KITA CITER PASAL TUDUNG NAK?

6:23 pm

Assalamualaikum semua.


 Segmen kali ni khas nak citer pasal tudung aja. Mekap-mekap dah tak ada. Promise. Macam mana nak mula ya? Okey lah macam ni. Korang suka tudung bawal tak? Ala, yang trend sekarang tu. Namanya tudung bawal plain yang jenama haiwan lompat-lompat tu. Mula-mula aku tak pandang sangat tudung kangaroo ni sebab biasalah, mood bertudung pashmina bagai. Konon-konon nak feeling Hana Tajima lah. Pastu, aku jenis tak berkisah sangat sebab tudung bawal mak aku time mak aku keje dulu kemain banyak. Tak sangka, orang dah start pakai balik tudung plain ni. Lepastu, aku pulak dah jatuh cinta dengan tudung ni. Antaranya sebab tudung plain ni macam-macam warna dorang ada. Benda-benda yang warna-warni memang aku suka gila-gila. Sebab tak kiralah warna apa pun yang korang suka dan tak suka, ia tetap warna yang cantik. Cuma depends pada minat korang aja.

 Tapi serius, aku memang suka dan fanatik gila dengan tudung bawal ni. Kalau pi kelas ke, mana nak nya aku nak lilit leher pakai shawl apa tah. Tercekik satu. Lain-lain sebab ialah, aku tak reti sangat nak gayakan ikut stail sekarang. Kalau dapat buat pun, sememeh aja aku tengok. Sangat tak sesuai dengan muka aku. Plus rasa tak selesa sangat. Jalan mudah pakai aja lah bawal. Pin kat leher, tarik ke bahu kiri dan kanan dan pin. Dah siap. Cepat dan mudah. 

 Bila dah angin obses aku datang, memang tak sudah-sudah aku click google and then taip 'TUDUNG BAWAL PLAIN KANGAROO'. Apa yang aku rasa, selagi aku tak dapat tudung tu depan mata, selagi tu lah tak henti-henti pi google tengok benda yang sama. Bagi korang yang tak tahu caner rupa tudung tu, meh aku tunjuk kat korang.



ni lah rupa tudung tu. Cantik kan? Hanya bawal kosong semata-mata which is, tak ada sulam-menyulam, kait-mengait semua. Hanya kosong dan ia berwarna-warni. Part colourful yang fevret tu. Jangan tak tahu ya. Orang sekarang pakai ni tau. Peniaga pun, dok borong berkodi-kodi tudung ni. Tudung macam ni paling murah pun RM5 sehelai tau. Tapi if korang pergi mana-mana kedai yang jual sehelai RM10 tu memang biasalah. Dah beli borong sehelai RM5 tak kan nak jual pun RM5 kan? Untung dimana? Tu lah sebabnya kot ada peniaga jual RM10. Boleh lah amik untung RM5 kat situ kan. Amacam? Jatuh cinta tak?

 Lagi satu fevret bawal aku ni ialah, bawal yang ada 3, 4 tone kaler tu. Yang itu pun ramai orang pakai sekarang. Macam-macam lah kan korang ni. Tudung yang banyak tone ni, matching dengan semua baju. Macam jimat lah pulak kan tak payah nak beli satu-satu warna ikut baju. Tapi aku peduli apa. Mesti nak ada semua kaler yang single punya. Jom kita tengok macam mana rupanya tudung bertone-tone ni.


ha, ni lah rupanya tudung bertone-tone yang disebut. Lawas gilos kans? Kalau korang nak tahu, semua tone dalam gambar ni aku suka. Sebab dah lawa sangat sapa suruh kan. Haha.


paling yang aku tergila-gilakan sangat yang ini lah. Pelangi gitu. Aku memang suka sangat-sangat dengan warna pelangi ni. Matching aja dengan baju putih. Aku nak sangat tudung ni pada mulanya dan finally I bought it. Alhamdulillah. Walaupun tak sebijik dalam gambar ni tapi asalkan ada 5 warna ni dah cukup. Bidang 55 lagi okey. Dapat labuh sampai ke dada sikit if aku nak pin silang nanti.

