JERAWAT OH JERAWAT!

7:00 pm

Assalamualaikum semua.

 Harini nak citer pasal jerawat. Ya! Musuh utama kaum lelaki dan perempuan. Kulit muka saya memang spesis tumbuh jerawat. Start dari darjah enam lagi dah pandai muncul si jerawat ni. Muka jenis berminyak kan. Pastu masa tu lah first time datang 'piyed'. Memang naik lah jerawat tu kat muka kan. Nak berkenalan dengan saya lah tu.

 Kadang-kadang tu memang geram gila tengok muka sendiri kat cermin. Pastu mula lah membandingkan muka sendiri dengan muka orang lain yang tak ada jerawat langsung. "Cantiknya muka dia. Tak ada cela langsung." "Kenapa muka aku teruk dan tak cantik macam dia?" " Sakitnya hati tengok muka aku." "Ala, malunya nak pergi sekolah dengan muka berjerawat ni." and so on. Suka sangat dok membanding-banding ni semua, sampai tak sedar yang Allah SWT dah cipta manusia tu sebaik-baik kejadian.

Padahal bila teliti balik muka ni, memang lah berjerawat, ada bekas jerawat lagi, pastu liang roma terbukak besar tak tahu nak tutup macam mana dah, blackhead and whitehead semua. Tapi sebenarnya tak teruk gila-gila kalau nak banding dengan orang lain yang ada masalah kulit lagi teruk dari saya. Korang search lah sendiri kat google kalau nak tau macam mana rupanya tu. Bila saya tengok muka dorang, automatik insaf. "Ya Allah, rupanya dalam dunia ni ada yang lagi teruk masalah kulit muka dia dari aku, Ya Allah".

Bila tengok muka kat cermin balik, "Okey, tak adalah teruk mana kulit aku ni. Kau patut bersyukur Khalida sebab muka kau tak teruk macam orang lain. Walaupun kulit kau ada cela sikit tapi masih boleh diubati kan? Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan nak banding-bandingkan lagi muka tu dengan orang lain. Setiap penyakit tu ada penawarnya".

Antara penyebab jerawat ni adalah:

  • Seharian tak cuci muka. Let say korang balik kelas petang, pastu tak cuci muka tu terus tidur. Seharian korang dekat luar buat aktiviti, lepastu balik rumah korang tak cuci muka tu. Memang boleh kena lah kan.
  •  Pori-pori tersumbat sebab banyak sangat terdedah dengan habuk dan kotoran. Bila pori-pori dah tersumbat, memang ada harapan jerawat nak tumbuh.
  • Suka makan makanan yang bermiyak, makanan laut macam kerang, udang, dan sotong.
  • Stress yang melampau. Saya sendiri sebagai student pun kadang-kadang tu stress jugak nak berdepan dengan final exam, nak kena hantar assignmentstudy 2, 3 subjek serentak dalam seminggu sebab minggu tu berderet test, quiz semua.
  • Masalah hormon. Ni pun boleh jadi jugak. Kalau hormon tak stabil, mulalah, ganggu sistem peredaran darah dalam badan kita kan. Selalu terjadi kat remaja.
Ada beberapa tip yang saya dapat melalui pembacaan di internet. So, korang pun boleh praktis kat rumah.

1) Jangan pakai mekap langsung. Segala mak nenek keturunan mekap dilarang sama sekali pakai (seriusnya ko kak). Lebih-lebih lagi foundation tak kiralah jenis cecair ke, jenis krim ke, jenis stik ke, jenis gel ke, bedak padat, bedak tabur, dan krim kecantikan semua.

= bila saya baca tip ni, patutlah muka saya makin teruk membengkaknya. Padahal mak saya dah nasihat sebelum ni, "Kak, ami tengok muka akak ni makin teruk. Stop lah pakai krim ni semua". Masa tu saya pakai krim kecantikan Safi Balqis Perfect 10 tu. Tak pernah terpikir nak stop guna kejap sebab seronok sangat guna krim tu kot.

:sebab apa? Sebab bila muka kita banyak benor tempek segala krim ni, muka kita susah nak bernafas tau. Kiranya tak bagi ruang langsung proses membaik-pulih muka tu. Jadi, tak payah pakai langsung lah. Biar muka kita free dari sebarang alat mekap. Kalau ade kenduri yang kena hadir ke just pakai sikit ajelah.

2)Kurangkan makanan yang berminyak dan makanan laut. Macam yang saya cakap tadi, terlebih makan makanan yang berminyak ni pun sebenarnya tak bagus untuk kesihatan. Dari ke muka sampai ke badan.

