MAKAN-MAKAN DI PAPPAGRILL SEPANG!

3:05 am

 Assalamualaikum and hi!

  Hey guys. Lamanya tak update blog. Setelah setahun tak update, agak usang dah blog ni. But don't worry guys. Harini ada special blog post kita nak buat. Kita kembali lagi dengan restaurant hunting bersama kak kelly.

  Lately ni kak kelly suka betul membawa diri ke tempat-tempat menarik, yang viral, yang disebut ramai. Mana tempat best, tak kira tempat bercuti, tempat makan best, tempat amik gambar cantik-cantik untuk muat naik dalam Instagram, kak kelly mesti cari masa luang untuk pergi. Kak kelly sejenis at least once in a month harus keluar untuk tenangkan diri dan fikiran dari kerja yang memenatkan. So jom kita baca.

  Kalini kak kelly nak share satu restaurant for western food yang best di Sepang. Since I lived here, memang selalu pergi dah makan sini. Orang kata kalau repeat makan tempat sama ni maknanya kita sukaaa sangat dengan tempat tu, sama ada makanan dia sedap, layanan yang mesra dan baik, environment best, harga reasonable dan sebagainya. So here are the restaurant that I've been talking about.


So, ini logo restaurant PappaGrill tu.

Nama restaurant ialah PappaGrill, located in Kota Warisan, Sepang. Orang Sepang mesti tahu tempat ni. Sederet nak masuk ke KIP Mall, Kota Warisan. Paling best sebelah dia cafe Mykori tu ahaks.


Ini view dalam restaurant tersebut. Yes memang tak besar mana. But i find it very cozy, relax and tak serabut dengan ramai orang.

  Ayuh tengok apa yang kak kelly makan kat sini. Selari dengan nama restaurant ni, semestinya hidangan dia more to western food. Ada spaghetti range, steak range, ada nasi goreng, side dishes such as fries, potatoes wedges, mushroom soup, coleslaw, garlic bread dan sebagainya. Kak kelly tak ingat sangat semua menu yang ada. Lupa nak snap gambar menu. Tapi sedih sikit sebab mash potatoes takdekk. Uhukk. 


PAPPAGRILL CREAMY CARBONARA - RM 14.90 
RATING 5/5

  Thissss. I don't know how to describe my feeling when this creamy and cheesy spaghetti carbonara going through my mouth. Kau akan rasa kepuasan sangat bila makan yang kak kelly order ni. Perut kau akan penuh dan tolak makanan yang lain the moment you finish this one. Serious kak kelly tak tipu. Kuah dia pekat, berkrim, berlemak dan cukup rasa. Kau tak kan jumpa tempat lain yang boleh buat sepekat berkrim macam ni. Kalau ada bagitahu kak kelly. Sebab tempat lain yang kak kelly pergi doesn't meet my expectation macam this one.




PAPPAGRILL SEAFOOD AGLIO OLIO - RM 24.90
RATING 5/5

  Everyone, please give this an applause! For those of you yang suka Aglio Olio please, please, please try this one. Kak kelly jatuh cinta dengan rasa dia bila tumpang rasa kawan punya. Then the next two days I came again terus order sepinggan macam ni. Rasa dia pedas, cukup rasa, rasa herb lengkap lah dalam tu. Oleh kerana kak kelly order seafood so dia ada sotong, kupang dan udang yang dah siap kopek kulit. Kau tinggal makan je guys. Rasa puas makan, rasa tak cukup, rasa nak order lagi ahakss. 




PAPPAGRILL SIRLOIN STEAK - RM 39.90
RATING 4/5

  I love this sirloin steak so much. Berapa kali repeat makan. Sirloin steak yang dihidang bersama sos mushroom black pepper. Ada brokoli, lobak dan wedges. Sirloin dia cukup rasa dengan perapan herb dia. Sayur dia pun kak kelly dip dalam sos sekali tau. Cuma tak puas hati sebab saiz daging dia. I kan kuat makan. Kalau boleh suka portion yang besharrr.




PAPPA CHICKEN GRILL - RM 15.90
RATING 4/5


  Pappa Chicken Grill ni signature restaurant dia. Kak kelly suka dengan rasa dia, again mix well with the herbs, ayam grill yang lembut, cicah pulak dengan sos mushroom black pepper dia. Siapa yang suka chicken chop korang boleh try yang ini.



PAPPAGRILL MAHARAJA PLATTER SET FOR 2 PERSONS -RM 69
RATING 5/5


  Last but not least, I present to you platter set yang korang boleh rasa semua dalam satu talam. Untuk set maharaja ni untuk makan 2 orang. Ada spaghetti, korang boleh pilih nak yang macam mana. Haritu kami pilih aglio olio. So dari sini kak kelly tumpang rasa and jatuh cinta aglio olio dia. Pastu ada 3 jenis daging kalau tak silap. Ada lamb, chicken dengan beef. Ada potatoes wedges, fries, sweet potato, even sayur pun banyak ui. Tak lupa juga dengan dipping sauce untuk steak dia. Kira korang akan dapat rasa semua lah dalam talam ni. Untuk harga RM 69 per tray I guess okay sangat dengan portion dia.

  Ekceli ada a few menu lagi kak kelly cuba such as Classic Beef Bolognese dan Jungle Seafood Fried Rice. Pun sedap gak tapi tulah takde gambar lak sebab ni orang lain punya, kak kelly tumpang rasa je. Lenkali kita cuba menu lain gak. 


  I hope korang enjoy dengan my humble review ni. Tekak kak kelly ni asal boleh telan makanan tu then i consider sebagai Sedap lah and also kalau korang pergi cuba nanti semoga apa yang kak kelly review ni memang betul kena dengan selera korang. Sebab bila melibatkan makanan ni, kadang-kadang kita tak sama taste. Kak kelly suka dengan makanan tu, orang lain just boleh lah. Orang lain suka makanan tu but for me biasa biasa lah. Lebih kurang camtu lah. For the price range, i think it is a standard price. Boleh diterima lagi setanding dengan kualiti makanan dia. Apa-apa pun kalau dah cuba let me know okay!

  See you in next post.



You Might Also Like

1 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images