STRAWBERRY HAND CREAM BY THE BODY SHOP!!

2:58 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua


  Setelah sekian lama aku menghilangkan diri, kini aku muncul kembali bersama product review untuk korang. Suka ke tak ni? Oh please, katakan "Iyo". Yep, korang. Lepas ni In Shaa Allah ada banyak lagi produk yang akan aku review kat sini untuk korang. Yang penting, barang-barang yang aku nak review nanti semua best2 hokeyh..


  Menggemari bau buah-buahan dan bunga-bungaan serta apa-apa sahaja bahan alam semulajadi, membuatkan aku suka produk penjagaan badan yang berasaskan buah-buahan. Bila dengar produk untuk penjagaan badan berasaskan buah-buahan, apa yang ada dalam fikiran korang sekarang ni? Jenama mana yang spontan muncul dalam fikiran korang? Ada tak terfikir pasal THE BODY SHOP?


You said what? THE BODY SHOP? Yeahhh.. Pandai korang teka. So, review hari ini ialah Strawberry Hand Cream by The Body Shop. Excited ke idok? Yeahh.. Terima kasih sebab excited!!



PACKAGING

I really love the packaging. The hand cream comes in a tube packaging which is you need to squeeze it out and apply it to your hand. Aku ingatkan hand cream ni saiz dia besar macam lotion lain. Rupa-rupanya saiz dia kecik je. Like mini hand cream lah. So, this hand cream is perfect for travel, yeah just throw it into your bag.

SCENT

Oh my. The strawberry scent is so delicious. I cannot get enough of it. Sangat wangi dan bau strawberry dia tu kuat. Macam susu strawberry. Aku rasa macam nak makan je hand cream ni. Eh tak boleh, kang mati pulak. Hohoho. 

Cuma yang aku tak berapa rasa seronok ialah bau dia tak tahan lama. Bau dia akan hilang dalam 2 jam lepas pakai lah. Mungkin juga sebab terdedah dengan cuaca luar lah kot yang membuatkan dia tak tahan lama.  So, kalau korang nak tangan korang sentiasa berbau wangi dan sentiasa lembap, pakai lah beberapa kerap yang boleh.




TEXTURE

It absorbs really quickly, just within couple of minutes and you are good to go. Bila pakai tu serius tak rasa berminyak langsung. This hand cream is in a light gel, I guess. Sebab lepas sapu tu dia terus meresap dan kulit rasa lembut je tau. I kept sniffing my hands semata-mata nak hidu bau strawberry tu tau.


Take a look at this. This is how the hand cream texture look like. Non greasy at all.


PRICE

The Body Shop ni merupakan sebuah jenama yang agak terkenal dan sangat exclusive so aku expect harga dia pon 'exclusive' jugak. Pada pandangan aku lah sebelum beli, "Mesti mahal mak datuk The Body Shop ni. Dah lah jenama terkenal, kualiti pun bagus, beratus-ratus kot harga dia". Kau nampak tak betapa cepatnya aku memandai-mandai kata bukan-bukan and to my suprise harga dia not bad okay? 

Harga untuk hand cream dari The Body Shop ni hanya RM 21 je tau. Memula terkejut gak kenapa murah sangat? Hahaha. Mahal bising, dah murah pun bising. Banyak songeh doh aku. Sebab aku ingat 30 ml tu banyak dan normal macam lotion Echanteur tu, rupa-rupanya kecik je. I purchased it at discounted price sebab masa tu ada sale engkorang semua.



Lupa nak bagitahu. Selain strawberry, ada banyak lagi perisa (perisa engko, ko hado), seperti Coconut Hand Cream, Mango Hand Cream, Shea Hand Cream, Honey Mania Hand Cream, Moringa Hand Cream dan.. eh banyak lagi lah.


Ada yang limited edition lagi tau. Ni yang mak geram nok. Sebab apa? Sebab yang limited edition tu Glazed Apple, Frosted Cranberry, and Vanilla Brulee. Ketiga-tiga bau buah dan bunga ni perisa kegemaran mak tau. Kuang hajo lah dorang ni. Dah lah keluarkan perisa sedap-sedap pastu limited edition. Mak tensi tau. I wish dorang jadikan tiga bau ni as a permanent line.  



Setiap permulaan ada penghujungnya. Ceh. Kemain kau ayat 'cliche' sangat. Entri kita dah nak sampai ke penghujungnya la ya. Aku harap review aku ni dapat yakinkan korang untuk cuba hand cream ni. Ni nak suruh korang beli ke apa? Haha. Beli lah. Pastu review pastu tag kat aku pulak eh. Nak jugak baca review korang. So lepas ni produk apa pulak yang akan aku review? Okey lah aku kasi clue sikit. Produk yang aku nak review nanti ialah yeeeeahhhh masih sama dalam kategori The Body Shop. Kali ni mende alah lain pulak ya. Oh I love body care product.


SEE YOU AGAIN!!

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images