 Dah habis dah penerangan pasal tudung ni. Sekarang ni aku nak cerita pulak untuk hari semalam. Okey semalam, aku dengan mummy tersayang pi KL semata-mata nak cari benda alah ni semua. Dah lama rancang nak jalan-jalan KL dengan mak aku. Maklumlah mak aku tu otai jalan-jalan KL ni. Jalan TAR dia tahu, Jalan Masjid India dia tahu, Chow Kit, Petaling Street, Lorong Haji Taib (ooppss!). Hahaha. Dah dulu masa mak aku anak dara, kat sini lah mak aku shopping time dolu-dolu. Nak harap aku? Aku sampai sana pun terkebil-kebil mana SOGO, LOT 10, apa tah. Aku cakap dengan mak aku nak pergi SEMUA HOUSE nak carik tudung kat situ. Kedai tu sebelah SEMUA HOUSE. Aku tak ingat bangunan apa tapi yang penting masa tu kedai tu mesti sebelah SEMUA HOUSE. 

 Korang mesti tertanya-tanya mana aku dapat info nak cari tudung ni kan. Sebelum nak pi KL esoknya, malam tu dah buat research siap-siap. Ku tekan-tekan lah Kangaroo ni semua. Tengok-tengok ada satu blog ni dia pun review tudung 5 hengget ni. Kat blog tu dia ada list kodai-kodai yang jual tudung ni dengan harga serendah 5 hengget. Aku click blogshop orang ni, click blogshop orang tu. Finally mata aku dah tertarik kat kedai last sekali yang dia list tu. Bukan blogshop tapi kedai fizikal kat KL. 


ni lah tempatnya. Plaza City One. Kedai kat mana? Okey, nama kedai tu BUNGA REBEN tau. Kau masuk pintu utama ni, jalan straight pastu kona kanan and kedai dia hujung sekali. Dia letak kat luar aja macam ni.


percayalah cakap aku. Masa korang dah kona ke kanan tu, dari jauh korang dah boleh nampak kain-kain ni semua melambai-lambai ke arah korang untuk dibeli. Jangan lupa, kedai ni kat Jalan Masjid India tau.

 Ni nak bagitahu awal-awal ya. Harga baru diorang RM6 tau. Tapi korang jangan risau sebab kalau nak beli dengan harga RM5, korang kena beli 10 helai tau. Nasib baik lah kan. Aku ingat lagi semalam. Confident aja fikir orang tu jual RM5. Sekali RM6. Terkejut gak aku. Bajet aku masa tu berapa aja. Takut tak cukup nak beli 10 helai dalam harga RM50 kan. Sekali dia cakap 10 helai baru dapat RM50. Lega sikit I okey? Ha, ada satu lagi info. Kalau korang nak borong sekodi kat sini, sekodi means 20 helai dalam harga RM90. Jimat seh. Time aku datang sana kan, ada lah sorang ahkak ni, borong tudung ni banyaks gilos. Berapa kodi aku tak tahu lah pulak. Penuh bakul dia. Ni memang nak buat bisnes besar ni dalam hati aku. Tak pun dia tengah restock. Sebab ahkak tu kemain lagi kamceng dengan pekerja kat situ dok susun dan kira tudung bersama-sama. Macam dah banyak kali jumpa aja. Agak memang dia amek stock kat situ la kot. So far, masa aku datang kedai ni semalam, macam mana korang tengok dalam gambar ni, macam tu lah masa aku tengok rak ni live semalam. Mak aku pun dah pandang menyenget kat aku dan mak aku cakap, "Ha, pergilah pilih". Aku laju aja. 


antara tudung kangaroo yang disambar. Yang purple tu dah beli dulu kat pasar malam terdekat. Amik sehelai dulu. Lepastu baru lah beli yang lelain.


nak ikutkan semua 11 helai kan. Tinggal 10 aje. Baca lah kat bawah tu kenapa tinggal 10 helai aja. :(


tudung bertone-tone yang aku rembat. Actually 3 helai aja. Yang lagi 2 tu menyibuk nak snap sekali.

