebende pulak ni wei? Lain macam aje rupa bentuk? Anyone? Ha, kalau korang nak tau nilah Graftobian HD Lipstick Palette. What do you think? Aku suka sebab sangat menjimatkan which is, ada 18 warna yang berlainan (kenapa aku tengok macam sama aja). Siyes, mana-mana mekap pon, aku lebih suka berbentuk palette. Aku tak suka bentuk single punya. Sebabnya ialah, rasa macam rugi beli satu-satu. Kalau satu bekas dah RM30, tak kan kau nak kuar duit seratus lebih nak beli empat bekas? Empat bekas means empat warna aja? Rugi gila beb. Dengan harga tiga puluh hengget tu aku boleh beli eyeshadow palette yang 100 warna tu tau. Pikir logik balik, biasalah brand terkenal. Kau nak cikai kau pi cari kat pasar malam aja senang. Berlambak dan sah-sah lah tak ori.
hari ni pi kelas pakai kaler lain. Esok pi kelas pakai kaler lain pulak. Kan sangat menjimatkan. Tapi dari segi harga tu I'm not sure. Yang ni tak tau lah dah ada kat Malaysia ke belum. Yang foundation kat atas sekali tu dah confirm keluar. Harga tak ingat lah beb. Nanti korang cari sendiri lah ya.
Lepastu, aku memang terpikat habis dengan yang ini:
yang ini namanya, Urban Decay: Alice In Wonderland. Komen aku masa mula-mula tengok palette ni, 'wow', 'amazing', 'awesome', 'mana nak cari ni beb', 'kenapa kat Malaysia tak ada jual beb', 'kecewanya aku beb', dan sebagainya. Betul wei, kat sini tak jual lagi lah benda ni. Kenapa eh, bila aku betul-betul semangat nak memilikinya, tengok-tengok tak ada jual. Aku memang berharap gila stock ni masuk Malaysia. Haritu tengok review kat youtube, harga palette ni kat US sana aja dah $52. Kau bayangkan kat sini dah berapa? Mampu ke aku beli ni beb? Satu lagi aku suka sebab warna dia macam glitter sikit. Tapi sayang lah, warna merah idaman aku tak ada. Macam tak lengkap aja. Warna gelap-gelap tak ada sangat. Maybe sebab produknya pon bertemakan Wonderland. Fairytales gitu. Mekap dorang light lah kot. Okey aku dah faham. Palette ni ada jual kat Sephora. Dunia mekap semua ada kat situ.
Yang ni lak nak share sebab aku suka sangat and willing to have this. Kali ni barang baik ni ada jual kat Malaysia. Murah pon murah. Saja nak share yang local brand.
barang baik kan? Nasib baik ada jual. Cost at RM18 kot. Ada 12 warna semua sekali. Mestilah nak beli set hokay. Lebih jimat banding beli satu-satu. Saja nak menunjuk. Ahaks.
Setakat ni, ni ajalah yang berkenan dihati. Amboi kau Khalid. Kemain lagi ya. Semua brand mahal-mahal yang kau suka ya. Memang kopak duit nak membelinya. Agaknya ni lah kot sebabnya tak jual kat Malaysia. Sebab takut duit aku habis kat sini aja kot. Haha. Lawak. Jangan lah korang risau. Aku akan beli juga tapi bukan brand ni kot. I will buy these product in the other brands at affordable price and at the same time, it had high quality. Tapi kalau dah suka nak buat macam mana. Yang lelain gambar kat atas boleh dipertimbangkan. Tapi aku nak sangat yang cream eyeshadow tu dengan Urban Decay tu. Sebab betul-betul memikat hati aku. Cepat lah masuk pasaran malaysia ni Sephora wei. Okay guys, see you in next entry. Tapi tak boleh janji lah kalau tak taip isu mekap lagi. Bhahaha.
See you.
1 comments
Terima kasih infonya gan.
ReplyDeleteLumayan buat nambah elmu.
Gema Parfum :
Victoria Secret parfum.
----------