TUDUNG SBU MEMANG BEST!!

9:16 am

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Hai korang. Pergh lama giler gua tak update blog. Rindu aku ke tak ni? Hahaha. Aku harap korang semua sihat-sihat aje maklum lah sekarang ni musim orang sakit. Please jaga kesihatan masing-masing ya.


Apa hobi korang eh? Selain kumpul mekap, apa lagi barang-barang perempuan yang korang suka collect sekarang ni? Ha aku tahu. Dah tentu korang suka kumpul jubah, tudung lah, shawl la, baggy shirts, maxi skirts, kasut, casing I-phone dan banyak lagi. Sekarang ni aku dok obses kumpul tudung bawal dari SBU ni. Cakap pasal SBU ni siapa yang tak kenal weh. Butik tudung terbesar yang jual square shawl kegemaran gegirl ni. 


Setiap bulan dorang keluarkan design baru. Ini yang buat aku excited lebih tau. Korang tak kenal butik SBU tu apa? Tapi dalam masa yang sama korang memang suka sangat kumpul tudung? Please lah pergi terjah instagram dorang sekarang. Dah lah harga murah. Time sale nanti lagi murah boleh dapat tau. Ni aku tengah recommended kat korang la ni. Pergi terjah sekarang.


Aku memang fanatik betul dengan tudung bawal dari SBU ni. Selama ni aku bukan kisah pun pasal tudung-tudung bawal ni sebab mungkin masa tu tudung pashmina tengah popular. Tudung bawal seakan-akan diketepikan. Now, aku tengok dah makin ramai usahawan keluarkan tudung bawal dengan corak yang memikat hati kita-kita ni.


Aku tak ada printed square shawl dalam collection aku sebelum ni. Tapi bila aku start kenal dengan butik SBU, aku jadi tertarik lak nak tahu collection dorang. Man, I am obsessed! Kalau sehari tak bukak Instagram dorang memang tak sah.


Setakat ni, ni baru collection aku. Semua dari SBU. Cantik tak korang. 


Apa yang best dengan tudung SBU ni ialah kesemua square shawl dorang bidang 48 tau. Tak pendek sangat, tak labuh sangat. Just nice. Aku pun suka gak bidang 48 ni. Bidang 45 tu macam kecil sangat. Korang boleh adjust la sikit nak labuh mana bila pakai tudung ni. 


This is SBU Bunga Raya collection from previous batch. Tak ingat batch mana tapi corak ni memang lama dah dan sampai sekarang masih 'in' lagi tau. Aku paling suka corak bunga raya ni lah. Ade je lagi colour lain and sapa kata aku tak aim? Tu dalam list jugak tu. Hahaha. 


Sparrow square shawl ni pun memang laku habis kat SBU tau. Untuk batch sparrow square shawl ni ada 10 warna. Aku baru ada dua warna aja. Cantik design sparrow ni sebab aku memang suka design simple.


Yang ni pulak SBU Pure Basic Square Shawl. Sentiasa mendapat sambutan hangat walaupun dah beberapa kali produced. Korang memang tak kan lari dari pakai plain kan? Tak silap aku ada lebih 40 warna lah. Aku baru ada warna merah. Semua tudung kat atas ni bermaterial chiffon ya dan senang bentuk. Kalau korang nak cepat ke kelas, malas nak gosok, tak ada masalah wei. Tudung ni on the go gitu. Harga dia mak aih murah sangat. RM25 je tau. Berbaloi dengan kualiti tudung yang dorang sediakan.


Tadaa.. This is the most exciting part. Silkyna Satin Silk Square Shawl in the house yaw. Tudung bermaterial satin yang sangat exclusive, senang bentuk, tak panas dan lebar 48 inci macam aku cakap tadi. Yang ni harga lain sikit RM30 dan memang berbaloi kalau korang beli tudung ni. Ada lebih 30 warna kalau tak silap dan aku punya baru ada 10 helai. Setakat ni aku puas hati dengan hasil tangkapan tudung satin ni. Memang sedap pakai. Kalau korang ada dinner ke, event ke cuba lah silkyna ni. Confirm puas hati. Nanti aku nak buat seperate post untuk tudung silkyna ni sahaja. Special for you. Ni lah tudung yang aku gila-gilakan sangat tu. Very the lullss sangat kan.


Ada sesetengah orang akan cakap, "Tak rasa membazir ke beli semua ni? You wasted your money" and whatsoever. Serious talk, orang yang tak sama minat dengan kita tak kan faham kita macam mana. Bagi dorang rasa macam membazir spend sum of money dekat benda yang dorang rasa tak perlu. It's ok and it's up to you nak cakap apa. Sekurang-kurangnya kita beli dan kita tak kan sia-siakan benda tu macam tu aje. Aku ada aje kawan yang suka mekap branded. Sebulan tu ntah berapa ribu shopping make-up sahaja. Bagi aku, itu duit dia dan pandai-pandai dia lah nak manage perbelanjaan macam mana. Dah minat dia, aku tak boleh buat apa lah. Cuma satu lah yang aku nak tekan kan. Jangan sampai berhutang dah lah.


Panjangnya aku bercerita. Aku harap korang tak bosan baca cerita aku ni. Aku banyak perancangan untuk blog aku ni tapi belum berkesempatan lagi nak laksanakan. Nak buat sesuatu yang baru untuk korang. Apa dia tu? Ha, tu nanti lah aku bagitau. 


Have a great day.

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images