 Aku amik 10 helai. Ada biru, merah, pink, dark turquoise, hitam, hijau, kaler nescafe, electric blue, blue black, dan maroon. Tapi ada peristiwa sedih sikit lah wei. Korang nak tau tak? Kan aku beli 10 helai kan. Bila aku sampai rumah, nak lipat tudung ni bawak balik Shah Alam, baru aku perasan ada sehelai tudung ni hilang. Aku rasa down gila kot. Penat aku pi KL, alih-alih, satu hilang pi mana tak tahu. Dalam hal ni, aku tak tahu nak salahkan siapa. Sebab aku ingat lagi. Sebelum nak pi bayar kat kaunter, aku dah kira siap-siap. Cukup 10 helai. Pastu bawak lah pi kaunter nak bayar. Cina tu pun kira and dia cakap, "RM50". Aku keluar lah duit nak bayar. Nampak tak dekat situ? Aku sampai sekarang heran bin pelik bin musykil bin membabunkan orang. Mana hilangnya sehelai tu? Yang hilang tu BLUE BLACK pulak. Warna yang tinggal sehelai kat rak. Nak kata aku amek 9 helai sahaja, kenapa masa aku kira sebelum nak pi bayar cukup 10 helai? Cashier tu pun kira cukup dan cakap RM50. Kalau beli 9 helai aja tak cukup RM50 tu sebab jelas-jelas orang tu cakap beli 10 helai baru dapat RM5 sehelai. Kalau 9 helai dah sah-sah masih RM6 kan? Aku citer dengan mak aku. Mak aku pun pelik. Aku tak tahu lah wei. Mungkin tak ada rezeki kot. Tercicir jauh sekali. Sebab plastik tu tak bocor pon. Kalau kena seluk lagi lah tak logik sebab plastik tu setia kat tangan aku. Tak tertinggal kat mana-mana. Apa boleh buat. Kena pi pasar malam lah pulak beli kat situ.

 Itu dari sudut negatif dalam diri aku. Menyalahkan orang lain atas sebab tudung aku hilang. Macam mana pula dari sudut positif dalam diri aku pulak? Kalau positif, aku salahkan diri aku sebab ada kemungkinan aku yang salah kira. Mungkin memang betul aku amik 9 helai aja and bila pi kaunter it supposed to be RM54. Maybe cashier tu bagi diskaun jadi RM50. Aku dah pening kat sini.

 Okey lah korang. Nak citer pasal tudung aje kan. Tapi entri punya lah panjang. Lepas ni, aku kena beringat sebelum kenalah. Tak nak jadi macam semalam. Sedih pun tak hilang lagi ni. Pengajaran untuk aku. Pastikan kira bape helai, sebelum pi bayar dan selepas bayar. Lepas bayar mesti kena cek lagi sekali cukup ke tak. Sodih. Korang pun hati-hati ya? Jangan jadi macam aku. Cuai sangat bila obses sampai tak pandang kiri kanan. 

Take care, my readers.


You Might Also Like

13 comments

  1. Salam.. nak tanya la plaza city one nie dekat area mne erk?
    cm x pnh tgk jew plaza nie..best gak kalo dpt sambar tudung2 kanggaroo nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. plaza city one kt kl. sebelah bangunan semua house kt jalan munshi abdullah.kt entri tersilap tulis masjid india lak..hehe

      Delete
  2. -tumpang iklan-
    <3 <3 <3 BAWAL PLAIN KANGAROO <3 <3 <3
    - BAWAL PLAIN KANGAROO -
    PRICE : SEHELAI RM6 (tidak termasuk postage)
    1KODI = 20HELAI RM100 (termasuk postage)
    BIDANG : 45
    BRAND : KANGAROO
    * PELBAGAI PILIHAN WARNA
    * MUDAH DIPAKAI
    * SENANG BENTUK
    * KAIN BERKUALITI
    * LEBIH 1000 HELAI DIJUAL DALAM SEMINGGU
    * SERIOUS BUYERS ONLY !!!
    POSTAGE: SETIAP HARI SABTU
    NEXT POSTAGE 12 APRIL 2014
    TEMPAH SEKARANG !!!
    CALL/SMS/WHATSAPP 017-8480049 UNTUK ORDER , TERIMA KASIH :)
    UNTUK PILIHAN WARNA KLIK http://goo.gl/LAEBlR

    ReplyDelete
  3. Nak tnye kat situ ade bidang 50 ke 60 tak??

    ReplyDelete
  4. Sis,kain tudung bawal kangaroo ni jarang tak sbb takut nnti kene pakai inner scarf kt dalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear. Tak jarang dear. Saya pun pakai scarf biasa je, tak pakai inner neck pun.

      Delete
  5. sis..ada jual tudung akel tak kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai aqilah. sorry i tak sure lah adee ke tak. I pun dah lama sangat x pergi situ

      Delete
  6. salam sis.shawl ada jual x kt stu?

    ReplyDelete
  7. Nak tanya kedai ni masih beroperasi x?

    ReplyDelete
  8. salam, shawl tudung ke square yg ada?

    ReplyDelete
  9. nak tanya kalau anda tau jenama scarf berkualiti. bkn lah pasal naelofar atau duck, tu terlalu mahal dah. relative tunjuk ada jenama middle lain - herascarf, sugarscarf, just you scarf utk shawl di malaysia

    tapi mana bagus yea

    ReplyDelete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images