JALAN-JALAN DI BANDAR HILIR, MELAKA!

10:19 pm

 Assalamualaikum and hi guys!


 Hampir setahun Kak Kelly tertangguh nak buat posting khas lawatan kami sekeluarga ke Negeri Melaka ni. Hal ini kerana bagi menghormati perasaan semua rakyat Malaysia termasuk lah diri ini yang tidak dapat merentas negeri sepanjang tahun 2021. Alhamdulillah pada 11 Oktober 2021 kita dah boleh rentas negeri balik syukur. By the way lawatan ke Melaka ni dilakukan pada tarikh 29 - 31 Disember 2020 ya.


  Seminggu sebelum masuknya tahun baru 2021, Kak Kelly menghabiskan baki cuti tahunan dengan short vacay di Bandar Hilir, Melaka! Kenapa Melaka? Kenapa tak Langkawi, Penang, atau Pangkor? Sabar gais, Langkawi dalam perancangan dah ikutkan bulan 11 haritu dah berlepas kami, namun Kerajaan umumkan PKPB, dan sekat terus aktiviti keluar masuk ke setiap daerah dan negeri. Tak boleh rentas daerah dan negeri dalam tempoh itu. Maka kami pun takpelah extend plan bercuti kami ke tarikh bila tak tahu lagi. Masih belum ada perancangan lagi memandangkan sekarang kes pun makin tinggi (entri ni ditaip pada awal tahun 2021).


  Untuk makluman kak kelly memang dah selalu datang Melaka sebab kampung iolls kat sini uhuhu. Cuma tak pernah ada peluang nak jalan-jalan area Bandaraya Melaka tu. So kami pergi 3 hari 2 malam sahaja. Kami pergi pada tarikh 29 - 31 Disember 2020. Kak kelly ada buat list tempat-tempat menarik untuk dilawati. But most importantly SOP memang kena patuh ketat-ketat. Wear mask all day and always sanitize your hands. 


Day 1 = 29/12/20

1. Menara Taming Sari

  • Selepas kami sampai dan check in di hotel pilihan, kami rehat jap, petang lepas zohor kami terus ke Menara Taming Sari.
  • Rupa-rupanya Menara Taming Sari tutup buat sementara waktu. Saja tanya orang sana, berapa lama tutup. Menara Taming Sari tutup sampai Mac 2021. 
  • Tapi since PKP ni tak sure bila dia akan bukak balik.
  • Untuk menenangkan hati yang duka cita, kami pekena cendol semangkuk area berhampiran jugak.
  • Update 8/12/2021 Menara Taming Sari dah buka ya. Enjoy!
2. Naik beca ronda-ronda 

  • First time naik beca tau. Mula-mula macam segan lak sebab orang pandang-pandang. Lepastu I terus enjoy ok and literally say hi to everyone we're passing by.
  • Korang jangan rasa segan lah ok just enjoy the view. Harga sewa beca is RM 25 per ride. Haritu dorang ada cakap, nak ikut jalan jauh ke dekat. So we chose dekat and tu lah harga dia. Yang jauh tak pasti lak gais. 


Wajib bergambar bersama beca dulu. Kak Kelly opkos pilih pink okay.

  • Beca bawak kami masuk ke Kota A-Famosa. Ikutkan memang nak panjat A-Famosa tu but since waktu tu macam dah nak maghrib, kak kelly putuskan untuk datang balik esok harinya. Risau lak maghrib gini main masuk tempat lama. Tau pun cuak.
  • Dekat sini korang akan jumpa people who wear costumes such as a magician, mickey mouse, donald duck and many mores. Boleh lah buat bergambar.

Saje aku bagi gambar jauh-jauh biar nampak kecik dalam gambar 😂.

3. River Cruise

Malam tu kami decided untuk jalan-jalan area bandar dan naik cruise menyeberangi Sungai Melaka. It was fun and happening sebab ini pengalaman pertama Kak Kelly naik cruise pada waktu malam. Kalau malam ni cantik sebab ada pasang lampu warna-warni sepanjang Sungai Melaka tu.


Our cruise.


Kita selfie dulu ya.


Welcome to Malacca River yalls.