=yang ni pun sama, saya selalu makan tak pantang. Kadang-kadang tu main langgar aje semua. Muka tengah naik jerawat pun tak amik kisah langsung. Makan tetap makan, jerawat lantak pi, satgi aku sapu krim je teruih. Teruk betul perangai saya masa ni. Sampai ayah saya pun tegur, muka kemain teruk jerawatnya, makan tak pantang sape suruh. Pastu mengadu suh beli ubat jerawat lah. Makanan laut tu pun boleh jadi gatal kat muka.

:sebab apa? Makanan yang berminyak ni pun tak elok nanti muka tu bertambah berminyak dan bila berminyak, jerawat pun feel free to show time. Berpesta sakan lah dia. Tempat licin terbaik katanya. 

3)Jangan sentuh muka dengan jari yang kotor.

=kenapa semua kena dengan saya ni? Tangan saya ni memang gatal. Suka sangat sentuh-sentuh, pegang, picit jerawat dekat muka. Tangan tak basuh pulak. Lepas dah sentuh kat jerawat pastu bawak ke tempat lain pulak. Esoknya tumbuh jerawat kat situ.

:sebab apa? Tangan kita ni ada kuman. Lepastu korang sentuh pulak dekat tempat sensitif macam jerawat tadi. Lagi membiak lah dia kan. Tu yang lambat nak baik. Kalau sapu gel jerawat pun macam tak ada makna kalau tangan tu tak reti dok dendiam (kan dah marah!).

4)Jangan suka-suka picit jerawat tu dengan kuku.


=yep. Semuanya memang tepat kena kat saya. Macam tadi, lepas dah pegang muka dengan jari, mesti nak belek-belek kat area jerawat tu. Lepastu geram tengok nanah, pergi picit sampai keluar habis. Mana tak bengkak balik esoknya.

:sebab apa? Kuku kita ni berbisa tau. Pastu tajam pulak. Pastu pergi picit kat area sensitif macam jerawat. Tak perasan tangan tu tadi terkena habuk ke, sebab tolong mak lap habuk sebab nak raya kan (tak de kene mengena). Tu yang makin menjadi-jadi tu.

5)Jangan guna produk yang pelik-pelik.

=kau tengok iklan kat FB pasal produk yang boleh cantikkan kulit kau, kau terus teruja. Dengan model yang lawa-lawa, dengan testimoni baik punya, kau terus nak beli. Tak pikir dulu pulak tu sama ada produk tu betul-betul bagus untuk kulit kau ke tak. Main beli aja. Asalkan kesan dia cepat bertindak. Ha, mula-mula ye lah nampak licin aja semua, tengok lah at the end nanti. Merah sana sini. Tumbuh biji-biji halus kat hidung lah, tepi mulut lah. Kulit mengelupas pastu pedih gila sampai tak sanggup nak tahan. Dah kene pergi jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Pastu doktor pun membebel kat korang pasal salah pakai produk.

:sebab apa? Saya banyak kali jumpa benda-benda macam ni kat luar sana. Kesian tu memang kesian. Tapi apa boleh buat? Berhati-hati sebelum kena. Saya sendiri takut nak cuba produk-produk yang, ala korang faham-faham sendiri lah jenis produk yang dijual kat internet ni. Setia kat produk Aiken.

Sebenarnya banyak lagi tip dia tapi saya kongsi dengan korang 5 ajelah dulu. Yang the rest tu nanti korang rajin-rajin lah search kat google yep. Macam-macam perkara lagi yang korang harus tahu pasal jerawat ni. Okey yang tadi tu semua pasal jangan-jangan kan. Sekarang ni untuk apa yang korang kena buat bila jerawat ni datang.

1)Rilek dulu. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Tenangkan diri dulu ya sebab saya faham sangat dah bila jerawat ni muncul mulalah masing-masing gelabah, tension, stress, terkejut terbeliak mata (lebih-lebih kau Jah), rasa malu ke dan lain-lain.

2)Pilih produk yang sesuai dengan kulit muka. Let say, kulit korang jenis berminyak dan berjerawat macam yang saya cakap tadi. Korang pilihlah produk yang berasaskan TEA TREE OIL. Senang citer produk yang khas untuk merawat jerawat aja. Contoh terdekat ialah produk AIKEN. Produk yang saya guna sekarang. Tak pun, korang tanya lah ahli farmasi dekat Guardian ke dekat mana-mana farmasi ke mengenai produk yang sesuai dengan korang untuk rawat jerawat ni. Sebab kadang-kadang produk jenama ni memang betul merawat jerawat tapi hakikatnya ia tak sesuai dengan korang. Mungkin korang kena cari yang lain.

