MAKAN-MAKAN DI MYKORI NILAI!

11:19 pm

Assalamualaikum and hai!

  Hai semua. Ini bukan blog berhabuk ni. Ini dah tahap blog usang! Ampun u gais. Most of the time Kak Kelly prefer update my daily life on Instagram and Facebook je sekarang. How's life anyways?

  Harini Kak Kelly nak share tempat makan menarik yang Kak Kelly pergi 2 minggu lepas! Perginya dah lama, baru sekarang nak update. Maaf lagi sekali. Again, apa-apa sekarang Kak Kelly akan update dekat IG dengan FB.

  Dah jangan buang masa lagi. Ayuh baca! Before that Kak Kelly share sikit Mykori ni natang mende? Mykori ni sebuah cafe yang jual pemanis mulut a.k.a dessert. Ala-ala cafe hipstur gitu. Kak Kelly pergi yang kat Nilai.

  Killer product dia ais kepal yang disirami pelbagai flavor such as mango, strawberry, chocolate and so on and also with topping!

  Dessert je? Benda lain takde ke? Nasi ke mee goreng ke? Sis, kalau I cakap dorang ada roti canai, u percaya tak? Duhh just kidding! 

  Selain ais kepal Mykori ada jugak jual dessert lain such as croissant, dorang punya signature toast, ice blended pun ada uolls. Kak Kelly pergi Sabtu yang lalu and pergi dengan kawan kerja sekali. Dorang lah duk hasut Kak Kelly ajak pergi. Ku turuti jua *sambil bukak purse kira duit .

 Bila pergi dengan member ni yang bestnya aku rasa sikit kau punya, kau rasa lah aku punya sekali. Tak gitu. Meh Kak Kelly nak payung 3-4 gambar apa yang kitorang makan kat sana. Menurut website dia, Kak Kelly sertakan sekali nama dessert and harga dia. Oh btw, dia ada dua size, mangkuk kecik mangkuk besar. Harga of course lelain. Cekidout.


Mont Fuji Kakigori (LEFT)
Large : RM 22
Mini : RM 14

Made with yogurt ice, fresh strawberry, fresh mango, charcoal cream and almond dice.

Strawberry  Cheesecake Kakigori (RIGHT)
Large : RM 22
Mini : RM 14

Made of milk ice, fresh strawberry, cheesecake, cracker crumbs, whipping cream & strawberry puree!



Chocolate Banofee Kakigori (ni i punya)
Large : RM 22
Mini : RM 14

A sinfully delicious combination Dark Chocolate flavoured ice, Oreos, Brownies, Caramel, Banana & Chocolate!


Mango Honey Crunch Toast (LEFT) RM 21

A delightful mix of mango and honey, on toast, served with two scoops of ice cream of your choice.

Kenko Kakigori Yogurt Ice (RIGHT) RM 14

With 2 fruit Toppings and 3 Grains toppings.


Croissant Chocolate Banana Taiyaki (LEFT) RM 7
Croissant Chicken Slice & Cheese Taiyaki (RIGHT) RM 7



Ni gambar kesemua yang kami makan.

  Overall rasa dia semua ok. Kalau korang first time nak cuba korang boleh try yang mini dulu. Kak Kelly haritu amek yang mini je. Tu pun tak dan nak habiskan tapi paksa diri jugak habiskan. Tak baik membazior. Sebab dah full perut rasa macam macam. But it's up to you nak amek yang large.

  Review? Kak Kelly rasa macam okay lah rasa dia. For me tak terlalu manis sangat kakigori dia tu. Yang ais kepal tu. Yang Kak Kelly punya tu dalam dia ada brownies, pisang, pastu ada chocolate syrup lagi seperti yang diberitahu.

  Bagi yang nak lawan dengan air masak tu korang jangan risau ok. Sebab kat sini dorang sediakan air masak FREE untuk korang. Yang guna machine tu kau main tekan tekan jelah nak air suam ke sejuk ke semua ada belaka. Yelah dah makan benda manis kan mesti nak balas balik dengan air kosong.

  Other menu korang boleh bukak website dorang ok! https://mykori.my/ .

  Kak Kelly tak dan nak cuba ice blended dia. Nampak macam sedap. Takpelah next time Kak Kelly datang lagi Kak Kelly cuba benda lain lak. Oh ya! Dah jauh jauh datang tu jangan lupa selfie kat sana ok! Sebab dorang ada sediakan photo booth sekali kat sana. Yang Kak Kelly pergi ni siap ada buai lagi. Tapi Kak Kelly tak naik lah. Risau roboh buai orang.

  Tak rugi pun cuba. If you saje saje nak basahkan tekak, nak makan simple simple, malas nak makan nasi, orang kata nak basahkan tekak ala ala hipstur yeah Kak Kelly rekemen uolls datang sini ok!

  Untuk warga Sepang and Nilai, Mykori Cafe ni ada di Nilai dan juga Kota Warisan, Sepang. Nanti cari ok!


Bye muachh ciked.




You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images