Skip to main content

A STORY OF MY LIFE.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


  Hai you all. Perghh, dah berbulan-bulan aku tak update apa kat blog ni. Sunyi macam kat tanah perkuburan dah. Hopefully lepas ni aku lebih bersungguh-sungguh lah nak update blog ni. 

 Perkembangan terbaru? Cewah cam retis lah pulak en. Sekarang ni aku dah pun masuk ke alam perkerjaan selepas 2 bulan menganggur lepas grad haritu. Convo pun dah setel dan aku pun takde terikat dengan Unisel lagi dah. Hurm. Ada orang mesti tanya kan best ke dah masuk alam kerja ni. Serious talk, once kau dah masuk dunia kerja ni, dunia kau akan berubah 180 darjah. Kenapa 180 darjah? Ye lah kang kalau kata 360 darjah kang kata menipu lak kan. Life macam biasa je sebenarnya cuma yang berubahnya, kau kene jaga disiplin dan etika kerja. Masuk keje kene on time, tak boleh lenggang kangkung cam korang selalu buat time belajar dulu. Tak boleh nak ponteng sesuka hati, terlambat bangun ke oh, malasnya nak gi kerja weh, tak boleh dah macam tu. Orang lain cuti sem, cuti sekolah, kau kene gi kerja. Hey, it's normal lah tu. Nama pun dah masuk alam kerja kan. Memang totally different.

Dah masuk bulan Feb baru terasa nak update resolution tahun ni. Semoga apa yang korang nak capai tahun ni In Shaa Allah dipermudahkan segalanya. Apa resolution aku? Tapi sebelum tu aku nak highlight sikit kot momen-momen indah tahun 2015. Let's check it out.


1) AKU DAH SELAMAT GRAD! 

Alhamdulillah, bulan 10 haritu aku dah selamat grad. Setahun tunggu tau nak convo ni. Masa nak convo ni macam-macam proses aku kene lalui untuk melayakkan diri aku ni pergi convo. Kalau tertinggal walau satu perkara, sekian tak payah gi convo. Kah! I am such a happy girl in the world. Time convo ni lah dapat jumpa geng Unisel dulu weh. Tapi time macam ni dah tentu-tentu busy so takde nak chit chat lama. Kalau dengan bestfriend aku tu sempat lah tanya khabar. Rindu dorang dol.



2) DAPAT KENAL DAN JUMPA ORANG BARU.

Tahun ni aku dapat kenal dengan ramai orang. Ada yang dah jadi kakak angkat aku dah. Kawan-kawan sekerja, kawan-kawan bisnes, bos kat office, bos dan mentor aku dalam dunia bisnes, dan ramai lagi.


3) MENCEBURI DALAM DUNIA BISNES.

Aku memang suka bisnes. Jadi tahun ni aku cabarkan diri aku terjun dalam dunia bisnes ni. Bisnes biasa je weh, tapi aku seronok sebab aku dapat banyak ilmu dalam dunia bisnes nie. Semoga dengan adanya apa aku buat sekarang ni, siapa tahu aku boleh jadi macam dorang?


Rasanya ni lah kot yang aku ingat. Life aku biasa-biasa je tahun lepas. Hopefully tahun ni luar biasa lah. Hehehe. Aku ni dah lah krik krik.


Ada post menarik nak share kejap lagi. Stay tuned.



Comments

  1. Wahh congratulations! I pon baru habis graduation day and now tengah kerja dengan one company which selling beauty products from Korea. Have some drop visit to the website ea. Thank youu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dear, tenkiu so much. you too babe. okey sure will visit yours..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BUTIK-BUTIK KEGEMARANKU..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Minggu ni dah masuk minggu ketiga raya. Kejapnya masa berlalu. Tetiba teringat masa bulan puasa dulu bila tengok gegirl macam kita ni sibuk shopping untuk raya. Especially kat Instagram. Macam-macam ragam dan kerenah aku jumpa tengok customer nak shopping baju ni. Semuanya hanya dihujung jari kan. Baju dan tudung raya cantik kan, lambat sikit, cepat sold out. Den dah berapa kali terlepas. Sodih.
Harini punya topik aku nak citer dengan korang beberapa buah butik yang berjaya memikat hati aku ni. Kiranya my favourite boutique lah gitu. Well, sejak ada Instagram ni aku kenal macam-macam butik. Tak lupa jugak, macam-macam fesyen baju raya aku jumpa. Ada yang 'WOW', 'AMAZING', 'Masha-Allah cantiknya' dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap hari jugak lah asal bukak Instagram je mesti dok ngadap butik-butik femes ni. Dah meh nak citer ngan korang butik yang aku suka ni.

1. Fabulous Heejab Boutique

Comel tak design logo Fabulous Heej…

BEZA FOUNDATION DAN BB CREAM..

Assalamualaikum semua.

  Siapa penggemar foundation kat sini? Kita sama. Siapa yang gemar memakai foundation hampir setiap hari? Kita serupa juga. Haha. Okey, tanpa melengahkan masa lagi, jom kita ke topik hari ini. Sebenarnya aku ada benda best nak share dengan korang hari ni. Hari ni aku nak cerita pasal beza antara foundation dengan BB cream!! Walaupun most of you dah tahu beza dia kan, tapi aku tetap nak share jugak. Sebab aku suka entri dalam blog aku ni lebih kepada daily tips for you, pasal mekap-mekap ke, pasal rutin penjagaan wajah dan rambut dan lain-lain. Apa-apa sahaja tips akan dikongsi kat sini. Untuk apa ya? Lah, untuk korang jugak. Hehehe.

FOUNDATION

Mula-mula sekali korang kena tahu, foundation ni bukan untuk memutihkan kulit ya sebaliknya fungsi dia ialah untuk menyamaratakan tona kulit yang tak sekata tu.Tekstur foundation agak tebal sikit banding dengan BB cream, tapi sekarang ni yang aku perasan dah ada  foundation yang tekstur nipis.Full coverage. Maksudnya, found…

JENIS-JENIS FOUNDATION..

Assalamualaikum semua.

 Whoot whoot. Kita ada topic best nak share dengan korang hari ni. "Eh, topic apa yang best sangat tu?". Okey topic kali ni kita nak share dengan korang semua jenis-jenis foundation yang dah wujud kat pasaran sekarang ni. "Ah sudah. Foundation pun ada jenis-jenis jugak? Aduih, banyaknya nak kena pakai lepas ni.". Hohoho, jangan risau kawan-kawan ku. Sebab tak ada siapa pun yang sanggup pakai foundation dua tiga jenis dalam satu masa. Ini cuma basic yang perlu korang tahu aja mengenai foundation. I bet, mesti most of you dah tahu dah jenis-jenis foundation ni. Well, saja nak share jugak kat dalam blog ni untuk korang. By the way, kenapa mesti jenis-jenis ya? Sebab, sebenarnya setiap orang mempunyai kulit muka yang berbeza-beza. Ada yang muka dia semulajadi kulit normal, ada yang mempunyai kulit muka berminyak, ada yang mempunyai kulit muka kering dan ada jugak yang kulit muka kombinasi. Setiap daripada kita ni yang mempunyai kulit muka berbeza…