3)Lepas dah pilih produk yang bersesuaian, buatlah rutin yang selalu korang buat tu. Mula-mula cuci muka dengan pembersih dia dulu. Lepastu korang sapu penyegar dia dengan kapas. Seterusnya korang pakai pelembap dia. Akhir sekali baru letak krim jerawat dia. Letak kat area jerawat ajelah. Yang bukan area jerawat tu korang tak yah letak eh. Itu pembaziran namanya. Jadikan ia sebagai rutin dan In Shaa Allah elok lah muka korang tu.

4)Lagi sekali nak pesan kurangkan makan makanan berminyak. Bukan tak boleh makan langsung. Boleh aja tapi berpada-padalah. Nak kulit cantik kan? Banyakkan makan buah dan sayur. Senang citer. Kalau boleh sarapan kau makan buah, lunch kau minum jus buah, tea time kau tak payah minum teh. Minum ice-blended buah. Dinner kau makan buah lagi. Sampai lah supper pun kau minum jus buah aja. Memang hantu buah-buahan nanti (amboi, kau ingat orang tak nak makan nasi asyik nak makan buah aje?).

5)Tidur yang secukupnya. Dia bersangkut-paut ya mengikut pengalaman saya. Mula-mula korang tak cukup tidur sebab sibuk online 24 jam. Pastu esoknya nak kena bangun pagi pergi kelas. Tidakkah anda tension sebab tak cukup tidur? Pastu tekanan mengasak bila dapat banyak assignment. Bila dah tension mulalah anda stress. Bila anda stress mula lah jerawat naik. Bersangkut-paut ke (suka hati kau aja reka-reka)? Jadi, pergilah tidur sekarang. Habis citer.

6)Banyakkan minum air masak. Fungsi air masak ni macam-macam. Antaranya untuk memudahkan lagi proses pencernaan, untuk elak kulit kering, dapat buang toksik dan macam-macam lagi. Mana-mana rawatan pun mesti kena minum air masak kan.


Okeylah korang. Ikutkan banyak benda nak citer lagi ni. Pasal sentap dengan sesetengah penjual yang jual sabun jerawat ni semua. Pernah kot. Tengah jalan-jalan haritu kat Karnival apa tah yang kat Melaka tu. Lepastu ade lah orang bukak booth jual makanan ke, jual tudung, jual spek mata dan macam-macam lagi. Nak citer jugak lah dah alang-alang kan. Aritu kitorang lalu satu lorong ni nak cepat balik kot, lalu lah kat booth yang jual produk muka ni semua. Ada lah sorang akak ni biasalah dok promote barang dia. Mak pun lalu depan dia, dia tahan lah mak saya nak citer pasal produk dia. Mak pun cakap "Tak apa lah dah ada" macam tu lah kot. Siyes tak ingat sebab dah lama kan baru lepas SPM. Pastu muka dia macam tak puas hati agaknya dia pandang saya masa tu saya kat belakang mak, dia cakap "Ni kak, muka dia teruk ni". Maksudnya kat situ dia nak tunjuk yang muka saya tengah teruk dan suruh pakai produk yang dia jual lah ya?  Dalam hati saya, 'apahal aku pulak yang kena, suka hati kau aja nak guna muka aku untuk produk kau, mentang-mentang lah muka aku muka bermasalah'. Panas lah hati ni kejap. Tu yang tak faham dengan sesetengah penjual tu. Masa tu saya jenis tak leh terima kenyataan lah. Cepat terasa bila ada orang tegur muka saya teruk. Padahal muka saya, saya tau lah teruk ke tak. Tapi tu dulu lah. Sekarang ni dah cool sikit. Orang tegur muka naik jerawat pun dah tak terasa dah. Macam-macam lah dorang suggested untuk saya pakai sabun ni lah yang itu lah. Dah lali kata kau. So, buat tak tahu ajalah kan. Okey lah. Entri kali ni memang panjang lebar kan. So, saya undur diri dulu lah ya. Nanti kita citer-citer pasal raya pulak eh.

Selamat Hari Raya Semua.

You Might Also Like

4 comments

  1. huhu.. kdg2 jerawat ni blh buat kite down.. kurang keyakinan diri.. Jom Klik Cara Atasi Jerawat.. Banyak yang boleh dikongsi

    ReplyDelete
  2. Banyak bersabar dengan setiap musibah dan ujian. Jerawat ini adalah ujian buat yang mengalaminya. Berusaha untuk mendapatkan ilmu dan panduan bagi mengenalpasti kaedah merawat jerawat cik. Ada 1001 kaedah merawat setiap jenis permasalahan jerawat.

    Perkongsian: Jerawat Teruk Yang Harus Dikenali

    ReplyDelete
  3. Insya Allah ada penyelesaian tu nanti macam akak dulu pun muka macam ni jugak .Jemput datang blog yer.Semoga terjalin ukhwah .Tq

    ReplyDelete
  4. sy pengguna aiken juga 😍😍😍

    ReplyDelete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images