My Shopee Haul - Barang Dapur

12:57 am

 Assalamualaikum and hi all.


  Siapa kat sini dia suka giler shopping barang-barang dapur dekat Shopee? Sebab apa korang suka shopping kat sana? Sebab murah kan? Atau sebab banyak pilihan? Lepastu banyak gajet dapur comel-comel pulak tu. Mana tak geram nak add to cart kan?

Lagi-lagi pulak sekarang ni tengah trend di tiktok video orang organize dapur, refill barang, tampal sticker, susun cantik-cantik dan macam-macam lagi. Kak Kelly ni cepat terpengaruh punya orang and now I am in the mood to decorate my kitchen hanya guna barang yang dibeli di Shopee. 

Jom tengok hasil tangkapan kak kelly.


1) Multi Layer Egg Storage Box Container 30 pcs 


f

5/5

Uolls, Kak Kelly jatuh cinta sangat dengan kotak telur ni tau. Boleh susun 30 biji telur cantik-cantik dalam tu dengan kemas. Dia ada dua tingkat jugak but I chose 30 pcs je sebab it fit dalam peti kita. Okey lah 30 pcs tu kira banyak jugak. Lepas susun telur tu korang boleh sorong masuk dalam bekas dia.


2) Rice Dispenser 12 KG



4/5

Jatuh cinta sangat dengan rice dispenser ni. Ia sangat memudahkan kerja kita nak sukat beras tau. Kalau korang perasan lubang-lubang tu adalah untuk tos air beras semasa dicuci. Tekan-tekan punat terus keluar beras tu. Ya memang dah disediakan sekali cawan sukat. Also lagi nampak kemas tersusun dan tak terabur. Cuma masa sampai tu dia takde sediakan manual dia so kami terkial-kial pasang. Cari kat youtube pun jenuh nak jumpa. Susah sikit nak pasang. Beli dengan harga RM 33.68.


3) Twist Lock Air Tight Food Storage Container 600ML, 1300ML, 200ML



5/5

Yang paling suka sekali sudah tentu bekas kedap udara ni uolls. Paling aku terpengaruh sekali bila cari bekas cantik-cantik untuk susun semua barang dapur korang. Rempah ke bijirin ke, spageti macaroni, tepung-tepung, kopi teh milo gula dan banyak lagi.

Kalau orang lain suka yang wooden jar punya tapi Kak Kelly suka yang macam ni lagi. Wooden jar tu pun cantik gak tau. But Kak Kelly saja lah nak cari kelainan sikit tak nak sama macam orang lain punya hehe.

Apa yang specialnya ialah bekas ni dia Twist Lock which is tutup dia ada fungsi kunci. Kalau nak kunci kau kena twist ke kiri. Memang sangat secure. Bekas yang kedap udara In Shaa Allah tak masuk angin lah korang punya rempah nanti.

Memula beli bekas tutup putih tu dulu untuk tengok banyak mana boleh isi dalam dia. Try and adjust lah konsep dia. Ada yang sesuai dengan item ni ada yang tak sesuai dengan item tu so kita akan adjust balik ikut kesesuaian dia bila nak refill nanti.

Puas hati dengan bekas ni Kak Kelly repeat beli lagi. Kalini warna pink pulak. Oh my pink tu cantik giler okay! Kak Kelly beli 600 ML warna pink sahaja sebab nak isi rempah dalam tu. Nanti dah siap semua kita tunjuk okay! 


4) Sticker Label Dapur 



5/5

The most fun part is to label your items! Yang ni paling Kak Kelly suka bab melabel barang-barang dapur ni. Puas cari kat Shopee nak cari yang paling cantik, paling berkualiti, paling perfect lah senang cerita. Yang ini korang boleh custom sendiri tau ikut keperluan setiap dapur. Sebab masing-masing tak sama kan. Ni pun Kak Kelly testing dulu nak tengok macam mana. So far okay until now. Maybe akan beli lagi but nak cuba font lain pulak. Nanti Kak Kelly akan up posting lain khas untuk label ni pulak. Korang excited tak nak tengok?

That's all for today. Tak banyak pun shopping sebenarnya. Sebab kita beli sikit-sikit ikut bajet. Bajet bulan depan dah plan nak beli benda lain pulak. Overall dapur kita baru 30% siap. Masih panjang lagi nak bagi complete. So korang ada idea lain tak apa yang kita patut cuba? Mana lah tau ada terlepas pandang kan.

Thank you for reading!




You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images