Untuk tiket masuk Kak Kelly dah tak ingat tau berapa kena. Mungkin dalam RM 30++ camtu lah untuk dewasa. Apa-apa pun korang try survey kat website ya. Mana tau ada perubahan harga. By the way kan, masa ni kami dah letih sebenarnya. Sebab siang dah drive ke sini 2 jam lebih. Lepas check in rest kejap je kami keluar balik. Dia punya letih tu malam nak keluar lagi tu nak naik cruise punya pasal 😂. Yelah dah datang sini kan memang pulun jalan lah, tak nak tinggal satu pun tempat. Itu yang gambar pun macam orang mengantuk je hehe.


Lepas dah penat berjalan, jom lah kita dinner kat WARONK ni. Kedai ni berdekatan Sungai Melaka tu jugak. Masa kami naik cruise memang lalu depan kedai ni.



Day 2 = 30/12/20


1. Lawatan ke Kota A-Famosa

Untuk hari kedua ni kami dah plan nak masuk Kota A-Famosa sebab semalam tu rasa seram lak nak masuk time maghrib. Plus tak puas jalan kan. Hari kedua kami tak naik beca pun, kami park area berdekatan.



Hello you. Eh tiber 😂

Masuk sini percuma je okay. Aku ingat kena bayar haritu. Masa sampai kat atas tu nanti ada lah orang jual souvenir boleh lah beli untuk kenangan. Aku dah tak tau nak type apa ni korang enjoy tengok gambar jelah ya.


One of monument dalam A-Famosa tu.


Masih dalam A-Famosa.


Sempat gak amik gambar view dari atas.



View dari atas lagi.



Sedih akak tau.Bila kau masuk sorang-sorang takde teman, maka yang posing pun kau, yang amik gambar pun kau. Cedih 😂


2. Lawatan santai ke Menara Jam Melaka, Stadthuys, Dataran Pahlawan

Lepas je puas menjelajah ke Kota A-Famosa, Kak Kelly terus ke tiga tempat ni. Mula-mula Kak Kelly pergi ke Dataran Pahlawan dulu sebab paling hampir dengan Kota A- Famosa, like sebelah dia je gais. Nak jugak jejak kaki ke sini. Masa sampai ke Dataran Pahlawan haritu tak ramai orang pun beb. Tak sesak, takde orang lepak situ sangat.


See, sunyi you. Macam terbiar.


Selfie sikit.



Stadthuys hadir.


Menara Jam Melaka hadir.


Aktiviti kami ni berlarutan sampai ke petang. Jadi badan dah terlalu penat. Masa ni fikir nak cepat-cepat balik hotel nak rehat. Actually, Kak Kelly dah tak berapa ingat apa aktiviti kami malam tu. Yang pasti, cuma pergi makan saja kot. Lepastu balik hotel dan rehat. Tempat kami makan pun dah tak ingat.

Cuma Kak Kelly nak sharing pasal hotel kami menginap je. Kami pilih hotel Eco Tree Melaka kerana availability masa itu. Hotel ni terletak di tengah Bandar Melaka tu. So memudahkan kami untuk jelajah area Bandar Hilir.


Hotel kami.


Ini view atas sekali ya pada waktu malam. Gambar dari Google. Masa kami menginap haritu, hati ni nak sangat naik atas nak tengok view. Tapi my dad tak bagi woi. Dia kata 'Kau nak buat apa naik atas, kan club kat atas tu'. Lah saja lah nak tengok kan lampu dia 😂 Ku batalkan hasrat je lah. 

Kami pilih bilik Executive Suite, sesuai untuk 3 orang. Ada 1 katil queen, 1 katil single. Untuk lebih details korang boleh tengok sini https://ecotreehotel.com/ . 





Masa kami booked dulu memang dah disediakan breakfast. Tapi breakfast dihantar ke bilik oleh pihak hotel sendiri. Cafe hotel tutup atas sebab Covid ni. Breakfast yang kami dapat ialah sebekas nasi lemak ayam rempah setiap seorang. Rasa nasi lemak okay kena dengan tekak. 


Okay lah itu sahaja entri harini. Ada masa nak datang lagi Bandar Hilir ni sebab rasa macam tak explore tempat lain lagi seperti di Menara Taming Sari. 



Till next time.


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images