ZAMAN MYSPACE..

2:28 pm

Assalamualaikum semua.


Siapa geng dengan aku awal 2007 dulu dah ada akaun MySpace, angkat tangan sikit nak tengok. Dulu aku start ada akaun MySpace awal tahun 2007. Konon-konon masa tu sebab terikutkan kawan-kawan la. Dia ada MySpace, aku pun nak ada jugak. Masa tu MySpace ni memang popular betul. Semua kawan-kawan sekolah kau, crush kau kat sekolah, artis-artis favourite kau luar dan dalam negara semua kau add. Kau rasa seronok bila buat pertama kalinya kau dapat berinteraksi dengan kawan-kawan kau di laman sosial. So, tujuan entri yang aku tulis hari ni ialah, nak ingat balik apa yang kita buat masa zaman MySpace dulu.



1) Suka tukar-tukar backgroud / template kat profile

Ha, yang ni paling kerap aku buat. Memang aku tersangat rajin pergi search cute backgroud for myspace la. Kadang-kadang bila aku nak sedikit kelainan, aku pilih tema gothic la, hitam putih, tema pink lah dan macam-macam lagi. 



2) Letak lagu dekat MySpace.

Yang ni pun aku selalu buat. Biasanya lagu omputih lah aku letak. Kemain kau taste omputih aja. Lepastu kalau boring asyik dengar lagu yang sama, main tukar-tukar lagu lain pulak. Lagu rock lah lagu metal lah (kelas kau lagu metal), macam-macam lagu la.



3) Letak kawan-kawan baik kau atau artis favourite kau kat top friends.

Yang ni paling mencabar iman sebenarnya sebab kau maybe cepat sentap kalau bestfriend kau tak letak kau kat top friends. Top Friends ni tak silap aku limit sampai 40 orang. Biasanya kita cuma letak sorang dua, tak pun 10 ke atas. Aku selalu letak artis yang aku suka dengan bestfriend aku je lah. Tapi kalau bergaduh tu memang dah tak letak kat top friends. Dah baik semula pergi letak balik. Apa kejadahnya ini semua.



4) 'Do comment my pic ya?".

Gua selalu dapat comment macam ni bila add kawan baru atau approved kawan baru. Mesti kau dapat comment, "Awak comel lah", "Cantiknya dia, komen my pic back", "Cute", "Muka garang, takutnya itteww", "Cantik spec, pinjam boleh", dan banyak lagi. Pastu kau pun dengan rajinnya pergi komen orang tu punya gambar pulak dan cakap benda yang sama.



5) Kau add kawan dari luar negara.

Mentang-mentang lah sekolah kau 1Malaysia yang terdiri daripada melayu cina india, kau teruja gila dapat add kawan baru dari luar negara. Omputih lagi kau kelas. Haha. Sampai sekarang aku teringat, kawan pertama aku yang omputih ni lelaki and dia letak nama dia Lobster. Sembang dua tiga patah je pastu dah. Kejadahnya aku nak sembang dengan dia. English aku pun berterabur. Muahaha..

Paling sentap sekali bila kita add orang luar negara ni, ada dua tiga orang approved, ada yang tak approved. Maybe dia tengok aku ni bukan bangsa dia, dia takut kot. Huahuahua. Ada minah omputih ni tanya aku ni siapa. Pastu aku cakap, "Hi I'm Khalida and I'm from Malaysia", pastu kau tau dia cakap apa, "Alright then, I'll delete you". Kuang hajo ke tak kuang hajo minah ni? Tetibe pulak lah meleleh air mata aku ni sedih bebenor sampai hati hang delete aku. Apa kurangnya aku ni? Haha bab menangis tu propa je lebih. Kejadahnya aku nak nangis.



6)Kau seronok dapat add artis luar dan dalam negara.

Kau rasa seronok gila bila dapat add artis luar negara yang kau suka macam Britney Spears, Demi Lovato, Selena Gomez, Jonas Brothers, Daughtry, Three Days Grace dan ramai lagi. Pastu kau rasa macam tak percaya yang request kau nak berkawan dengan dorang tu dah diterima tanpa kau sedar itu semua automatik aja. 

Kalau artis dalam negara lak, teruja dapat add Liyana Jasmay, Zoey Rahman, Dafi, Elfira Loy, Fify Natasya, artis-artis OIAM, kumpulan Ruffedge lah dan ramai lagi pastu gatai tangan pi comment "Hai Abang Zoey, tengah buat apa", "Abang Zoey hencem lah", tanpa kau sedar kau ingat dorang nak reply balik comment kau tu? Yang ni kelakar. Macam bongok je bila teringat balik waktu dulu. Tapi aku tak nafikan yang aku pernah je chat dengan Elfira Loy ni. Masa tu sama-sama nak PMR. Sembang pasal pelajaran lah kononnya. Dia memang baik pon. Tapi aku faham la artis memang tak sempat sangat nak reply comment kita. Ada yang nasib tu dapat lah. Ramai kot say hi hi kat dia. 


7) Kau teruja bila dapat ini.



Tipu lah kalau kau tak teruja langsung dapat benda ni bila log in kan? Paling excited sekali bila dapat new comments approval. Ala yang kaler biru tu. Pastu friend request. Oh hoi siapa pulak yang berminat nak jadi kawan aku ni.


8) Add mamat hensem dengan pempuan cantik.

Add mamat hensem tu yang tak boleh blah tu. Macam hape ntah. Pastu gatai tangan pi say Hi kat orang tu. Pastu orang tu tak reply pun komen aku. Bapak sedih weh. Itu zaman aku budak-budak dulu lah. Sekarang ni aku malas nak chat dah sekarang. Hilang minat nak berkenalan ni.


Setakat ni je lah yang aku ingat. Maklum lah zaman MySpace ni dah berkurun-kurun lamanya. Berkurun sangat kau. Aku cuma ingat sikit-sikit aje lah. Tapi kalau korang rasa ada benda je lagi yang tak cukup boleh lah share dengan aku. Mana tau kita serupa ke. Alahai rindunya zaman MySpace dulu. Apa khabar agaknya kau ye.



Have a great day, peoples.


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images