KEK PANDAN HIJAU CHEESE LELEH!

2:03 am

   Assalamualaikum gais. 

Pejam celik pejam celik dah masuk awal bulan Julai 2021. Begitu cepat masa berjalan setahun dua ni kan? Kepada warga Selangor, selamat berPKPD iolls ucapkan. Senasib lah kita sobs sobs. Bila lah nak habis benda ni semua. Penat tau kena kurung 😓. Stay strong gaiz.

Harini aktiviti Kak Kelly kita baking baking uolls. Dah lama nak makan kek pandan cheese leleh ni. Buat sendiri je lagi senang weh. Nak cari bahan-bahan dia mudah je tau korang cari kat mart biasa pun akan jumpa. Jom tengok bahan-bahan dia dulu.



BAHAN-BAHAN KEK PANDAN HIJAU CHEESE LELEH!

All you need is :

1. 1 cawan tepung gandum / tepung kek

2. 3/4 (140gm)  cawan gula kastor

3. 2 sudu kecil serbuk penaik

4. 4 biji telur gred A / B

5. 1 sudu besar ovalet

6. 1 sudu kecil perisa pandan / pandan emulco

7. 2 sudu kecil pewarna hijau

8. 1 sudu kecil esen vanilla

9. 1/4 cawan minyak masak


Untuk cream cheese :

1. 500gm cream cheese ( suhu bilik )

2. 1 kotak kecil whipping cream

3. 1/2 tin susu pekat manis

4. 1/3 cawan susu segar


*ralat, mentega tidak diperlukan. Saje over letak sekali dalam gambar hehe ampun.


Now move on to the steps everyone. Step dia sangat lah mudah.


Step pertama, korang masukkan 4 bahan ni dulu iaitu telur, gula, ovalet, dan perisa pandan. Dalam gambar ni yang warna hijau tu Kak Kelly guna pandan emulco. Pekat kan warna dia. Bau dia Allahu harum sangat bau pandan dia.




Korang putar 4 bahan tadi menggunakan mixer macam dalam gambar ni. Putar dengan kelajuan laju dalam 5 minit. Jadi teksture dia akan jadi macam dalam gambar bawah ni 👇👇.




Tekstur selepas diputar selama 5 minit dengan kelajuan laju. Dia akan jadi macam creamy, ringan dan lembut. Move on to the next step.


Step kedua, ayak terus tepung gandum dengan serbuk penaik ke dalam adunan tadi.




Step ketiga, and the fun part is, masukkan pewarna hijau uolls. Jangan lupa esen vanilla sekali. 




Step keempat, kita putar lagi uolls. Yang ni jangan lama sangat. Asal sebati semua saling melengkapi dah cukup. Putar lama-lama nak pergi mana?




Opps jangan lupa masuk minyak tadi ya. Tujuan minyak diletak untuk bagi kek tu lembut lembap berminyak dan tidak rasa kering tercekik bila makan ya. Selalu aku jumpa kek yang dibakar dikukus rasa kering dan tak lembap. Oh ya! Yang ini korang kaup balik guna spatula je tak perlu guna mixer dah. Setel part ni.




Setelah siap dituang ke tiga bekas sederhana besar bulat. Korang tuang tu jangan penuh sampai ke atas pulak. Tuang separuh pun dah okay. Sebab atas dia kan kita nak letak cream cheese. Lupa eh? 😂😂. Ok ok gurau je. Lepas tu nak buat apa ni gaiz? Kita KUKUS, KUKUS, KUKUS. 

PANASKAN PENGUKUS JAP SAMPAI WAP AIR DIA NAIK.

KUKUS SELAMA 20 MINIT API SEDERHANA BESAR.

SENTIASA CEK AIR PARAS MANA SETIAP KALI KORANG BAWAK MASUK / KELUAR BEKAS KEK. 

Kalau ada aluminum foil lagi bagus untuk tutup permukaan atas dia supaya air kukusan tak masuk dalam kek nanti tak cantik oi. Paham tak ni people?

.

Baiklah sementara kek tengah kukus jom kita buat cream cheese dia pulak. Allahu ni lagi senang nak buat. Camna cara dia? Korang gi amek blender jap. Korang masuk je kesemua bahan buat cream cheese tu dan blend sampai sebati. Bahan apa ya? 


CREAM CHEESE, SUSU SETENGAH TIN, SUSU SEGAR & WHIPPING CREAM.



Masuk macam ni gaiz. Mudah bukan. Blend lah lemah lembut. Asal sebati semua bahan then you are done this part!

Kek siap masak je, korang sejuk kan dulu, pastu baru tuang cream cheese dia. Macam gambar bawah ni!




Yeay dah siap! Rasa bangga siut dapat siapkan kek pandan cheese leleh ni. Oh ya! Atas dia korang boleh hias ikut kreativiti korang ok. Macam Kak Kelly punya, masa kek dah sejuk Kak Kelly trim sikit atas kek tu, hancurkan dan tabur atas dia. Boleh je nak letak cheese parut atas dia tapi haritu aku tengok harga mahal nak mapuih. Huh tak jadi beli so aku hias biasa-biasa je. Btw lawa tak kaler hijau dia? I tergoda you.

Eh lupa lak nak habaq. Lepas je hias, sejuk kan dalam peti ais semalaman. Makna kata esok lah baru korang merasa kek ni huahua. Ni aku pun tak rasa lagi tau sebab tengah sejukkan.

Kek dia moist berminyak ya. Memang rasa lembut macam kek span. Cream cheese dia also very nice. Ada rasa masam manis. Gabungan yang mantop. Yang aku buat siap ada lebihan, boleh lah esok main cicah cicah ke.


Okey gaiz itu sahaja untuk post harini. In Shaa Allah pasni lagi banyak resepi kek yang aku nak cuba. Korang ada cadangan? Boleh rekemen kat Kak Kelly ya!


Selamat mencuba!



You Might Also Like

1 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images