MAKAN-MAKAN DI PAPAYUN KITCHEN, MELAKA!

12:36 am

 Assalamualaikum semua.


  Lamanya Kak Kelly tak update belog. Hampir terlupa dengan kewujudan blog ni. Harini Kak Kelly nak buat quick review satu lagi kedai makan yang Kak Kelly pergi di Bandar Melaka. Siapa kat sini suka makan shell out? Korang memang kena pergi cuba kat sini tau.


Tak plan pun sebenarnya nak ke sini. Kami satu family saja jalan kat Bandar Melaka haritu. Malam tu nak keluar pi cari makan. Jadi kedai ni yang terdekat dengan hotel. Ramai ke orang datang ke kedai ni? Ya, korang, ramai. Masa tu ghisau tak dapat meja je. Perut pun dah lapau.



Ini kedainya korang. Datang awal kalau boleh. Sebab susah nak cari parking. 
Kami pun parking tepi jalan je haritu. Nasib baik takde puhlis.




Design di dinding kedai. Boleh jadi tempat bergambar kenangan.




Billboard kedai. Kat situ ada tulis nama IG kedai. Nanti korang usha lah ya.
 Boleh jugak nak selfie sini.



Makanan shell out ni dah lama wujud kan. I believe ramai di antara korang dah puas makan shell out ni dari dulu lagi. But for me, this is my first time try makan shell out di restoran. Terkejut tak? Hehe. Dah jom tengok apa yang kami order.




Kami order untuk 8 pax terus. Dalam set ni akan dapat 8 nasi, dua pilihan sos untuk shell out. Ada lima flavor yang disediakan iaitu :

1) Creamy Butter Cheese (tak suka pedas boleh pilih yang ni)
2) Sweet Sour
3) Sambal Berlado (paling pedas)
4) Sambal Manis 
5) Black pepper

Jadi kami decided untuk pilih Sambal Manis dan Creamy Butter Cheese saja sebab ada yang tak makan pedas. Terus terang Kak Kelly cakap, oh my, puas hati sangat dengan dua flavor ni.


Kalau korang suka buttermilk, trust me sos dia memang sedap. Memang terasa creamy butter dia tu. Bayangkan eh, korang salut sotong, kupang, ketam, udang, lalah dengan buttermilk tu memang tak toleh kiri kanan dah. Pastu makan pulak dengan nasi. Mantap Pak Abu.


Untuk Sambal Manis, ya ampunnn. This is my favourite. Sedap sangat korang. Bagi pencinta flavor pedas manis memang patut cuba sos ni. Bila kau dah start makan, kau tak boleh berhenti dah. Makan sampai meleleh air hidung pun kau tak peduli dah. Sos dia cukup rencah dan rasa.



Flavor Creamy Butter Cheese. Sedap. Ada hint of blackpepper sikit. Tak banyak pun. 
Rasa dia berlemak berkrim disukai ramai.

RATE 5/5



Flavor Sambal Manis. Aaaaa sedapnya. Masa taip ni pun dah menitik air liur gue. 
Recommend sangat for those yang suka pedas manis  ni.

RATE 5/5


Ada tiga lagi flavor yang available if ada rezeki nak datang lagi nak try lagi tiga ni. Eh lupa lak nak cakap. Kat sini ada banyak lagi menu selain shell out tau. Ada lobster yang dimasak bersama 4 jenis sos tadi. Kenapa empat je? Sebab Black peper je takde. Harga ikut berat lobster. Yang ni In Shaa Allah kita try lain hari ya.

Macam-macam menu lah lagi. Western ada. Set talam pun ada. Nanti kalau Kak Kelly pergi lagi, mesti akan share kat sini jugak untuk korang. 




Side dishes sambil menyelam minum air.

RATE 5/5


Kak Kelly, tak kan kedai ni ada shell out je? Benda benda lain takde ke? Ada weh siapa kata takde. Tak lengkap rasanya kalau tak order side dishes ni. Kak Kelly order Sotong Crispy Papayun dengan Udang Crispy Papayun. Harga nanti Kak Kelly tulis kat penghujung blog ya.

Untuk Crispy ni ada empat jenis :
1) Sotong Crispy
2) Ayam Crispy
3) Udang Crispy
4) Baby Crab Crispy



Untuk minuman, Kak Kelly order terus tower macam ni. Sonang. 



Jom tengok berapa kos makan untuk 8 pax kat sini.

1) Shell out 8 pax - RM 140.90
2) Sotong Crispy - RM 22.90
3) Udang Crispy - RM 22.90
4) Tower Drink - tak pasti harga


Jumlah RM 200 ++ macam tu sebab ada order benda lain jugak masa ni. Tapi tak sempat snap gambar. Overall puas hati lah makan kat sini. Yang sedap sedap je kita review. Yang tak berapa, malas nak review. Hehe.


Lokasi dia kat Bandar Melaka jugak. Betul-betul tepi Sungai Melaka. So sambil korang makan-makan tu boleh lah amik angin sekali sambil tengok cruise lalu lalang kat situ. Nanti korang waze lah jalan kesini ya. Kak Kelly tak reti nak cakap kat mana.




Tepi tu Sungai Melaka. Boleh tengok cruise malam-malam.



Sekian review pendek dari saya. Nanti kalau dah pergi sana jangan lupa bagitau review korang pulak. Tak sabar nak tahu pendapat korang. 


See you.



You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images