BARANG-BARANG MEKAP UNTUK RAYA SEMUA DAH ADA!!

8:30 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


 Maaf kerana terlalu lama menghilangkan diri. Sebab utama, saya dah tak ada idea nak tulis. Hohoho. Bila dah tak ada idea nak tulis, kita citer pasal mekap aja lah. Yeahh. You were right. Topik yang paling bosan abad ini. Haha. Maafkan saya kawan-kawan. Tapi saya promise lepas ni kita banyakkan citer pasal raya je lah eh. Itu pun kalau ada banyak topik nak citer. Whoot whoot.

Lately ni, saya asyik google barang mekap aja. Konon-konon plan nak pakai waktu raya nanti. Dekat Facebook pun jangan citer lah. Semua FB shop saya LIKE. Page MISS ROSE lah, BENEFIT lah, Pemborong Bedak Arab lah Tanaka lah. Semua adik-beradik online shop saya LIKE. Konon-konon nak beli online. Lagipun saya tak pernah beli mekap secara online sebelum ni. Sebenarnya bila kita beli online ni ada kebaikannya juga. Lebih mudah kan. Cuma sediakan duit untuk cas penghantaran sahaja. Kalau novel tu banyak sangat dah. La ni nak cuba beli mekap lah pulak.

All right ladies! Let's start with the FARMASI's brand. Itu hari masa saya dok online kat FB, saya ada terjumpa satu FB yang jual mekap FARMASI ni. Sebenarnya saya dah lama dok usha barang baik dari FARMASI ni tau. Saya suka sangat dengan BB cream and CC cream dorang. Lagipun saya tak tahu nak beli kat mana. Saya kan dok Sepang. Kat Sepang paling dekat pon nak cari FCC ni kat Alamanda, Putrajaya. Aduih, malas betul nak pergi sana. Dah masuk sempadan Putrajaya pulak nak mencarinya. Jadi bila dah jumpa FB ni dan dah tengok gambar-gambar kat situ, saya dah decided saya nak beli dekat FB ni ajelah FCC ni semua.

Timbang punya timbang, akhirnya saya beli juga. Bukan satu tau. I bought  BB cream, CC cream, Stay Matte Foundation and Silky Touch Compact Powder. Senang sekaligus. Lagipun masa tu saya nak sangat try empat barang ni. Nanti saya buat review untuk empat produk ni ye! Setakat ni saya pakai, saya suka sangat. Kalau korang nak beli, meh saya kasi link. https://www.facebook.com/beautyfarmasi.colour. Ni linknya. Akak ni baik sangat. Akak ni suka cakap THANK YOU VERY MUCH. Haha. Comel lah akak ni.

Dah setel bab muka, saya nak cari eyeshadow pulak. Nak kasi blink-blink di pagi raya. Saya suka brand MISS ROSE. Sebab warna dia cantik sangat. Warna dia ada yang shimmer dan ada yang matte. Mana-mana pun saya tak kisah tapi lately ni suka sangat tengok yang blink-blink bagai ni. Plus warna dia tahan lama dan lama lah warna dia tahan kat mata. Hohoho. Okey tak lawak. Warna dia lekat lama kat mata. Lepastu pekat pulak. Tu yang saya suka tu. Saya dah berkenan kat satu palette ni. Ada 100 warna. Nak tengok tak? Ni saya tunjuk.



Ni lah Miss Rose yang saya suka sangat tu. Dari sem 2 lagi kot sampai sekarang tak beli lagi. Saya dah jatuh cinta tahap jatuh tangga dah ni. Tapi masalahnya, tak ada warna merah terang atau pekat ikut cita rasa saya. Saya memang suka warna merah. Bila dah satu warna fevret tak ada mula lah mood nak membeli tu hilang. Sobs sobs.. Korang ada cadangan tak brand mana yang lebih kurang macam ni, shimmer, ada warna pekat2, dengan harga yang berpatutan? Inform kat saya tau! Kecewa punya pasal cancel terus nak beli. Jadi aritu ada kuar jap dengan housemate gi kedai belakang tu. Macam kedai MY ONE SHOP gak lah. Saya beli Miss Rose gak tapi palette kecil. Jadilah nak pakai raya nanti. Nak tunggu gi KL semata-mata nak cari yang berkenan dihati belum tentu jumpa. Silap-silap balik dengan tangan kosong. Lepas beli tu saya try pakai dan warna dia memang superb habis lah. Wangi pulak. Warna merah yang menjadi pilihan. Mata saya mengancam tau bila pakai (buwekk muntah hijau).

Saya penggemar celak mata. Suka sangat-sangat lagi-lagi warna hitam. Saya selalu pakai Avon aja. Sebab dulu masa nak cuba-cuba pakai celak, saya selalu pinjam mak saya punya. Nak beli belum mampu masa tu. Ngendeng mak punya aje lah. Sekarang ni misi  mencari rainbow eyeliner ni belum tercapai lagi. Ni lagi satu, tak tahu nak cari kat mana, brand apa semua kan. Hanya mampu pandang gambar aja. Tapi saya dah jumpa jugak dengan brand ni. Cuma kalau boleh saya nak banyak choices tau. Tak nak satu brand aja.


credit to www.herroyallaziness.blogspot.com.

Saya suka sangat dengan eyeliner ni. Nasib baik Silky Girl dah keluarkan eyeliner yang super awesome ni. Saya tak kisah celak jenis apa sama ada yang pensil ke yang gel ke yang pulas ke semua saya pakai asalkan:

  • warna dia pekat, terang, shimmer dan tahan lama.
  • tak menyakitkan mata si pemakai.
  • mudah hilang lepas dicuci.
  • harga yang berpatutan.
  • senang untuk dapatkan di pasaran.

Rasa macam panjang aja entri kali ni. Tak apa saya lajukan.

  • Mascara? -Dah beli tapi macam tak best lah. Dia melekat macam gam. Susah nak bukak mata.
  • Blusher? -Dah beli. Warna peach sebab saya tak suka warna pink.
  • Lipstick? -Saya pakai LipIce aja. Sebab best. Nanti nak beli baru sebab yang lama punya hilang.
  • Eyeliner? -Saya nak beli jugak nanti. Mana-mana aja lah janji kaler dia pekat.

Kesimpulannya, ni ajelah yang ada dalam beg mekap saya. Kira completed lah walaupun ada yang tak dapat dibeli lagi. Tinggal LipIce dengan eyeliner je. Ingat nak beli lepas berbuka nanti. Harap-harap ada yang berkenan. Malas nak keluar rumah banyak kali. Malas nak drive sebenarnya. Haha. Okey guys. See you.

Take care you alls and Selamat Hari Raya.



p/s: perasan beza tak kat sini? macam pelik kan?










You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images