MAKAN-MAKAN DI THE BRGR & URBAN ARTISAN CAFE!

2:30 pm

 Assalamualaikum semua. Salam Ahad.


 Harini nak review sikit aktiviti makan-makan semalam di Restoran The Brgr / Urban Artisan Desserts Cafe. Terdapat dua cawangan restoran ini iaitu di Georgetown, Penang dan di Subang Shah Alam, Selangor. Kami pergi ke cawangan Shah Alam sahaja memandangkan ianya paling dekat dengan kami. Seperti yang korang lihat di gambar bawah, ini adalah restoran di cawangan Shah Alam.




 Apa yang menariknya kat restoran ni? Untuk pengetahuan korang restoran ini menyediakan juadah makanan segera seperti burger, kentang goreng dan manisan yang sedap-sedap serta unik seperti BUBBLE WAFFLE WITH ICE CREAM AND TOPPING, DUO FLAVOR ICE CREAM  dan HANDCRAFTED ICE CREAM FLAVOR. Untuk mengelakkan korang keliru, Restoran The Brgr dan Urban Artisan Cafe ni bergabung dalam satu kedai tau.



Urban Artisan ni untuk desserts punya tau. Jom tengok apa manisan yang best tu.
 





It's Bubble Waffle with Ice-Cream and Topping uolls. Meleleh air liur tengok. Gambar dari FB HQ.




Wau, unik bukan aiskrim macam ni. Korang akan dapat dua flavour dalam satu kon.


Tapi Kak Kelly bagitau awal-awal tau bahawa aiskrim ni korang boleh dapatkan di cawangan Penang sahaja. Di Shah Alam tiada. Sedih gak sebab semalam nak datang sini sebab nak makan aiskrim ni lah. Tapi tidak mengapa menu lain ada jadi kita cuba yang lain jelah.



Okay jom tengok menu burger pulak.  Nampak menyelerakan.



Ini menu dia tau. Btw, untuk makluman korang, Restoran The BRGR ni rupanya ada 4 cawangan iaitu:


The BRGR Subang, Shah Alam 
The BRGR Section 14, Petaling Jaya
The BRGR Setapak, Kuala Lumpur
The BRGR Georgetown, Penang

Urban Artisan je ada 2 cawangan tau.

Now move on to the actual review from me. Untuk Kak Kelly, I order Black Pepper Grilled Beef. Korang boleh pilih tau nak ayam, daging atau kambing, Harga juga tak sama. Korang juga boleh pilih sama ada nak a la carte atau set bersama air dan fries pilihan korang. Fries pun dia bagi 3 pilihan tau iaitu fries, curly fries dan wedges.




This is mine. Maaf Kak Kelly takde nak amik gambar details sangat. Sebab perut dah lapo. However I do enjoy this handmade patty burger with black pepper sauce. Burger ni rasa pedas sosnya bersama daging yang panas-panas dimasak atas pan. Bila makan dagingnya ada rasa juicy berair gitu. Makan sekali je Kak Kelly rasa kenyang dah sebab isi dagingnya padat dan manpat.


Ini isi dalam burger yang Kak Kelly amek semalam. But mine is beef sahaja. Korang boleh pilih nak ayam, daging atau kambing tau. Gambar amek kat FB HQ.



Untuk manisan pula Kak Kelly decided untuk amek Signature Buttermilk Bubble Waffle in Strawberry Chocolate Topping with Ice-Cream. Cukuplah untuk sorang makan. Ghisau amek banyak-banyak tak habis makan pulak. Untuk flavor yang ini, ada strawberry, ada vanilla ice-cream, ada bubble rice, ada kinder bueno dan choc sauce. Vanilla ice-cream dia sedap okay.

Honest review, I really liked this. Kak Kelly rasa bubble waffle ni menarik, cute also comel macam bayi yang sedang tidur 😂. Sebab masa pegang bubble waffle ni rasa macam pegang bayi infant tau hehe. Kak kelly siap cakap dengan kawan Kak Kelly, shhhh baby tengah tidur ni jangan bising nanti dia terjaga 😂.

Apa yang Kak Kelly suka lagi ialah rasa bubble waffle ni lagi senang nak makan. Sebab apa? Sebab you just koyak kan yang bubble tu je and calit dengan topping dia then you are good to go. Kak Kelly tak gigit direct ke waffle pun. Macam sarang lebah pun ada. So easy to eat.


Meanwhile my friend order Chocolate Topping with ice-cream. Isinya ada oreo crumble, kitkat, chocolate ice-cream, choc sauce and choc stick. Not so bad rasa dia. Aiskrim pun sedap jugak. Next time nak cuba flavor lain pulak.

Overall Kak Kelly puas hati makan sini. Cuma frust tak dapat duo flavor ice-cream tu je. Nak kena ke Penang lah kita nampaknya eh tiber. Penang pun dalam wish list gak ni. Wait okay. Rating 4.5/5 for this restaurant.


So, that's all for today. Thank you sudi baca,


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images